Keputusan beberapa selebriti tempatan untuk berhijrah ke imej berhijab kebelakangan ini telah disambut baik oleh para peminat mereka dan industri seni sendiri.

Kini, tiada lagi isu sukar untuk menempah ‘job’ lakonan, nyanyian dan pengacaraan hanya kerana seseorang itu berhijab. Stigma itu telah berubah dan dunia seni semakin inklusif malah kreatif dalam mencipta peluang untuk mengetengahkan selebriti berhijab.

Jom lihat 10 gaya hijab selebriti yang dimaksudkan ini. Mana tahu, ada stail yang mereka gayakan ini sesuai pula dengan korang.

 

Aprena ManroseManis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Sejak bulan Jun lalu, pelakon Aprena Manrose telah mula mendekati dan mempelajari agama dengan lebih mendalam. Biarpun katanya masih sedang belajar menggayakan hijab, ramai yang menyenangi imej Aprena ini yang dirasakan mereka amat bersesuaian dengannya. Gaya shawl ringkas dibiarkan saja tanpa belitan di sekeliling kepala tampak serasi dengannya.

 

Oktovia Manrose

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Selepas adiknya, Aprena mengambil keputusan untuk berhijab, giliran Oktovia Manrose pula yang yang berhijrah dalam diam sejak Aidilfitri lalu. Buat masa ini, pelakon itu ingin berehat sebentar daripada dunia lakonan yang ingin fokus dalam mencari keredhaan Allah SWT dengan imej serta jiwa baharu ini.

 

Ads

Fazura

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Sarungkanlah apa jua gaya hijab pada jelitawan ini, semuanya ‘kena’ dengan wajahnya! Pada tahun-tahun lalu, Fazura selalu mengenakan gaya bawal setibanya bulan Ramadan bagi menghormati kehadiran bulan mulia ini. Gaya bawal sudah sebati dengannya. Jadi kami agak teruja apabila Fazura mula selesa untuk bereksperimentasi dengan beberapa gaya lain seperti shawl. Korang suka melihat Faz dengan hijab bawal atau shawl?

ARTIKEL BERKAITAN : “Biar Semua Orang Dapat Guna”, Fazura Dedah Rahsia Jual Tudung Mampu Milik – REMAJA

 

Siti Elizad

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Pelakon tinggi lampai, Siti Elizad meminta agar peminatnya mendoakan dirinya istiqomah dengan imej berhijab. Akui Ejad, pemakaiannya masih belum sempurna tetapi dirinya masih ingin mengorak langkah ke arah penghijrahan secara perlahan-lahan. Gaya Ejad pada kami masih kelihatan sopan. Malah, Ejad juga membuktikan hijab bukan penghalang untuknya meneruskan hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

 

Ads

Izara Aishah

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Tiada perkataan yang boleh menggambarkan betapa manis dan ayunya apabila melihat pelakon, fesyenista dan pemenang tempat kedua Dewi Remaja 2009/2010 ini mengenakan hijab labuh sejak beberapa minggu ini. Izara Aishah terbuka dalam berkongsikan kisahnya menerusi Twitter. Katanya, penampilan berpada-pada masih perlu dijaga walaupun sudah berhijab. Berhijab labuh bukanlah alasan untuknya tidak mempersiapkan diri.

ARTIKEL BERKAITAN : Foto Lama Di Instagram Terpadam, Izara Aishah Berhijrah Ke Fasa Baru? – REMAJA

 

Fieya Julia

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Cantik manis penyanyi berusia 21 tahun ini sejak dia tampil mengenakah hijab. Mengakui lebih tenang selepas berbuat demikian, Fieya Julia bukan saja memadamkan foto lama di media sosial. Malah dia juga bertindak memadamkan foto lama dalam telefon pintarnya agar diri tidak ‘tergoda’ dengan imej sebelum ini. Jelas, Fieya kini masih tercari-cari gaya hijab bersesuaian. Tapi pada pendapat kami, dia sesuai dengan mana-mana gaya sekalipun!

Ads

 

Elyana

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Siapa sangka, perjalanan penyanyi dan pelakon berjiwa tabah serta kuat ini untuk berhijab telah mendapat pertolongan daripada ramai pihak. Ramai tampil menghadiahkan hijab keluaran mereka kepada Elyana termasuklah Neelofa dan Allahyarhamah Siti Sarah sendiri. Sesudah menjalani rawatan radioterapi pada bulan Jun lalu, Neelofa mengejutkan Elyana dengan hadiah daripada Naelofar Hijab. Sementara itu, Elyana telah berkongsi pelbagai jenis tudung pernah diberikan oleh Sarah. Dan kini setelah dia bertudung penuh, Elyana tidak sabar untuk menggayakan hadiah pemberian itu satu persatu.

ARTIKEL BERKAITAN : Neelofa Hadiahkan Tudung, Kagum Semangat Elyana Yang Sentiasa Senyum & Ceria – REMAJA

 

Zizi Kirana

Manis Berhijab! Lihat 8 Stail Selebriti Ini, Mana Paling Sesuai Denganmu?

Untuk tiga tahun berturut-turut, penyanyi ini meneruskan amalan berhijab sewaktu bulan Ramadan bagi menghormati bulan mulia dalam kalendar Islam itu. Namun pada tahun ini, Zizi Kirana seakan mengambil semangat berhijab itu untuk terus mengenakannya sesudah Ramadan. Mengakui dirinya sedang bertatih dengan imej ini, Zizi memohon doa peminatnya kerana sesungguhnya, doa adalah senjata paling kuat untuk orang Islam.

*

*

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI