Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
Jadi, macam biasa resipi yang dikongsi di media sosial banyak membantu memberi idea bagi menyediakan lemang DIY yang lebih mudah tanpa menggunakan buluh. Ada juga yang berkongsi cara penyediaan menggunakan tin.
Namun begitu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia menegaskan bahawa masak lemang dalam tin minuman adalah TIDAK SELAMAT.
Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat, tetapi tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan sebagai bekas memasak.
Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan Kesihatan!
Berikut merupakan sebab-sebab kenapa masak lemang dalam tin tidak selamat untuk kesihatan:
• Tin minuman tidak selamat digunakan semula untuk memasak makanan
• Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas
• Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan
• Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan
Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.
TGI Fridays Umum Bankrap, Kos Meningkat & Persaingan Jadi Punca!
TGI Friday’s (TGIF) antara restoran ‘favorite’ dan makanan yang kena dengan tekak rakyat Malaysia.
Terbaru menurut laporan Bloomberg, restoran yang menjamu casual dining ini memfailkan kebankrapan Bab 11 di Texas pada 2 November.
ARTIKEL BERKAITAN : Bertahan 90 Tahun, Revlon Muflis Tak Mampu Bergelut Dengan Jenama Kosmetik Baru
Hal ini berpunca dari cabaran daripada perubahan tabiat pengguna di tengah-tengah krisis kos sara hidup dan peningkatan persaingan daripada pilihan makanan segera, tambah laporan itu.
Petisyen syarikat itu menyenaraikan aset antara $100-550 juta (RM438 juta-RM2.19 bilion) dan liabiliti bernilai $100-500 juta (RM438 juta-RM2.19 bilion), tambah laporan Bloomberg itu.
Bloomberg sebelum ini melaporkan bahawa TGIF sedang ‘membuat pilihan’ untuk pembiayaan dan membiayai restorannya semasa penyusunan semula Bab 11.
Laporan itu menyatakan bahawa TGIF menyertai senarai panjang rangkaian restoran yang baru-baru ini mendekati mahkamah untuk mendapatkan perlindungan di tengah-tengah persaingan yang semakin meningkat daripada pesaing ‘lebih pantas’ seperti Chipotle.
Selain menjamu casual dining, pengunjung kos rendah juga merasakan kesannya kerana perbelanjaan perumahan dan inflasi terus mendorong pelanggan ke arah makan di rumah, memilih lokasi makan malam di luar atau mengubah pilihan untuk menjimatkan wang, tambahnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Sumber : Bloomberg, Live Mint
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tragik! Bukan Kali Pertama Terhempas, Ada 14 Insiden Termasuk 7 Kali Tergelincir Libatkan Pesawat Lion Air
Nahas pesawat Boeing 737 Max 8 melibatkan syarikat penerbangan Lion Air JT 610 menjadi trending di seluruh dunia selepas terhempas di perairan Karawang, Jawa Barat pada Isnin 29 Oktober pagi, 13 minit selepas berlepas dari Bandara Soekarno Hatta dalam penerbangan menuju Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung pada jam 6.20 pagi.
Pesawat ini tidak pecah di udara sebagaimana tular di media sosial. Setakat artikel ini ditulis, kotak hitamnya belum ditemui. Malah di mana kedudukan pesawat malang ini masih menjadi misteri kerana selaman pada kedalaman 30-35 meter ke dasar laut tidak menemukan apa-apa lagi. Malah pihak berkuasa Indonesia juga menafikan gambar yang tular di media sosial kononnya separuh dari badan pesawat sudah ditemui.
Sebagai syarikat penerbangan utama di Indonesia, Lion Air antara disenaraikan sebagai syarikat yang menunjukkan peningkatan dari segi keselamatan kepada tujuh bintang oleh agensi penarafan global, AirlineRatings.com.
REMAJA senaraikan 14 nahas udara melibatkan syarikat penerbangan Lion Air sepanjang 10 tahun beroperasi.
Mendarat tanpa roda depan
Februari 2009 – Pesawat Lion Air JT 972 mendarat secara kecemasan di Bandara (Lapangan Terbang) Hang Nadim Batam tanpa roda depannya yang bermasalah pada 23 Februari 2009 sekitar jam 18.30 petang. Situasi panik berlaku tapi pesawat berjaya di daratkan dan tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir di landasan
Mac 2009 – Pesawat Lion Air jurusan Gorontalo-Makassar-Jakarta tergelincir di landasan terminal 1A Bandara Internasional Soekarno-Hatta, Cengkareng, Isnin petang 9 Mac 2009. Tiada korban dalam insiden ini.
Tergelincir di landasan
November 2010 – Pesawat penerbangan Lion Air penerbangan 712, PK-LIQ Boeing 737-400 laluan Jakarta-Pontianak-Jakarta, tergelincir di Bandara Supadio, Pontianak. Tiada korban jiwa.
Tergelincir di landasan
Februari 2011 – Lion Air Penerbangan 598, Boeing 737-900ER laluan dari Jakarta-Pekanbaru tergelincir saat mendarat di Bandara Sultan Syarif Kasim II, Pekanbaru. Tiada korban jiwa.
Tergelincir lagi
Februari 2011 -Penerbangan Lion Air dari Medan-Pekanbaru-Jakarta dengan nombor penerbangan JT 0295 mengggunakan pesawat Boeing 737-900 ER sekali lagi tergelincir di Pekanbaru pada pukul 17.00 petang. Dikatakan roda pesawat keluar dari lintasan lapangan terbang namun tiada penumpang yang cedera atau alami luka-luka.
Nahas dikatakan bermula sebuah traktor yang keluar secara tiba-tiba dan tanpa sengaja mengarah ke pesawat Lion Air yang lainnya. Pesawat dikatakan mengalami kerosakan pada stabilizer bahagian belakang.
ARTIKEL BERKAITAN : Dia Peluk 5 Kali Pesan Jaga Diri, Doktor Bakal Pengantin Antara Korban Pesawat Lion Air JT 610
ARTIKEL BERKAITAN : Burung Merbuk Jatuh Jadi Petanda, Ini Fakta Kronologi Dan Nahas Pesawat Lion Air JT 610
Lagi tergelincir dan sempat berada di hujung Runway 01
Oktober 2011 – Nampaknya kejadian tergelincir bagaikan menghantui Lion Air. Jika kejadian sebelumnya terjadi pada Februari, hujung tahun itu, pada Oktober sekali lagi berlaku kejadian pesawat tergelincir.
Kali ini melibatkan pesawat Lion Air 673 laluan dari Tarakan – Balikpapan dan tergelincir di Bandara Sepinggan Balikpapan. Pesawat ini mendarat mengalami overshoot di hujung Runway 01 (area stopway). Posisi dua roda rosak bahagian belakang.
Juruterbang positif dadah, daratkan pesawat dalam laut dan pesawat patah dua
April 2013 – Laluan Bandung – Bali mengalami kecelakaan saat hendak mendarat pada 13 April 2013. Kecelakaan ini disebabkan oleh kelalaian manusia atau human error.
Juruterbang dikatakan berhalusinasi dengan melihat sebuah landasan sehingga dia mendaratkan pesawatnya sedangkan landasan yang sebenara masih ada di depannya.
Pesawat malang ini dikendalikan oleh juruterbang Mahlup Ghazali dan pembantu juruterbang berasal dari India iaitu Chiraq Kalra lalu jatuh ke dalam laut dan menyebabkan badan pesawat patah dua.
Lebih malang, selepas hasil penyiasatan mendapat pilotnya positif dadah. Semua penumpang seramai 101 selamat termasuk anak kapal.
Tergelincir gara-gara 3 ekor lembu di landasan
Ogos 2013 – Pesawat Boeing 737-800 milik Lion Air dengan nombor penerbangan JT892 tergelincir saat mendarat di Bandara Jalaluddin Tantu, Gorontalo pada Selasa, 6 Ogos 2013 malam.
Kejadian ini berpunca dari 3 ekor lembu yang berkeliaran di landasan sehingga pesawat mengalami over run atau keluar landasan. Tiada korban jiwa dan kesemua 110 penumpangnya selamat.
Pesawat terhempas kuat & 2 penumpang alami kecderaan serius
Februari 2014 – Lion Air penerbangan 461, Boeing 737-900ER, dari Bandar Udara Sultan Aji Muhammad Sulaiman, Balikpapan menuju Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya, dengan 222 penumpang dan kru pesawat, mengalami pendaratan keras di Bandar Udara Internasional Juanda, Surabaya. Insiden ini mengakibatkan dua penumpang alami kecederaan serius dan tiga penumpang alami luka ringan.
Pesawat dilanggar burung
Februari 2015 – Ratusan penumpang tergendala perjalanan di Terminal 1 dan Terminal 3 Banten tanpa ada sebarang penjelasan dan kepastian bila pesawat patut boleh terbang. Kes ini berlarutan tiga hari lamanya.
Sehinggalah Pengarah Umum PT Lion, Edward Sirait membuat penjelasan ada tiga pesawat yang tidak boleh terbang selepas terlanggar burung dan mengakibatkan kerosakan pada pesawat. Hal ini cuma dapat dikesan selepas pemeriksaan rapi dilakukan dipercayai ketika juruterbang mendarat di Semarang.
Pesawat alami ledakan, 3 penumpang luka
April 2015 – Pesawat Lion Air JT303 laluan Kualanamu-Jakarta mengalami insiden di Bandara Kualanamu, Deli Serdang, Sumatera Utara pada Jumaat 24 April 2015. Dikatakan pesawat mengalami ledakan di bahagian belakang pesawat ketika mahu berlepas menuju ke Jakarta. Seramai 207 penumpang dan 7 anak kapal selamat kecuali 3 penumpang cedera dan alami luka sebelum dibawa ke hospital.
Insiden sayap pecah
Ogos 2017 – Insiden melibatkan pesawat Lion Air berterusan apabila berlaku kejadian sayap pecah di Bandara Internasional Kualanamu, Kabupaten Deliserdang, Sumatera Utara, Khamis 3 Ogos 2017.
Kejadian ini berlaku pagi apabila pesawat Lion Air berusaha bergerak ke kanan namun kerana sayap pesawat agak dekat dan terbatas di runway, maka berlaku kejadian pelanggaran sayap pesawat dengan Wings Air. Tiada korban jiwa dilaporkan.
Tergelincir lagi
April 2018– Lion Air penerbangan 892, Boeing 737-800, laluan penerbangan Makassar ke Gorontalo tergelincir saat mendarat di Bandar Udara Jalaluddin, Gorontalo. Tidak ada korban jiwa dalam peristiwa ini.
Nahas terburuk jatuh terhempas
29 Oktober 2018 – Nampaknya semalam merupakan insiden terburuk melibatkan syarikat Lion Air apabila 187 penumpang dilaporkan terbunuh dalam nahas udara ini.
Dalam sejarah penerbangan Indonesia, Garuda Air pernah terhempas pada tahun 1997 di Sumatera Utara pada 1997 mengorbankan 234 orang.
Begitu juga pesawat Mandala Airlines yang baru seminit berlepas dari Lapangan Terbang Polonia, Medan, Sumatera Utara pada 6 September 2005 dan terhempas di sebuah kawasan perumahan mengorbankan 149 orang, termasuk seorang penumpang rakyat Malaysia iaitu Ti Teow Chuan yang berasal dari Sabah.
Sumber : Tribun News
Bersedia Bayar Denda RM1000 Jika Tidak Imbas MySejahtera Di Stesen Minyak
Nampaknya ini bukan berita mengembirakan buat pengguna stesen minyak.
Sejak mengamalkan norma baharu selepas Perintah Pergerakan Kawalan dilakukan beberapa bulan lalu, masyarakat Malaysia pastinya sudah terbiasa dengan penggunaan aplikasi MySejahtera.
Dibangunkan oleh Kerajaan Malaysia, ini adalah antara usaha untuk merekod setiap data pelawat yang mengunjungi tempat-tempat awam sekiranya berlaku sebarang kewujudan wabak pandemik COVID-19.
Terbaharu, Malay Mail melaporkan pihak polis akan mengeluarkan saman kepada individu yang gagal mengimbas MySejahtera sewaktu mengisi minyak di stesen minyak.
Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, orang ramai dinasihatkan untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan. Hal ini dibuat sebagai langkah untuk mengesan sekiranya terdapat individu yang positif COVID-19 di kawasan berkenaan.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai klip rakaman suara seorang lelaki yang mendakwa bapanya telah dikompaun sebanyak RM1,000 kerana gagal mendaftar aplikasi MySejahtera ketika mengisi minyak meskpun memakai pelitup muka.