Yang Berhormat (YB) Hannah Yeoh Tseow Yuan merupakan seorang ahli parlimen Segambut dan pernah menyandang gelaran Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
Menjaga parlimen segambut sejak menang pilihan raya 2018, wanita ini sangat sinonim dengan masyarakat setempat dek khidmat dan sumbangan yang diberikan bagi memperkasakan komuniti tanpa mengira agama dan bangsa.
Terbaharu sempena dengan kehadiran bulan mulia Ramadan, Hannah telah menyantuni masyarakat Islam setempat menerusi pemerkasaan masjid dan juga surau. Dalam khabar yang dimuat naik di laman Instagram itu, kelihatan beliau sangat anggun baju kurung rona biru muda siap berhijab bagi menghormati kesucian Masjid.
“Hari ini saya umumkan peruntukan Ramadan RM127,000 kepada sembilan masjid dan 41 surau di Segambut. Setiap masjid telah menerima RM5,000 dan setiap surau akan menerima RM2,000. Sumbangan ini bagi membantu mengimarahkan masjid dan surau serta dapat mengikat tali silaturrahim sesama kita,” ujarnya mengenai peruntukan yang diberikan.
Dalam majlis yang berlangsung di Masjid Al-Ghazali, Bandar Menjalara itu, dapat dilihat wakil-wakil surau dan masjid hadir ke lokasi tersebut untuk mengambil peruntukan yang disediakan. Ada juga yang tidak melepaskan peluang bergambar dengannya.
Wanita berusia 43 tahun memikul tanggungjawabnya dengan baik sebagai ahli parlimen bagi memastikan kebajikan dan keharmonian masyarakat setempat tanpa mengira kaum dan agama kekal terpelihara. Tambahnya, “Team Segambut akan terus berusaha dan berkhidmat untuk semua. Malaysia harmoni, Malaysia mampu menjadi contoh perpaduan pelbagai kaum dan agama.”
Ads
Warganet yang kagum dengan cara kerjanya memuji dan memberi sokongan penuh dengan titipan komen-komen yang positif.
“YB, you look so beautiful and ayu with the scarf on.”
“YB you are such an exemplary model of what and how MPs should be….Well Done!”
“Syabas YB Hannah Yeoh selalu prihatin dan berkhidmat dgn cemerlang sambil memupuk perpaduan kaum dan semangat kejiranan diSegambut dan sekitar Malaysia. Malaysia boleh!”
“The best example of leading with services for others above self. May God blesses YB.”
Ads
Semoga YB Hannah Yeoh terus kekal sebagai seorang ahli politik yang cemerlang dalam menjalankan tugas dan membentuk suasana politik Malaysia yang seimbang tanpa mengira agama dan bangsa.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sebelum ini aplikasi membeli belah atas talian Shopee ada memaklumkan kepada penjual mereka bahawa kebebasan memilih perkhidmatan syarikat kurier tidak lagi akan diberikan kepada para pembeli. Sebaliknya, pengguna akan diberikan syarikat kurier penghantaran secara automatik oleh sistem mulai 17 Jun 2021.
Namun begitu, video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok dengan nama Ariff Rashid ini menunjukkan cara korang boleh memilih kurier kegemaran korang.
Ini antara langkah-langkahnya.
1. Buka aplikasi Shopee
2. Pilih barang apa yang nak beli
3. Pergi ke ‘filter’ atau saring
4. Pilih jenis kurier
5. Klik sahaja pada standard delivery, jangan risau lepas bayar korang akan dapat kurier yang korang nak.
Sebelum itu, kena pastikan kedai atau seller tersebut sudah set kepada random kurier jika tidak, korang terpaksa menggunakan kurier pilihan shopee. Jom tonton di bawah untuk info lanjut.
Sekatan perjalanan telahpun dilonggarkan sebagaimana yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan) baru-baru ini. Ramai yang sudah mula berkira-kira untuk pulang ke kampung halaman dan tidak kurang juga yang merancang untuk melawat lokasi menarik luar negeri.
Kalau anda ke Johor, jangan lupa singgah di Mersing kerana terdapat satu tarikan baru berdekatan Jalan Abu Bakar iaitu lukisan mural menarik di Laman Samudera. Dalam satu hantaran di laman Facebook Tourism Johor, Laman Samudera merupakan lorong di celah-celah bangunan lama di daerah tersebut.
Usaha mencantikkan kawasan ini dilihat sebagai satu langkah menjadikan lokasi ini sebagai tempat wajib dikunjungi sekiranya mengunjungi Mersing. Lukisan mural yang dihasilkan sepanjang lorong itu mengambil tema alam semula jadi seperti lautan, hutan dan taman negara. Selain itu terdapat juga lukisan bermotifkan aktiviti manusia yang menarik.
Dalam laporan Astro Awani, menurut Yang Dipertua Majlis Daerah Mersing, Norazmi Amir Hamzah, lukisan-lukisan tersebut dihasilkan mengikut kreativiti Sembilan anak tempatan sekaligus ia menjadi satu medan untuk mengangkat potensi pengkarya muda. Pihak berkuasa tempatan juga merancang untuk menjadikan lokasi tersebut sebagai tempat beriadah khusus untuk penduduk sekaligus dapat membantu menjana pendapatan ekonomi setempat.
Apa yang pasti, lukisan-lukisan mural menarik yang dihasilkan ini pasti mampu menarik minat pelancong untuk bergambar dan memuatnaik di laman sosial. Diharapkan tiada kejadian vandalisma dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Sumber: Tourism Johor & Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Akhirnya, satu perkembangan yang membolehkan kita sebagai rakyat Malaysia menarik nafas lega.
Tapi itu tidak bermaksud kita boleh terus melupakan prosedur operasi standard atau SOP yang perlu sentiasa dikekalkan.
Mengikut ciapan yang dihantarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi akaun Twitter rasminya, kes terbaru COVID-19 yang direkodkan pada hari ini adalah catatan terendah bagi tahun 2021, setakat hari ini.
Terkini. 29 Mac. Kes baharu hari ini 9⃣4⃣1⃣ iaitu terendah untuk tahun 2021, setakat ini.
Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020. #COVID19
Jika korang masih ingat, Malaysia kembali mencatatkan jumlah kes baru COVID-19 yang drastik sejak awal tahun ini sehinggakan ada yang mencapai angka 5000.
Setelah pesanan demi pesanan diberikan oleh pihak berkuasa dan ditambah pula dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kembali dilaksanakan, AKHIRNYA Malaysia berjaya juga merendahkan jumlah kes baharu sehingga ia mencecah di bawah angka 1000 pada hari ini, 29 Mac 2021.
Kali terakhir kita mencapai statistik sebegini adalah pada 9 Disember 2020.
Tinjauan terhadap respon yang diberikan oleh warganet rata-rata mengucapkan rasa syukur terhadap berita tersebut.
Masing-masing mengharapkan agar rakyat Malaysia tidak mudah alpa dan mengekal momentum ini agar Malaysia kembali mencatatkan sifar kes baharu seperti sebelum ini.
Biarpun ramai sudah mula melihat ‘ada sinar’ bagi rakyat Malaysia menyambut Hari Raya Aidilfitri di kampung halaman sekiranya jumlah kes baharu semakin rendah hari demi hari, namun ramai juga yang merasakan mungkin terlalu awal untuk kita kembali membuka sempadan di antara negeri serta membenarkan rakyat merentas.
Apa pendapat korang, adakah kita sudah bersedia untuk merentas negeri?
Baru-baru ini tular sebuah video iklan terbaru dari jenama fesyen Korea Selatan ‘Wacky Willy’ berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana jalan penceritaan komedi...