Salah tak apa, yang penting kena confident.
Itulah yang selalu diajar kepada kita untuk berani mencuba berbuat sesuatu dari tidak melakukannya langsung. Kata orang asal sudah mencuba dari takut melakukannya, itu lagi baik.
Namun berlainan bagi bekas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang tampak begitu yakin untuk sama-sama menyatakan kesedihannya tentang pemergian lagenda bola sepak Diego Maradona yang disahkan meninggal akibat serangan jantung.
Tapi apa yang mengundang tanda tanya dan pertanyaan di hati netizen ialah berkenaan muzik Maradona. Trump nak cakap tentang Maradona atau Madonna?
Dalam tweetnya, Trump menyatakan “Very sad to hear about the death or Maradona. A great person. Her music was wonderful. I remember listening to her albums in the early 1980’s. Rest In Peace”
Carian kami mendapati ciapan ini tiada lagi di twitter rasminya. Mungkin Trump baru sedar kesilapannya atau kami yang tersilap? . Gambar Maradona: Daily Mail UK
Sempoi! Buat Kejutan Pakai Seluar Bola & Kemeja Batik Hadiri Majlis Kahwin Sahabat Baik
Ramai selesa mengenakan t-shirt & jeans ketika hadiri majlis kahwin kawan sekolah. Suatu masa dahulu pernah jadi perdebatan di kalangan orang muda sesuai atau tidak round neck dipakai di majlis kahwin kerana beranggapan lebih manis jika mengenakan baju berkolar dan kemeja bila menghadiri majlis kenduri kahwin.
Tapi nampaknya sekumpulan pemuda tampil kelainan apabila mengenakan seluar pendek bola dan memakai baju batik menghadiri majlis kahwin kawan baik sejak kecil.
Foto mereka mengenakan seluar pendek bola itu telah tular di media sosial dan ia mendapat perhatian kerana belum pernah ada lagi berbuat demikian. Ini kerana ramai yang selesa mengenakan seluar jeans dan slack ketika menghadiri majlis kenduri kahwin.
Dipetik dari Tribunnews, majlis perkahwinan ini berlaku di Makassar, Indonesia dan tindakan mengenakan seluar bola itu mendapat perhatian dari tetamu yang hadir. Ini kerana jarang sekumpulan individu mengenakan seluar pendek bola bila menghadiri kenduri kahwin.
Dalam video yang tular, tetamu ikut ketawa bila satu persatu pemuda ini menyalami pengantin di atas pelamin. Malah video ini sudah ditonton oleh 232 ribu kali sejak dimuat naik di akaun Instagram @makassar_iinfo
Seorang dari jejaka yang memakai seluar pendek itu, Ade April Pertama berkata, kejadian itu ketika mereka menghadiri kenduri kahwin kawan sepermainan ketika kecil pada Sabtu 8/8 Ogos lalu.
Mereka meraikan pasangan pengantin Dimas Hamdani dan Agma Yulinda.
Jelas Ade yang dikenali sebagai Denta berkata, idea memakai seluar bola itu datang daripadanya.
“Ia satu tindakan spontan dan ingin membuat majlis kahwin kawan lebih meriah. Sebelum ini ada berbincang mahu bawa sepanduk dan kata saya, ia pernah dilakukan dahulu. Jadi nak buat kelainan, kami pilih pakai seluar pendek saja,” kata jejaka berusia 26 tahun ini.
Sekadar suka-suka
Kata Denta, tindakan dia dan sembilan orang kawan memakai seluar pendek adalah untuk berseronok sahaja.
“Kami berkawan sejak kecil dan sudah akrab sebagai satu keluarga. Saya mahu buat kelainan di majlis kahwinnya sebagai kenangan. Itu saja,” katanya yang bertugas sebagai jurutera.
BTS Umumkan Konsert ‘Love Yourself Tour’ Di Singapura, Bagaimana Pula Malaysia?
Berita tergempar untuk peminat K-pop khususnya BTS telah muncul hari ini. Dan ia pasti menggembirakan ARMY yang berada di Selatan Tanah Air dan juga negara jiran.
BTS telah mengumumkan yang mereka bakal singgah di Singapura sebagai sebahagian daripada lokasi perhentian mereka sempena ‘LOVE YOURSELF TOUR’ pada 19 Januari 2019.
Berita yang diumumkan pada pagi tadi turut menyatakan beberapa lokasi lain seperti Taiwan, Hong Kong dan Thailand yang akan diadakan bermula dari Disember 2018 sehingga April 2019.
Selepas berita ini mula tular di laman media sosial pihak penganjur di Singapura iaitu One Production telah memuat naik tweet mengesahkan BTS akan mengadakan konsert istimewa di NationaL Stadium yang mampu memuatkan seramai kira-kira 55,000 orang penonton.
Kali terakhir BTS singgah ke negara tersebut ialah lima tahun yang lalu dengan konsert ‘The Red Bullet’ dengan hanya lebih lima ribu penonton. Nampaknya kali ini BTS ingin kembali dengan kuasa gegaran yang lebih hebat!
Tambah menarik lagi, BTS merupakan grup K-pop pertama yang bakal mengadakan konsert solo di stadium penuh berprestij tersebut. Dan ia juga bakal menjadi sebuah konsert terbesar pernah diadakan di Singapura?
Rata-rata ARMY sangat teruja dengan berita ini dan berkongsi kegembiraan di laman media sosial seperti di Twitter. They’re so excited and freaking out! Lol
Okay…. jadi bagaimana pula dengan negara kita, Malaysia?
Pada tahun 2015 mereka datang ke Kuala Lumpur untuk konsert ‘The Red Bullet’. Dan sambutan yang diberikan oleh ARMY Malaysia sememangnya cukup hebat.
Ketika artikel ini ditulis masih tiada sebarang berita atau ura-uta yang BTS akan turut mengadakan konsert ‘LOVE YOURSELF’ di Malaysia. Pastinya ramai ARMY yang cukup berharap untuk dapat menyaksikan persembahan mereka sekali lagi, apatah lagi dengan status superstar mereka di peringkat global kini mencapai tahap sangat luar biasa.
Semoga akan ada penganjur di Malaysia yang dapat ‘memujuk’ BTS untuk turut singgah ke Malaysia!
“Muka Anak Hitam Sebelah Kalau Ibu Hamil Pandang” Mitos Tentang Fenomena Gerhana Bulan Yang Bakal Berlaku Esok. Apa Lagi Yang Pelik Pada Orang Dulu-Dulu…
Esok, 31 Januari 2018, rakyat Malaysia berpeluang menyaksikan gerhana bulan penuh. Lebih unik, tiga fenomena akan berlaku secara serentak iaitu Supermoon, Bluemoon dan Bloodmoon sekaligus membentuk Super Blue Blood Moon yang kali terakhir terjadi pada 31 Mac 1866 sekitar 152 tahun dahulu.
Menurut kenyataan Planetarium Negara kepada Bernama, fenomena Supermoon ini terjadi kedudukan bulan berada paling hampir dengan bumi dan mengalami fasa penuh menyebabkan saiz bulan akan kelihatan lebih besar daripada biasa.
Fenomena ‘Bluemoon’ pula ialah fasa bulan penuh yang berlaku pada tarikh sama merupakan fasa bulan penuh yang kedua dalam bulan Januari 2018.
“Pada malam itu, bulan turut mengalami peristiwa gerhana bulan penuh yang menyaksikan fasa gerhana bermula kira-kira 7.48 malam sehingga 11.11 malam manakala fasa gerhana penuh pula akan bermula kira-kira 8.51 malam sehingga ke kemuncak pada pukul 9.29 malam dan akan tamat kira-kira 10.07 malam.
“Umumnya gerhana bulan juga dikenali sebagai ‘Bloodmoon’ kerana warna bahagian gelap gerhana yang kemerah-merahan akibat biasan cahaya Matahari oleh atmosfera bumi,” menurut kenyataan itu.
Fenomena Gerhana Bulan terjadi muncul kerana matahari, bumi, dan bulan berada dalam satu garis. Saat itu, bulan berada pada jarak terdekat dengan bumi.
Sekiranya cuaca mengizinkan, antara lokasi ideal bagi menyaksikan fenomena yang amat jarang berlaku ini adalah kawasan tepi pantai yang menghadap laut di sebelah timurnya,
Di sebalik fenomena gerhana bulan yang bakal disaksikan oleh jutaan orang di dunia ini, menurut Ustaz Azhar Tuarno yang juga bekas Imam Masjid Negara, umat Islam digalakkan untuk solat sunat gerhana bulan secara berjemaah dan mendengar khutbah yang disampaikan.
“Gerhana bulan terjadi kerana ia menandakan kebesaran Allah taala. Biasanya isi khutbah yang disampaikan adalah menceritakan kebesaran Allah Taala selaku Pencipta seluruh isi ala mini. Kita tidak digalakkan solat sunat seorang diri malah dilarang juga untuk mempercayai hal-hal karut yang pernah diwar-warkan suatu ketika dahulu,” katanya ketika dihubungi.
Apa mitos karut tentang fenomena gerhana bulan?
Biar disertakan bukti sains tentang fenomena gerhana bulan tetapi orang dahulu banyak mempercayai kewujudan mitos mengikut ramalan yang mereka percaya.
Menurut laman web kumparan.com, antara mitos-mitos yang wujud tentang gerhana bulan adalah seperti berikut.
Orang Hamil Dilarang keluar rumah
Mitos ini sangat popular dan masih dipercayai oleh sejumlah penduduk dunia termasuk di negara Indonesia. Ketika berlaku gerhana, baik matahari mahu pun bulan, ia amat berbahaya bagi wanita hamil. Kata mereka, mana-mana wanita hamil yang melihat gerhana akan mengakibatkan muka anak yang dilahirkan akan kehitaman separuh. Malah mata akan menjadi buta selain memiliki bibir sumbing.
Bulan dimakan makhluk seram
Mitos ini begitu dipercayai orang dahulu kala. Biasa memandang cahaya bulan yang cantik, tetapi apabila terjadinya gerhana bulan yang mana bulan seperti enggan mengeluarkan cahayanya, maka timbullah mitos bahawa bulan dimakan makhluk seram dan dicuri. Ada juga mitos kuno yang mengatakan matahari hilang kerana dicuri atau dimakan oleh serigala.
Untuk membuat serigala ketakutan dan memuntahkan kembali sang bulan, orang-orang harus membuat suara bising dengan memukul benda-benda yang ada di dalam rumah.
Mitos ini banyak dipercayai di negara China. Mereka mempercayai gerhana bulan terjadi kerana ada seekor naga yang marah dan terus memakan bulan tersebut. Malah mereka akan membuat bunyi bising sekaligus membuatkan naga berasa takut.
Tetapi bagi masyarakat di Bali, dalam kejadian gerhana ini, mereka mempercayai bulan dan matahari dimakan oleh seekor raksaksa yang tengah marah.
Makanan mengandungi racun
Di beberapa dearah di India, beberapa orang menolak makan selama gerhana marahari malah mereka akan menjauhi makanan yang belum dimasak.
Hal ini dilakukan kerana mereka percaya, makanan yang di masak saat gerhana sudah disinggah racun dan menjadi kotor.
Mitos ini turut dipercayai di Jepun. Masyarakat di sana mempercayai bulan gerhana merupakan petanda penyebaran racun. Malah racun tersebut akan tersebar melalui tali air. Bila fenomena ini terjadi, masyarakat akan menutup tali air mereka kerana tidak mahu dicemari racun.
Petanda kemarahan Tuhan
Bangsa Yanuni kuno percaya gerhana merupakan tanda dari kemurkaan Tuhan dan merupakan petanda akan terjadinya bencana dan keburukan di muka bumi. Kata mereka gerhana (eclipse) sebenarnya berasal dari bahasa Yunani Kuno “ekleipsis” yang bermaksud ditinggalkan.
Itu antara mitos yang wujudkan. Tetapi kita sebagai umat Islam harus mempercayai Allah lebih maha berkuasa dan menentukan segala-galaNya.
Jom tengok fenomena ini ramai-ramai
Bagi yang mahu menyaksikan fenomena ini esok, boleh tengok dari kawasan puncak bukit, tanah tinggi, di atas bangunan tinggi atau mana-mana kedudukan yang tiada halangan pandangan ke arah ufuk dan langit di sebelah timur.
Sehubungan itu, bagi memeriahkan lagi kehadiran fenomena berkenaan, Planetarium Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi mengajak orang ramai menghadiri Program Pencerapan Gerhana Bulan Penuh ‘Super Blue Blood-Moon’ pada 31 Januari bermula 7 malam sehingga 12 tengah malam di hadapan pintu masuk Planetarium Negara.
Dalam program itu, para pengunjung berpeluang menggunakan beberapa buah teleskop bagi menyaksikan fenomena gerhana yang disediakan oleh Planetarium Negara selain aktiviti taklimat dan penerangan mengenai gerhana, panduan dan aktiviti astro-fotografi serta sesi solat gerhana pada malam itu.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Planetarium Negara di talian 03-22735484, e-mel di info@planet.gov.my atau melayari laman sesawang Planetarium Negara di www.planetariumnegara.gov.my selain Facebook Planetarium Negara.
Sementara itu, Agensi Angkasa Negara (Angkasa) dalam kenyataannya berkata gerhana bulan penuh pada 31 Januari ini akan berlaku di Timur Eropah, Timur Afrika, Asia (termasuk Malaysia), Australia dan Amerika Utara.
“Fenomena gerhana bulan yang akan berlaku itu mengambil masa selama lima jam 17 minit bermula pada 6.51 petang hingga 12.08 tengah malam (1 Februari). Ini bermakna gerhana sedang berlaku ketika bulan terbit di ufuk Timur (kecuali Sabah dan Sarawak akan bermula selepas bulan terbit),” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, Observatori Negara Langkawi akan mengadakan aktiviti pencerapan bagi orang awam untuk menyaksikan fenomena berkenaan dengan menyediakan beberapa buah teleskop mudah alih kepada pengunjung secara percuma.
Lokasi-lokasi lain yang boleh dikunjungi orang ramai untuk aktiviti pencerapan ialah di Planetarium Negara, Kuala Lumpur, Balai Cerap Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan, Balai Cerap Selangor, Sungai Lang Parit Baru, Sungai Ayer Tawar, Selangor, Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.
Lokasi lain ialah Pantai Tok Jembal, Terengganu (anjuran Balai Cerap Kusza), Menara Tun Mustapha, Kota Kinabalu, Sabah (Sabah Stargazers Observatory) dan Balai Cerap Kota Bharu, Kampung Kubang Rawa, Salor, Kelantan.
Saksikan video tentang fenomena cantik ini.