Penampilan Puteri Sultan Pahang, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah Al-Sultan Abdullah yang manis mengenakan hijab telah menuai pujian ramai.
Menerusi sebuah perkongsian di laman Instagram Pasar Sera, Tengku Afzan dilihat sopan berbaju kurung moden dan berselendang rona biru.
ARTIKEL BERKAITAN: Segak & Manis Berona Putih, Tengku Afzan Sah Milik FD Idzham
Di hantaran berdurasi 26 saat itu juga jelas kelihatan Puteri Sultan Pahang tidak lekang dengan senyuman sambil tangan menggenggam erat suami tercintanya, FD Idzham FD Iskandar, yang ternyata membuatkan sesiapa yang melihat akan tersenyum.
Seri pengantin baharu jelas terpapar di wajah kedua-dua pasangan diraja itu dan tidak kekok meluangkan masa untuk beramah mesra dengan orang ramai ketika mengunjungi Pasar Sera tersebut.
Berikutan itu, ada juga warganet menyatakan penampilan bertudung itu jarang sekali dapat dilihat terutamanya membabitkan kerabat.
ARTIKEL BERKAITAN: Kecantikan ‘Badang’ Wanita Perlis Di Sukma 2024 Jadi Perhatian, Berjaya Raih Gangsa!
Foto Tengku Puteri Afzan kini banyak dikongsi oleh pengguna media sosial kerana penampilannya yang dianggap ringkas namun sangat manis dan sesuai dengan usianya.
Terdahulu, pada 22 Ogos lalu, pasangan diraja itu tampak segak dan manis dengan mengenakan baju Melayu dan baju kurung berwarna putih itu, dinikahkan oleh wakil Al-Sultan Abdullah, iaitu Mufti Pahang, Prof Datuk Dr Asmadi Mohamed Naim yang berlangsung di istana sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: Instagram Pasar Sera