Pernah tersenarai sebagai antara 10 individu paling kaya di dunia, kini pengasas Facebook atau sekarang dikenali sebagai Meta tidak lagi berada di kedudukan itu.
Sejak awal bulan Februari 2022, perusahaan milik Mark Zuckerberg dikatakan terkesan dari segi nilai syarikat dan hal ini menyebabkan sahamnya jatuh mendadak selepas Facebook mencatatkan penurunan hanya 1 juta pengguna aktif harian.
Terdapat pelbagai spekulasi yang dibuat, ia mungkin kerana penambahan perbelanjaan Meta dalam kajian dan pembangunan metamesta yang agak tinggi, sekali gus menyebabkan harga saham jatuh dari hari demi hari. Hal ini membawa kepada nilai kekayaan Zuckerberg turut menurun.
Mark Zuckerberg mempunyai pegangan sebanyak 14.2 peratus pada syarikat Meta dan sebelum ini dia menduduki 10 tangga teatas manusia paling kaya di dunia. Namun begitu, disebabkan hal ini nilai kekayaan Mark Zuckerberg turut menurun dan kini hanya menduduki tangga ke-12 dengan nilai kekayaan sebanyak $83.1 bilion.
Menurut Forbes, Zuckerberg mengalami kerugian hampir $30 bilion disebabkan oleh penurunan mendadak dalam saham Meta. Saham Meta kehilangan lebih daripada satu perempat daripada nilainya apabila pelabur menimbang koleksi angka kewangan yang meresahkan yang diperincikan oleh syarikat itu dalam laporan pendapatan suku tahunan. Penjualan itu menghapuskan $230 bilion dalam nilai pasaran Meta.
Inilah yang dikatakan kekayaan itu ada turun naiknya. Tapi walau bagaimanapun dia tetap menjadi antara individu yang terkaya di dunia kan. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.