Ingat lagi tak insiden Sungai Kim Kim di Pasir Gudang yang mengakibatkan ramai penduduk jadi mangsa akibat kesukaran bernafas. Amat menakutkan sungai di lokasi itu menjadi seperti bom jangka kerana menjadi lokasi “pembuangan pelbagai sisa toksid” berbahaya sebelum kerajaan memperuntukkan RM6 juta untuk pembersihan Sungai Kim Kim yang teruk tercemar.

Kita juga pasti tidak boleh lupa banyak sekolah-sekolah termasuk universiti berhampiran yang ditutup sehingga pencemaran itu diatasi namun insiden itu berulang kali kedua tahun ini yang mengakibatkan ramai penduduk menyuarakan kemarahan mereka, seolah-olah kejadian pertama bagai melepas batuk di tangga.

Dan pastinya juga kita tidak melupakan bagaimana bapa kepada seorang kanak-kanak yang disahkan mengalami masalah saraf iaitu Irfan Wafiy Idham Wazir yang menderita masalah saraf dikenali sebagai Myokymia selepas terhidu gas-gas beracun itu mengamuk dan videonya tular selepas beliau meminta penjelasan selepas insiden ini menimpa anaknya yang dahulunya sempurna. Irfan yang sebelum itu seorang yang sangat cerdas akhirnya terpaksa menerima hakikat apabila berterusan sakit selepas mengidap Myokimia.
Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Untuk korang yang nak tahu apa itu Myokimia, inilah ya.

Myokimia iaitu sejenis penyakit yang menyebabkan beberapa anggota badan menggeletar. Irfan disahkan positif Myokymia susulan terhidu gas beracun yang mengakibatkan kegagalan fungsi paru-parunya yang mana tubuhnya akan menggeletar seperti orang kena Parkinson (Parkinson biasa menyerang orang berusia sahaja).

Biar diuji dengan seribu kesusahan dan kepayahan termasuk tidak ke sekolah dalam tempoh agak lama tetapi hari ini, Irfan Wafiy begitu cemerlang apabila mendapat 6 A dalam UPSR yang diumumkan hari ini.
Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Memetik laporan Harian Metro, Irfan Wafiy Idham Wazir, 12, bersyukur kerana keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) diperoleh hari ini, cemerlang dan dia mencatat 6A.

Ads

“Saya tidak sangka mampu mencatat keputusan 6A kerana berdepan pelbagai masalah kesihatan dan kurang ke sekolah.

“Selepas tamat peperiksaan dulu, saya sangka hanya dapat 4A atau 5A sahaja disebabkan selalu tidak sihat.

“Tidak percaya betul apabila ibu beritahu saya mencatat 6A. Alhamdulillah saya bersyukur dan akan memohon untuk memasuki sekolah berasrama penuh selepas ini,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Irfan Wafiy berkata, dia bercita-cita menjadi pakar saraf kerana mahu merawat mereka yang senasib dengannya.

Ads

“Saya sedar bakal berdepan pelbagai cabaran selepas ini kerana masalah kaki menggeletar dan sensitif terutama pada kaki kiri.

“Namun saya akan menguatkan semangat dan menjaga diri sendiri demi capai cita-cita saya,” katanya.

Jelasnya, tiada petua khusus untuk berjaya kecuali memberikan tumpuan penuh setiap kali mengulangkaji pelajaran termasuk di rumah.
Mangsa Pencemaran Sungai Kim Kim Dapat 6A UPSR, Mahu Jadi Pakar Saraf

Ads

Sementara itu, ibunya, Norlela Abu Hashim, 45, berkata bersyukur dengan keputusan yang diperolehi anak keempat daripada lima beradik itu dan kini dalam proses memohon sekolah asrama penuh yang sesuai dengan keadaan anaknya.

“Memang saya bimbang keadaannya. Ikutkan hati, mahu dia kekal di rumah kerana dia sukar untuk berjalan dan naik tangga.

“Sebelum ini saya yang tolong angkatkan beg sekolahnya. Dia boleh berjalan atau naik tangga, cuma terlalu lambat dan cepat penat.

“Kami juga belikan kerusi roda dan dia lebih banyak bergerak dengan kerusi roda. Dia bersemangat untuk ke sekolah asrama, saya harap dia dapat sekolah yang baik dan mempunyai kemudahan yang mudahkan pergerakannya,” katanya yang tinggal di Taman Bukit Dahlia.

Irfan Wafiy, seorang daripada empat murid Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Dahlia yang mencatat keputusan 6A.

Dalam pada itu di FB ibunya, Norlela Abu Hashim, dua hari lalu memaklumkan anaknya ditemuramah oleh BBC News berkenaan tragedi menimpanya.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI