Dewi Remaja 2019, Shaza Bae.

 

Dengan kewujudan teknologi dan kecanggihan platform media sosial kini yang dijadikan sebagai punca pendapatan remaja, mungkin ada benarnya apa yang diperkatakan oleh Shaza Bae ini.

 

Baru-baru ini, REMAJA sempat melangsungkan sesi Instagram Live bersama Dewi Remaja 2019, pelakon dan hos program Prelude Hero Remaja 2021, Shaza Bae.

Menerusinya, pelbagai topik yang kami kupaskan seperti inti pati program Hero Remaja pada tahun ini, pendapat Shaza berkenaan isu remaja dan pengalamannya sebelum serta semasa menyertai pencarian Dewi Remaja 2019.

Salah satu soalan yang dikemukan penonton siaran live tersebut berbunyi, “Apakah satu pengajaran yang Shaza telah pelajari dalam hidup setakat ini?”

Ads

Komen Shaza, terlampau banyak pengajaran yang telah dikecapinya biarpun baru berusia 26 tahun; hasil daripada pengalaman belajar, bekerja dan bertemu ramai pihak.

Namun, satu perkara yang Shaza ingin tekankan kepada generasi muda zaman sekarang adalah mengenai obsesiti remaja yang ingin “kaya dan berjaya” dalam tempoh waktu singkat.

Generasi Z bagi Shaza perlu belajar untuk menghargai kepayahan serta usaha keras sebelum sampai ke satu tahap seterusnya. Tanpa mengertai makna di sebalik proses tersebut, segala kejayaan yang kita kecapi tidak akan membutirkan nikmat berpanjangan.

Yes, you will be happy for a short while, but the feeling will just wipe out quicker before you can say yay.

Ads

“Saya rasa masalah generasi saya ini… kita nak cepat. Semua benda nak cepat. Tak boleh sebenarnya. Usaha keras, kesabaran dan dedikasi diperlukan untuk seseorang itu perlahan-lahan berjaya.”

“Saya pun belajar untuk tidak mudah ‘nak cepat’. Dulu saya pun nak berjaya pada usia 25 tahun, saya nak kahwin pada usia 25 tahun. Sampai usia 26 tahun ini pun saya belum berkahwin (ketawa).”

“Masalah Generasi Muda Sekarang, Semuanya Nak CEPAT..” – Shaza Bae

“Kehidupan ini sebenarnya adalah satu proses yang kita semua perlu jalani. Bukan saja untuk berjaya, proses ini juga akan menjadikan kita seorang insan yang lebih baik.

Ads

“Oleh itu, generasi Z perlu sedar bahawa tiada ‘jalan singkat’ ke arah kejayaan. It is a long journey. Saya pun dalam journey yang sama dan saya pasti, selebriti seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Neelofa, Scha Alyahya juga melalui journey ini. Kejayaan memerlukan proses,” ulas pengacara program Hlive ini.

Bagaimanapun, Shaza tidak menidakkan sekiranya ada insan yang memperolehi kejayaan dalam sekelip mata, ia adalah rezeki daripada Allah SWT. “At the end of the day, jalan orang berbeza-beza.”

Temuramah penuh Shaza Bae bersama #RemajaDengarKata boleh ditonton di bawah:

 

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI