Keputusan akhir program Big Stage 2022 semalam masih menjadi topik perbualan warganet memandangkan persaingan sengit yang tercetus di antara lima orang peserta yang bertanding.
Tumpuan tentunya terarah kepada 3 peserta yang menakluki tangga teratas semalam iaitu juaranya, Elica Paujin; naib juara, Danial Chuer dan pemenang tempat tiga, Aisha Retno. Ini berikutan kutipan markah mereka dari juri tetap semalam amatlah sengit. Hanya peratusan undian peminat yang berjaya memisahkan ketiganya apabila ia jelas dikuasai Elica.
ARTIKEL BERKAITAN : Elica Paujin Juara BIG STAGE! Undian Peminat Jauh Tinggalkan 4 Peserta Lain – REMAJA
Lantas, timbul lah persepsi sekiranya Danial dan Aisha mungkin kesal dengan keputusan semalam apabila di atas kertas, ia boleh dikatakan ditentukan oleh undian peminat.
Namun, pesepsi tersebut telah ditepis oleh mereka berdua dalam sesi Instagram Live yang dilakukan bersama Astro Awani pada hari ini.
Kata Aisha, saingan bagi Big Stage 2022 amatlah sengit dan dia bersyukur setelah diletakkan pada kedudukan ketiga. “Ia sengit sehingga membuatkan saya terfikir, kalaulah kami bertiga dipisahkan ke tiga musim berbeza, tidak mustahil kesemuanya boleh bergelar juara Big Stage.”
Danial bersetuju dengan pendapat tersebut dan merasakan benchmark yang diletakkan oleh kesemua peserta seakan ‘lain macam’.
“Bukan hanya kami bertiga tetapi peserta lain juga bekerja keras pada setiap minggu. Soal saingan sengit antara kami (bertiga) pula, saya bersyukur kerana orang ramai mempercayai bakat kami. Ia membuat segala persediaan dan execution kami selama ini berbaloi apabila bakat kami dapat diterima oleh juri serta penonton,” jelas Danial.
Sementara itu, mereka turut tidak menafikan keinginan untuk merakam lagu baharu bersama-sama setelah idea tersebut timbul semasa malam finale tadi.
Agaknya bagaimanalah genre yang akan Aisha, Danial dan Elica pilih?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.