Masalah wajah breakout bukan sahaja dialami oleh golongan perempuan, namun ia juga tidak terkecuali menyerang kaum lelaki.
Keadaan ini boleh menyebabkan rasa kurang keyakinan diri dan ia juga mendorang seseorang individu itu menjadi stress dan tidak bahagia menjalani kehidupan harian mereka.
Ya, memang benar sampai begitu kesannya terhadap mereka yang mengalami masalah wajah breakout teruk ini.
Namun begitu, jika korang mengalami masalah ini janganlah terlalu sedih kerana ia masih boleh dirawat. Seorang selebriti media sosial yang dikenali sebagai Syameel pernah berkongsi penjagaan kulit wajah kerana dia juga pernah mengalami masalah breakout
.Langkah pertama yang Syameel lakukan adalah berjumpa dengan dermatologist terlebih dahulu untuk mengetahui jenis kulit, punca breakout dan ubat yang sesuai. Anak muda ini mencadangkan untuk korang berjumpa dulu dengan doktor untuk jimatkan duit dan masa. Produk yang dia gunakan mungkin berkesan untuk dirinya tetapi belum tentu berkesan untuk orang lain.
Pesannya lagi, sebelum beli sesuatu produk itu juga korang kena semak kandungan bahan dan review (PENTING) supaya korang tahu kegunaan produk tersebut sama ada sesuai atau tidak dengan jenis kulit korang.
Waktu Syameel berjumpa dengan dermatologist, pakar menjelaskan bahawa bulan pertama mungkin tidak ada perbezaan kerana kulit nak sesuaikan dengan produk-produk tersebut. Namun, selepas dua atau tiga bulan akan nampak perubahan dan memang benar, ia memulihkan kulit wajahnya.
Jom kita lihat bagaimana rutin skincare yang telah dilakukan oleh Syameel ini.
Apa-apa pun, jika muka korang memang breakout teruk, teruslah berjumpa dengan pakar kulit sebelum menggunakan apa-apa produk. Takut pula kulit korang makin teruk pula nanti.
Sumber: Twitter @sy4meel