Seperti yang korang tahu, memang banyak jenama hijab di luar sana yang mengeluarkan rekaan hijab baru, satu-persatu sepanjang tahun.
Namun dalam banyak-banyak tu, ada sesuatu yang berbeza pada jenama Hijab by Hanami pada pandangan REMAJA.
Sebagai jenama yang menyediakan hijab sedia pakai (instant), mereka tak sesekali menolak ke tepi kepentingan rekaan dan corak yang cantik.
Terbaru, Hanami telah melancarkan koleksi Hanami Raya Haji 2020 dalam kuantiti terhad. Maka, hanya peminat Hanami yang sanggup merebut untuk menjadi di antara pembeli terawal saja yang dapat ‘merasa’ untuk memiliki koleksi ini.
Sejak semalam semasa ia dilancarkan secara online, ramai yang teruja apabila melihat 3 orang selebriti popular tempatan ini melakukan penampilan khas menyarungkan koleksi hijab Hanami ini. Mereka termasuklah juri Hero Remaja 2020 iaitu Scha Alyahya, pelakon Siti Saleha dan Farah Nabilah.
Apa yang membuatkan koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini berlainan daripada koleksi bercorak flora mereka yang lain adalah sentuhan moden yang terserlah semasa korang menyarungkannya. Itu semua terhasil setelah Hanami mengkaji permintaan dan minat korang sebagai pembeli.
Cer tengok beberapa rekaan pilihan REMAJA di bawah. Mana tahu korang pun berminat.
Koleksi Hanami Raya Haji 2020 ini didatangkan dalam beberapa potongan hijab iaitu potongan selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi potongan lain berdasarkan cita rasa korang. Kesemua itu boleh dimiliki dari harga RM69 hingga RM89 je setiap satu.
Berbaloi kan untuk koleksi limited edition seperti ini!
Jangan lupa untuk ke laman web Hanami ataupun ke stokis mereka yang berdaftar.
Disebabkan musim perayaan Hari Raya Haji pada tahun ini disambut dengan penuh sederhana apabila tiada jemaah dari Malaysia yang dibenarkan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu, setidak-tidaknya korang boleh meriahkan lagi sambutannya dengan menyarungkan hijab baru ini.