Masakan Tak Sedap! Menantu Kena Belasah Hingga Pecah Tengkorak Kepala

Share

Hish! Inilah kata orang buruknya sebumbung dengan keluarga mentua.

Selepas berkahwin sebaiknya tinggallah di rumah sendiri atau rumah sewa. Sekurangnya buruk dan baik antara kita dan pasangan hanya kita yang menelannya, bukan dilihat oleh keluarga mentua.

Kalau suami isteri belajar memahami, bertoleransi kita akan dapat mengenal pasangan dengan lebih rapat. Tapi kalau lepas kahwin dan pilih tinggal dengan mak ayah atau keluarga mentua, sampai bila pun kita tak akan dapat berdikari dan membuat keputusan sendiri.

Dalam satu kes di Vietnam, seorang menantu yang usianya masih agak muda menjadi mangsa pukulan ayah mentua kerana masakannya tidak sedap. Akibatnya, dia dipukul oleh ayah mentua hingga pecah tengkorak kepala. Apa yang menyedihkan, dia sedang mengandung anak ketiga.



Bukan saja dirinya jadi mangsa tapi dua orang anak yang masih kecil juga menjadi mangsa amarah atuk yang mana seorang darinya alami keretakan tulang akibat dibelasah. Selepas melakukan kekejaman itu kepada menantunya, mentuanya melarikan diri dari rumah. Bagaimana pun polis sudah menangkapnya kerana perlakuan jenayahnya itu.

Hah! Inilah satu keburukan tinggal dengan mentua sedangkan bukan tanggungjawab menantu pun untuk sediakan makan minum pak mentuanya. Sumber : Tribun Sytle

Kenapa Islam tak galakkan tinggal sebumbung?

Dalam satu perkongsian dibuat di laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Kuala Lumpur, pertanyaan seorang isteri tentang tinggal di rumah mentua kerana suaminya anak lelaki tunggal memberikan jawapan kenapa pasangan suami isteri tidak digalakkan tinggal bersama keluarga mentua sebaliknya harus mencari rumah lain.

Jelas Mufti, sepatutnya, apabila pasangan sudah berkahwin dan mempunyai kemampuan untuk hidup bersama selain daripada ibu bapa dan keluarga, maka inilah yang terbaiknya. Ini kerana dengan hanya berpasangan, hak privasi dan membina kehidupan dengan lebih selesa akan terwujud. Tambahan pula, tanpa campur tangan mana-mana pihak.

Antara makna kemampuan itu adalah mampu menyediakan tempat tinggal khusus bagi isteri seperti mana yang difirmankan oleh Allah SWT:

أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ

Maksudnya: Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu). (Surah al-Talaq: 6)

  • Pepatah Melayu menyebut: “Biar banyak rumah daripada banyak orang dalam rumah,” dengan maksud dengan ramainya anggota dalam sebuah rumah, maka ragam dan juga perangai akan berbeza yang boleh membawa kepada pertelingkahan jika tidakditanganidengansebaiknya.
  • Oleh kerana ibu sudah ada anaknya yang menjaganya, maka tidak lagi menjadi masalah untuk anak yang lain keluar daripada rumah tersebut. Yang penting, sentiasa memberi perhatian dan kecaknaan sama ada dari segi nafkah atau kasih sayang melalui ziarah serta hadiah dan juga nafkah. Bahkan dengan cara ini, perasaan kasih sayang dan penghormatan akan jadi lebih tinggi berbanding tinggal sebumbung di rumah.
  • Suami sewajarnya memahami hak isteri untuk ditempatkan, yang munasabah dengan status keisterian agar peranan masing-masing dapat dijelmakan dengan lebih baik dan jelas. Ini akan menatijahkan bahtera rumahtangga lebih bahagia.

Jadi mana-mana korang yang memilih untuk tinggal dengan ibu bapa atau mentua selepas kahwin terutama yang menikah pada usia muda, fahamilah erti perkahwinan yang sebenarnya ya. Kahwin bukan untuk keseronokan atau hubungan intim semata tapi ia lebih kepada memikul amanah dan menjadi imam dan khalifah kepada keluarga yang baru dibina ini.

Published by
Almaswa Haji Che Ros