Masalah Badan Berbau? Fakta Bau Badan Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Share

Mungkin itu apa yang bermain di minda bila kita memikirkan tentang bau badan yang kurang menyenangkan.

Sejak dahulu lagi masalah bau badan menjadi masalah yang sering menghantui remaja. Kadangkala kita sendiri hairan mengapa walaupun dah mandi 3 kali sehari pun badan masih berbau.

Foto Kredit : Via wexnermedical.osu.edu

Sebenarnya terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada masalah bau badan. Apatah lagi kita tinggal di sebuah negara beriklim tropika yang mempuyai kadar kelembapan tinggi sekaligus menyebabkan kita sentiasa berpeluh. Dan kekerapa peluh boleh menyumbang kepada masalah bau badan.

Contoh ketara badan berbau ialah akibat tak mandi dan tidak menggunakan sabun yang sesuai juga boleh menjadi faktor oenyumbang utama.

Jom ikuti beberapa fakta tentang bau badan yang harus korang tahu!

Dua kelenjar berbeza

Setiap orang pasti akan berpeluh. Dan kelenjar peluh mempunyai dua jenis berbeza iaitu ekrin dan apokrin. Kelenjar ekrin terdapat di seluruh tubuh badan dan ia bertanggungjawab mengeluarkan peluh untuk menyejukkan badan. Manakala kelenjar apokrin pula berada di kawasan yang memiliki folikel rambut yang banyak seperti kulit kepala, ketiak dan errrr… sebagainya. Cairan yang dihasilkan kelenjar ini lebih bersifat lemak dan disebabkan itu ia cenderung untuk berbau.

Bau dari rambut

Sebenarnya bukan peluh yang keluar daripada kelenjar apokrin yang menyebabkan rambut berbau. Tetapi bakteria yang tertarik kepada bau dan peluh tersebut. Bakteria ini bertindak memecah lemak di kelenjar apokrin lalu menyebabkan keluarlah bau yang busuk. Semakin lebat rambut di kawasan itu semakin banyak bakteria dan semakin busuklah rambutnya.

Penggunaan deodoran

Remaja ingin tegaskan di sini; kepada remaja di luar sana terutama yang berada di sekolah menengah, sila gunakan deodoran. Kamu bukan lagi kanak-kanak dan seiring dengan perkembangan tubuh kamu yang mengalami perubahan akil baligh. Deodoran ialah ‘pertahanan utama’ untuk melawan bau ketiak yang busuk. Kandungan bahan yang terdapat di dalam deodoran mampu menghentikan peluh keluar akibat aktiviti berlebihan.

Terapi medik

Untuk kes yang lebih ekstrim di mana bila menggunakan deodoran pun tidak berkesan rujuklah dengan doktor di hospital. Buangkan rasa malu. Terdapat prosedur injeksi botox yang mampu membantu terutamanya kepada orang yang berpeluh dengan banyak.

Punca makanan

Tahukah kamu bahawa badan kita akan mengeluarkan bau jika memakan makanan tertentu. Contohnya bawang putih dan makanan berbau tajam. Ia merupakan pemacu klasik yang boleh membuatkan bau badan semakin teruk.

Guna sabun dengan betul

Menggunakan sabun akti bakteria untuk membersihkan ketiak adalah perkara yang dibolehkan. Namun jangan buat secara berlebihan kerana ia mampu membuatkan kulit menjadi kering. Penggunaan produk mengandungi alkohol juga akan menyebabkan kulit menjadi kering lalu membuatkan badan semakin berpeluh.

Faktor tekanan sebagai penyumbang

Faktor stres juga boleh membuatkan badan kita berpeluh dengan banyak. Jika kamu seorang yang selalu stres dapatkanlah bantuan bagaimana untuk meringankannya. Nanti bukan sahaja jiwa kacau tapi badan pun bau boleh buat orang lain lagi jiwa kacau

Foto Kredit : andriano_cz/Getty Images

Jadi, apa yang perlu anda lakukan agar bau badan itu hilang? Nah tips dari kami.

Makan herba dan rempah ratus – Amalan memakan herba dan rempah ratus seperti ‘Medicago Satina’, ‘Petroselinum Crispum’, dan ‘Rosmarinus Officianlis’ dapat membunuh bakteria di dalam tubuh yang menjadi penyebab utama bau badan akibat berpeluh. Satu lagi cara adalah menggunakan air rebusan sireh yang dicampur garam sebagai air mandian untuk menghilangkan bau badan. Lakukan sekurang-kurangnya selama seminggu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

Diet seimbang – Masalah bau badan juga boleh berlaku sekiranya anda tidak menjaga pemakanan dengan baik dan teratur. Pemakanan yang seimbang boleh membantu mengawal metabolisme badan sekaligus dapat mengawal berat badan anda. Amalan minum air masak sebanyak 8 gelas sehari juga dapat membantu membuang toksin dalam badan yang mengakibatkan masalah bau badan.

Jaga kebersihan tubuh – Pastikan tubuh sentiasa bersih dan dijaga dengan baik. Sekiranya anda melakukan aktiviti lasak yang menyebabkan badan mengeluarkan peluh dengan banyak, pastikan badan anda kering terlebih dahulu sebelum mandi.

Deodaran – Kalau boleh gunakan deodoran yang sesuai supaya tidak berlaku sebarang iritasi kulit selepas penggunaannya. Carilah deodoran jenis anti peluh supaya baju di bawah lengan anda tidak basah yang boleh mencacatkan penampilan.

Wangian – Ramai menggunakan wangian sebagai penyelamat kepada masalah bau badan. Namun, harus diingat penggunaan wangian semasa badan berpeluh boleh menimbulkan bau yang lebih busuk dan tengik. Pastikan anda menyembur minyak wangi selepas mandi kerana pada waktu itu, badan anda dalam keadaan bersih dan segar.

Timun muda – Caranya sangat mudah. Apa yang perlu anda lakukan hanya dengan mengupas sebiji timun muda kemudian gosokkan di bahagian badan yang berpeluh. Lakukan selepas mandi. Sekiranya anda mandi sebanyak 3 kali sehari, lakukannya sebanyak 3 kali juga untuk mendapatkan hasil yang memberangsangkan.

Published by
Nana