Mungkin ramai di antara kita sudah merancang untuk membuat lemang sendiri sempena hari raya Aidilfitri nanti, memandangkan masyarakat Malaysia masih tidak lagi dibenarkan untuk keluar beramai-ramai pada hari raya nanti.
Jadi, macam biasa resipi yang dikongsi di media sosial banyak membantu memberi idea bagi menyediakan lemang DIY yang lebih mudah tanpa menggunakan buluh. Ada juga yang berkongsi cara penyediaan menggunakan tin.
Namun begitu, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesihatan Malaysia
menegaskan bahawa masak lemang dalam tin minuman adalah TIDAK SELAMAT.Tin memang digunakan secara meluas sebagai salah satu teknik pembungkusan makanan/minuman yang selamat, tetapi tin tersebut tidak dibuat untuk digunakan sebagai bekas memasak.
Kalau masakan tak jadi, boleh post dalam group Facebook tapi kalau masakan tak selamat, boleh membahayakan Kesihatan!
Berikut merupakan sebab-sebab kenapa masak lemang dalam tin tidak selamat untuk kesihatan:
• Tin minuman tidak selamat digunakan semula untuk memasak makanan
• Bahan makanan yang dimasak akan bertindak balas dengan bahan kimia dalam tin pada suhu panas
• Ada risiko tinggi untuk berlaku pencemaran kimia pada makanan
• Makanan yang tercemar dengan bahan kimia berlebihan boleh membahayakan kesihatan
Jadi, sebelum korang buat lemang nanti, pastikan guna bahan yang sewajarnya dan bukannya tin. Paling penting, utamakan kesihatan diri terlebih dahulu. Jangan sebab nak makan lemang, kesihatan korang tergadai.