“Masa Salah Untuk Tunjuk Kereta Tesla Baru, Tony Fernandes..”

Share

 

Kita semua sedar akan impak yang dihadapi sektor pelancongan dan syarikat penerbangan pada musim pandemik penuh mencabar ini. Dengan sekatan pergerakan masih berkuatkuasa dan menghalang penduduk dunia daripada mengembara seperti normal, syarikat penerbangan teruk terjejas dengan kerugian yang terpaksa ditanggung.

Nasib malang ini seringkali disuarakan oleh salah sebuah syarikat penerbangan Malaysia, AirAsia Berhad menerusi Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Pengarah AirAsia Berhad, Tan Sri Tony Fernandes menerusi platfrom media sosial AirAsia dan akaun peribadi beliau sendiri.

Isu bayaran semula tiket penerbangan yang berbangkit sejak tahun lalu dan soal perlepasan tenaga pekerja AirAsia masih jelas di minda ramai rakyat Malaysia

Semua sedar akan keadaan semasa dan membenarkan syarikat tersebut ruang serta peluang untuk perlahan-lahan mengatasi isu tersebut. Semua orang tampil bersimpati dengan nasib AirAsia. Tidak mengapalah jika bayaran semula tiket penerbangan masih belum diproses, take your time!

ARTIKEL BERKAITAN : Isu ‘Refund’ Tiket AirAsia Belum Selesai? Tony Fernandes Jelaskan – REMAJA

Justeru, apabila Tony Fernandes berkongsi foto kenderaan premium jenama Tesla baharu beliau di media sosial dua hari lalu, warganet tempatan jelas keliru dengan mesej disampaikan oleh beliau.

Ada yang berpendapat tindakan menunjukkan kenderaan berharga antara RM170,000 hingga RM260,000 itu adalah tidak tepat dengan masa dan situasi semasa.

Memandangkan masih ramai penumpang belum memperolehi bayaran semula wang mereka, ada pihak menyindir foto tersebut di ruangan komen dan menyifatkan Tony tidak sensitif.

“Harap refund tiket AirAsia sudah berjaya dibayar balik semuanya.”

“Kami berharap kamu boleh membayar semula duit kami secepat kamu memberi reward kepada diri sendiri dengan mendapatkan kereta baru.”

Namun, janganlah cepat melatah guys.

Menerusi kapsyen yang ditulis Tony, beliau berkata bahawa model Tesla itu hanya disewa olehnya selama dua minggu saja. Ia bukanlah kenderaan baharu yang dibelinya.

Ramai tampil memuji Tony Fernandes kerana memilih sebuah kenderaan mesra alam seperti ini bagi tempoh trial. Malah, ada yang berharap agar model Tesla Y ini digunakan dalam perkhidmatan AirAsia Ride selepas ini. Amboi, penulis pun hendak cuba naik jika berpeluang! Hehe..

BACA LAGI : AirAsia Filipina Beri Ganjaran Penerbangan Percuma Seumur Hidup Buat Hidilyn Diaz – REMAJA

Published by
FZ