Manis Berhijab! Lihat 9 Dewi Remaja Yang Telah Berhijrah Imej

Share

Isi Kandungan

Toggle

 

Penghijrahan imej ke arah berhijab merupakan satu perubahan fasa yang cukup peribadi dan bermakna dalam hidup mana-mana wanita. Setiap individu pastinya memiliki kisah berbeza dalam perubahan yang dilakukan ini biarpun semuanya berpegang kepada niat utama demi Allah SWT.

Tahun demi tahun, REMAJA gembira melihat perubahan yang berlangsung dalam kehidupan satu persatu ‘ahli keluarga’ pencarian Dewi Remaja kami. Jom lihat kisah ringkas sembilan orang Dewi yang kini manis berhijab.

 

01

NEELOFA

Juara Dewi Remaja 2009/2010 itu pernah berkongsi cerita mengenai pengalaman menjejakkan kaki ke New York dengan imej berhijab untuk kali pertama. Katanya, dia takut mengenangkan tanggapan masyarakat dia sana terhadap perempuan berhijab dan umat Islam.

“Saya sangat takut. Memang berdebar tapi saya kuat ckap dengan hati yang Allah akan jaga saya. Kalau betul saya kena serang saya reda. Tapi apa yang mengejutkan adalah apabila ramai orang bukan Islam yang berfikiran terbuka. Mereka tidak pandang tudung sebagai simbol fesyen,” katanya tidak lama dahulu menerusi sesi Instagram Live.

Seperti yang ramai sedia maklum, bermula 15 Oktober 2020, Neelofa memilih imej berniqab sekaligus berada dalam fasa terbaru hidupnya. Penampilan ini disambut baik oleh pengikutnya di Instagram apabila ia membiakkan aura positif di media sosial. Ramai yang tampil mendoakan Neelofa agar kekal istiqomah dengan keputusannya itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Neelofa Diikuti 8 Juta Orang

 

02

SYATILLA MELVIN

Penghijrahan finalis Dewi Remaja 2009/10 ini pada mulanya dianggap disebabkan oleh keputusannya untuk berumah tangga dengan pelakon, Shaheizy Sam pada tahun 2015.

Namun, Tilla menidakkan spekulasi tersebut dan berkata ia tidak dilakukan atas desakan mana-mana pihak. Niat tersebut lahir dari hatinya sendiri setelah merasakan dia mempunyai kekurangan berbanding adik-adiknya yang kesemuanya telah berhijab pada waktu itu.

Walaupun terpaksa menolak beberapa tawaran drama dengan imej lamanya, Tilla percaya dengan rezeki yang ditentukan Allah dan tidak bersedih. Kini Tilla boleh berbangga apabila bergelar jutawan menerusi jenama kosmetik Kekasih by The Melvins.

 

03

MAWAR RASHID

Dewi Favourite 2014/2015 ini merupakan di antara selebriti terbaru yang berhijrah ke imej berhijab. Bermula bulan Ogos 2020, Mawar menyedari bawaha tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah adalah untuk melakukan perkara wajib seperti menutup aurat.

“Mawar nak tutup aurat dah lama sangat. Sebagai wanita beragama Islam, sudah tentu ada impian untuk jadi muslimah yang beriman di hadapan Allah. Dah lama impian ini tersimpan. Tapi itulah, say pun manusia biasa dan banyak kekurangan. Nak buat perkara wajib ada saja alasan. Kita sentiasa ingat Allah, cuma lepas msuk kelas, baru Mawar belajar dan faham.”

Jelas, suami kepada Mawar iaitu Raf merupakan insan yang amat gembira dengan keputusan tesebut walaupun dirinya tidak memaksa.

 

04

IZREEN AZMINDA

Pelakon dan finalis Top 5 Dewi Remaja 2007/2008, Izreen Azminda pula memerlukan masa bagi membiasakan diri dengan imej bertudung sehingga ia ‘lekat’ dengan dirinya hingga sekarang.

Kata Izreen, dia memulakan niatnya itu dengan membiasakan diri untuk keluar rumah dengan menutup aurat. Dengan adanya ‘tempoh percubaan’ itu, semakin lama Izreen semakin selesa untuk berhijab sepenuhnya setelah dia selesai menjalani penggambaran untuk sebuah drama pada tahun 2015.

Menariknya pada 3 hari lalu, Izreen telah memuat naik dirinya yang lengkap bertudung labuh dan memakai purdah ala Neelofa. Bagaimanapun, Izreen menafikan dirinya sudah berniqab dan berkata foto itu hanya untuk mempromosikan purdah dan khimar kerana ia selesa untuk dipakai.

 

05

UMIE AIDA

Sekitar tahun 2014, primadona Datin Seri Umie Aida mengambiil keberkatan bulan Ramadan untuk berhijab. Kata finalis Dewi Remaja 1990/1991 ini, hatinya mula terbuka setelah menyertai kelas agama pada tahun sebelumnya.

“Saya bukan saja tenang apabila bertudung. Malah imej ini membuatkan saya jadi seronok dan semakin selesa.”

 

06

KUZA

Bukan hanya Datin Seri Umie Aida yang berhijab mulai taun 2014. Rakan finalisnya daripada pencarian Dewi Remaja 1990/1991 iaitu Tengku Sariza Tengku Muzani ataupun Kuza juga mengambil inisiatif untuk berhijab pada bulan Ramadan.

“Saya mula berhijab tanpa niat melainkan kerana Allah SWT. Bagi saya, sudah sampai masanya dan saya telah bersedia. Lagipun, umur saya sudah memasuki 40 tahun pada waktu itu.”

 

07

WAN KHATIJAH COLINE

Kalau korang tidak tahu, inilah juara Dewi Remaaj 1994/1995. Pada era 90-an beliau memang merupakan pelakon yang popular di kalangan pengarah.

Namun setelah berumah tangga dan bergelar ibu, Wan Khatijah lebih selesa untuk berhijab dengan bergelar Personal Shopper semasa melancong ke luar negara.

 

08

IZARA AISHAH

Pemilik nama lengkap, Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini boleh dikatakan sebagai ‘role model’ bagi kebanyakan remaja perempuan dan wanita muda sekarang yang bercita-cita untuk berhijrah. Ini memandangkan Izara tidak teragak-agak untuk memulakan fasa baharu ini dengan menyarungkan hijab labuh yang cukup manis dilihat.

Imej berhijab juga tidak menjadikan Izara sebagai orang lain kerana dia masih kekal dengan personaliti seperti Izara yang kami kenali sejak dahulu. Dia masih gemar ‘bersiap’ untuk kelihatan presentable

dan itulah yang membuatkan kami lebih mengasihinya. Izara bagaimanapun menidakkan ura-ura akan memulakan perniagaan jenama tudung memandangkan komitmennya kekal terarah buat anak sulungnya serta keluarga.

 

09

ANZALNA NASIR

Seakan ada satu perasaan gembira dalam hati kami apabila melihat rakan seperjuangan pencarian Dewi Remaja 2009/2010 ini melakukan kejutan buat suaminya menerusi imej berhijab.

Sempena sambutan hari kelahiran suaminya, Hanif Zaki, Anzalna Nasir telah mengejutkan para tetamu dalam majlis tertutup yang disertai ahli keluarga saja dengan imej berhijab. Tiada apa yang ingin dijelaskan oleh Anzalna buat masa ini mengenai keputusan berhijrah ini melainkan mengharapkan doa orang ramai agar dia terus istiqomah.

ARTIKEL BERKAITAN : Mohon Doakan Terus Istiqomah, Anzalna Beri Kejutan – REMAJA

*

Cantiknya semua! Tak dinafikan, kebelakangan ini ramai selebriti wanita yang semakin manis berhijab termasuklah anak perempuan Krisdayanti, Aurelie Hermanshah.

ARTIKEL BERKAITAN : Aurelie Hermansyah Tampil Berhijab, Atta Halilintar Luah Rasa Bangga – REMAJA

BACA LAGIManis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu? – REMAJA

Published by
FZ