Bertudung Ketika Pertandingan Walaupun Bukan Beragama Islam, Pesilat Negara Jelas Sebabnya

Share

Jika sebelum ini insiden apabila atlet silat wanita negara, Siti Shazwana Ajak menutup rambut lawannya Selly Andiriani, atlet Indonesia yang tertanggal hijabnya sewaktu perlawanan telah mencuri perhatian ramai.

ARTIKEL BERKAITAN : Hijab Tercabut, Atlet Silat Wanita Malaysia Tutup Rambut Pasukan Lawan Dipuji Warganet

Baru-baru ini, pesilat wanita negara, Merrywati Manuil pula menjadi perhatian kerana dilihat memakai tudung ketika pertandingan tersebut walaupun dia bukan beragama Islam.

Sedar ramai yang tertanya-tanya mengenai perkara tersebut, Merrywati tampil menjelaskan tindakannya memakai tudung menerusi perkongsian di Facebook semalam.

Menurutnya, dia memakai tudung kerana menghormati dan mengagumi silat walaupun tidak diwajibkan untuk memakai tudung.

Dia juga turut menjelaskan bahawa tiada mana-mana pihak yang memaksanya untuk berbuat sedemikian.

“Tudung bukan sahaja wajib untuk menutup aurat bagi wanita Melayu tetapi bagi saya untuk nampak lebih sopan, kemas dan beradab semasa pertandingan.

“Semestinya tiada paksaan dari mana-mana pihak, saya belajar ilmu orang Melayu, sudah tentu saya mengikuti dan melakukan apa yang saya pelajari,” ujarnya.

Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022 telah berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dan menyaksikan wakil negara beraksi dengan sangat cemerlang. Kejuaraan silat itu berlangsung selama enam hari dan disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia.

Merrywati Manuil turut meraih pingat emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menumpaskan pesilat dari Indonesia, Puspa Arumsari.

Tahniah Merrywati Manuil!

BACA : 4 Kali Bergelar Juara Dunia, Al-Jufferi Akhirnya Umum Bersara Dari Pentas Silat

Sumber: Merrywati Manuil

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana