Alam sekitar adalah antara amanah kepada umat manusia yang berperanan sebagai khalifah di atas muka bumi ini.Daripada kepelbagaian manfaat yang terhasil menerusi penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar dengan baik, pelbagai nikmat yang boleh diperoleh manusia.

Namun, atas kerakusan manusia sendiri bumi menjadi tenat dek ‘perangai’ kita. Akibatnya manusia jugalah yang menerima padahnya

Saintis Bukti Pencemaran Alam Punca Kesuburan Lelaki Sekarang Menurun

Baru-baru ini, seorang profesor perubatan alam sekitar dan kesihatan awam di sebuah sekolah perubatan di New York City yang mengkaji trend kesuburan. Menurut Shanna Swan, pencemaran yang berlaku sekarang boleh mempengaruhi ukuran zakar.

Ads

Beliau turut memberi peringatan bahawa masalah ini mencatatkan peningkatan ketara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Disebabkan tahap pencemaran yang tinggi, bayi yang dilahirkan pada masa ini saiz zakarnya adalah lebih kecil. Dalam bukunya yang bertajuk ‘Count Down’ juga mengatakan bahawa manusia menghadapi krisis eksistensial pada tahap kesuburan akibat pencemaran.

Saintis Bukti Pencemaran Alam Punca Kesuburan Lelaki Sekarang Menurun

Akibatnya, zakar manusia mengecut dan tidak berfungsi. Faktor-faktor itu menurut Swan, akan menyebabkan pembiakan manusia berada dalam situasi yang agak mencabar.

Ads

Punca hal ini berlaku ialah disebabkan oleh sejenis bahan kimia yang dikenali sebagai phthalates. Untuk info phthalates biasa digunakan dalam pengeluaran plastik di mana fungsinya adalah untuk membuat plastik menjadi felksibel.

Walau bagaimanapun, phthalates mempengaruhi sistem endokrin penghasil hormon pada manusia. Apabila janin terdedah kepada phthalates, berkemungkinan besar bayi yang dilahirkan itu mempunyai zakar yang lebih kecil. Dia juga mendapati, bayi lelaki yang terdedah kepada phthalates di rahim mempunyai jarak anogenital yang lebih pendek. Ini berkaitan dengan isipadu zakar.

Ads

Paling menakutkan, menurut Swan phthalates dapat disebarkan melalui mainan dan makanan. Yang akhirnya mengakibatkan gangguan pada pengeluaran hormon semula jadi dan disebabkan oleh itu, ia dianggap berbahaya kepada perkembangan manusia.

Bahayanya isu ini untuk jangka masa yang panjang, adakah manusia akan pupus nanti?Jadi marilah kita menjaga bumi dari sebarang pencemaran seterusnya kesihatan diri masing-masing juga terhindar dari pelbagai penyakit.

Sumber: BBC

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI