Mark Zuckerberg Tawar Meta Verified Berharga RM53 Sebulan, Dapat ‘Blue Tick’

Share

Jika sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Facebook, Mark Zuckerberg dilaporkan melakukan penjenamaan semula syarikat media sosial Facebook kepada Meta.

BACA : Syarikat Gergasi Media Sosial Facebook Tukar Nama Kepada Meta

Foto: The Verge

Terbaru, beliau mengumumkan bahawa syarikat itu bakal membuat pelancaran ciri terbaharu mereka pada minggu ini.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebook semalam, dia berkata Meta bakal  membuat pengesahan atau Meta Verified dalam pelbagai aspek.

Aspek tersebut termasuk perkhidmatan langganan (subscription service) yang membolehkan pengguna mengesahkan akaun dengan ID kerajaan.

Blue Tick Di Meta

Selain itu, Mark turut memaklumkan ciri ini juga dapat memberikan lencana biru (blue badge), perlindungan penyamaran, perlindungan tambahan pada akaun pengguna dan dapat akses secara terus kepada sokongan pelanggan.

Tambah Mark, ciri terbaharu yang bakal diperkenalkan ini bertujuan untuk meningkatkan sistem keselamatan dalam Meta.

“Ciri terbaharu ini adalah mengenai peningkatan ketulenan dan keselamatan sepanjang penggunaan perkhidmatan kami.” katanya.

Buat masa ini, ciri ini diperkenalkan secara berperingkat iaitu bermula di Australia dan New Zealand. Mark Zuckerberg mengatakan ciri pengesahan ini sedia ditawarkan pada harga $11.99 (~RM53) untuk langganan menerusi web dan harga meningkat kepada $14.99 (~RM66.33) menerusi iOS.

Begitulah dunia sekarang, tiada benda yang percuma…hiks

BACA LAGI: Facebook Rancang Tukar Nama Syarikatnya Akhir Bulan Ini

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana