Mark Zuckerberg Akui Facebook Lakukan Kesilapan Besar…

Share

Awas ya kepada mereka yang suka memecah belah orang, benci-membenci, menyalurkan keganasan dan berita palsu. Mulai awal tahun 2018 ini, pengasas Facebook, Mark Zuckerburg berkata, dia mahu membendung semua dinyatakan di atas.

Dari sebuah medium yang mahu mencari kenalan lama, menambah kenalan tetapi semakin lama facebook  sudah berubah konsep bila semakin ramai yang menyalah gunakan medium ini.

Facebook sememangnya medium media sosial yang cukup diminati ramai. Di Malaysia sendiri, akaun  Facebook ini dimiliki oleh 18 juta pengguna aktif setiap bulan yang menggunakan medium sosial ini untuk berhubung dan pelbagai kegunaan lain. 17 juta daripadanya aktif melayari Facebook pada peranti mudah-alih mereka. Manakala Jerman mencatatkan sejumlah 22,119,300 pengguna facebook dari 82.424.609 jumlah penduduknya  dan menjadi salah satu negara penggunaan facebook terbesar di dunia.

Zuckerberg akui fb lakukan banyak kesilapan

Sebelum menubuhnya dahulu, Mark langsung tidak menduga perubahan dunia kerana menurutnya hari ini, medium rangkaian paling popular di dunia ini telah dirosak dan disalahgunakan oleh banyak pihak yang tidak bertanggungjawab untuk  menyebarkan ucapan benci, keganasan dan  berita palsu. Dan dia mahu memperbaikinya.

Mark mengakui, facebook tidak mempunyai perlindungan dalam menapis kandungan yang penuh keganasan, ucapan kebencian dan berita palsu. Akibatnya ramai penggunanya yang dipengaruhi oleh kandungan di dalam facebook yang mana tidak dapat disahkan sama ada benar dan sah. Menurut Pemprograman komputer dari Amerika Syarikat, dunia hari ini nampaknya telah terbahagi dan begitu cemas.

” Facebook mempunyai banyak kerja yang berkaitan dengannya. Sama ada untuk melindungi orang ramai daripada keganasan dan kebencian, campur tangan pihak berkuasa, atau pastikan masa yang mereka habiskan di Facebook adalah masa yang sangat berguna, “kata Zuckerberg di halaman akaun Facebooknya, seperti yang dipetik oleh Daily Mail pada hari Khamis semalam.

Inilah yang Zuckerberg cuba membetulkan pada tahun 2018. Beliau mengakui, pada masa ini memang terlalu banyak kesilapan yang telah dibuat sebagai sebuah syarikat. Walaupun dengan usaha maksimum Facebook dalam mengesan, menghentikan atau mencegah penyalahgunaan laman rangkaian sosial, Facebook.

”Cabaran peribadi saya pada tahun 2018 adalah untuk menyelesaikannya. Kami mungkin tidak dapat menghalang semua keganasan atau penyalahgunaan yang timbul, tetapi sekarang terdapat banyak kesilapan dalam menguatkuasakan peraturan dalaman  dan ketidakupayaan kami untuk mencegah penyalahgunaan Facebook sebagai alat. Sekiranya semua ini berjaya tahun ini, ia akan menjadi satu pencapaian dalam sejarah kita, ” katanya di catatan laman fbnya semalam.

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros