Jika sebelum ini, syarikat penerbangan British Airways memperkenalkan seragam patuh syariah untuk kru kabin wanita, selepas hampir 20 tahun tidak menukar pakaian seragam.
ARTIKEL BERKAITAN : British Airways Perkenal Uniform Baru, Jumpsuit Dan Tunik Siap Ada Pilihan Wanita Bertudung
Terkini, syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) yang terkenal dengan uniform ikonik kebaya telah membuat survey berkaitan pakaian seragam pramugari yang dipakai syarikat penerbangan tersebut.
Menerusi emel yang dihantar MAS kepada penggunanya, mereka katanya berhasrat untuk membawa pembaharuan kepada seragam pramugari untuk menjadi lebih inklusif dalam pada mengekalkan gaya anggun dan klasik yang dibawa MAS.
Dalam tinjauan survey tersebut, antara soalan yang diajukan MAS ialah berkenaan pendapat pengguna terhadap seragam kebaya, sama ada ia patut diberi imej sopan atau tidak.
Manakala soalan lain yang ditanya MAS pula berkaitan sama ada pramugari patut diberikan pilihan untuk memakai tudung ketika bertugas di kedua-dua penerbangan domestik dan antarabangsa.
Recently British Airways has provided alternative uniforms for cabin crews who wanna don hijab. Currently @MAS
is doing a survey regarding their uniform.Please spare few minutes to support the alternative for hijab🧕🏻 and a more modest uniform 😇 https://t.co/NOJfwdEZhW pic.twitter.com/rlr6PPsItn
— Nabilah Hassan (@_nabilahhassan) January 16, 2023
Walau bagaimanapun, survey berkenaan telah ditutup MAS selepas mendapat respon yang banyak daripada netizen.
Terdahulu, kebenaran memakai tudung bagi pramugari MAS juga telah lama diperjuangkan oleh beberapa Ahli Parlimen dari PAS.
Malah semasa pemerintahan PM ke-8, Anthony Loke selaku Menteri Pengangkutan pada ketika itu berkata kerajaan tiada masalah jika pramugari beragama Islam memilih pakaian yang menepati kehendak syariah selagi ia mematuhi kriteria yang ditetapkan Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) serta syarikat penerbangan.
Mesti bertambah manis bila krew-krew wanita MAS berhijab dan berpakaian tradisional Malaysia. Ini sejarah kebaya ikonik Malaysia Airlines sejak awal penubuhannya.
BACA : Cerita Kebaya Ikonik Malaysia Airlines. Rekaan UiTM Rupa-Rupanya
Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.