Kaum lelaki lazimnya mempunyai payudara yang tidak besar, namun dalam sesetengah kes, ada segelintir lelaki yang mengalami pembesaran tisu payudara. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil sebagai gynecomastia.
Gynecomastia bermaksud penambahan tisu payudara pada lelaki dan perempuan. Kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone estrogen dan testosterone. Ia boleh berlaku pada satu payudara sahaja atau kedua-duanya sekali. Kadangkala, pembesaran itu juga tidak seimbang.
Menurut Dr. Iskandar Mirza, gynecomastia ini bukanlah satu masalah besar, ada masanya pesakit akan mengalami kesukaran apabila merasa sakit dibahagian payudara dan kebanyakkannya juga, mereka akan rasa hilang keyakinan diri.
Apa simptom gynecomastia yang perlu korang tau?
• Payudara membesar/membengkak
• Sakit dibahagian payudara
Dan bila waktu yang memerlukan korang berjumpa dengan doktor?
Ads
• Jika ia membengkak
• Terasa sakit
• Ada pengeluaran cecair pada puting
• Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
• Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
• Berasa bimbang atau malu
Ia berlaku apabila hormone estrogen melebihi hormon testosterone di dalam badan. Testosterone mengawal ciri-ciri lelaki seperti kepadatan otot dan pertumbuhan bulu di badan, manakala estrogen mengawal ciri-ciri perempuan termasuk pertumbuhan payudara.
Ramai menyangka estrogen hanya dihasilkan oleh wanita, namun ia adalah salah sama sekali kerana estrogen juga dihasilkan oleh lelaki tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, apabila hormone estrogen tinggi pada lelaki, mereka akan mendapat gynecomastia.
Ada juga beberapa penyebab yang lain dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
• Anti androgen untuk merawat penyakit prostat seperti Finasteride atau ubat jantung seperti spironolactone
• Anabolic steroid dan androgen: ini banyak digunakan oleh atlet untuk membina otot dan meningkatkan stamina
• Ubat pesakit AIDS seperti efavirenz
• Ubat anti-anxiety seperti diazepam
• Tricyclic antidepressant
• Sesetengah antibiotics
• Sesetengah ubat kanser
• Ubat jantung yang lain seperti digoxin dan calcium channel blockers
• Ubat tahan muntah seperti metoclopramide
• Hypogonadism – kurang penghasilan testosterone
• Proses penuaan – semakin kita tua, hormone testosterone akan berkurangan
• Tumor – tumor dibahagian testis, kelenjar adrenal atau pituitary
• Hyperthyroidism
• Kegagalan buah pinggang
• Kegagalan hati
• Kurang nutrisi
Kebiasaan penyakit ini ia akan hilang dengan sendirinya. Jika tidak, doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pengimejan serta rawatan berdasarkan penyebab gynecomastia.
Oleh yang demikian, cara untuk mengelakkan masalah ini adalah jangan mengambil dadah dan alkohol, serta sentiasalah berkomunikasi dengan doktor sekiranya korang sedar gynecomastia ini berlaku semasa korang mengambil ubat yang baru.
Ramai yang tak kisah bila kucing datang bermanja dan menjilat tubuh kita. Rasa sayang yang tumpah ke atas makhluk ini membuatkan kita beranggapan, tiada apa yang berbahaya bila kucing menjilat dan sesekali mencakar tubuh kita hingga luka dan calar sedikit.
Sumber Gambar : Pexels.com
Seandainya korang antara yang pernah dicakar kucing atau kucing ada menjilat tubuh kita yang kebetulan ada luka di atasnya, sila tahu risiko dan bahaya yang dihadapi ini ya.
Menurut fb Amira Nadia Raup, bagi pencinta kucing, ini risiko perlu tahu andai kita terluka dicakar kucing terhadap kesihatan mata dan penglihatan. Ini perkongsian optometrist , Puan Amira Nadia Raup.
Sumber Gambar : Amira Nadia Raup
Kucing adalah pembawa sejenis bakteria yang dinamakan Bartonella henselae. Kajian menunjukkan 40% kucing pernah dijangkiti dengan bakteria ini.
Apabila kucing menjilat luka atau mencakar anda, air liur kucing yang dicemari dengan bakteria ini boleh masuk ke tubuh anda lalu menyebabkan sejenis penyakit yang dikenali sebagai Cat Scratch Fever.
Sumber Gambar : Amira Nadia Raup
Menurut beliau lagi, akibat cakaran kucing ini pesakit akan mengadu kabur penglihatan yang berlarutan dan semakin teruk walaupun sudah memakai cermin mata atau pada asalnya memang tidak rabun.
Dalam kes yang lebih serius (jarang berlaku), jangkitan ini boleh mengakibatkan jangkitan organ lain seperti mata, otak dan jantung. Kanak kanak dan golongan yang mempunyai imuniti tubuh yang rendah adalah golongan berisiko tinggi.Di US, setiap tahun 15 ribu individu di jangkiti dengan penyakit ini.
Sumber Gambar : Amira Nadia RaupSumber Gambar : Amira Nadia Raup
Jadi, kalau korang mempunyai sebarang luka , elakkan dari di jilat kucing. Jika dicakar kucing pastikan luka di basuh segera dengan air sabun. Paling penting dapatkan pemeriksaan segera jika luka melarat, takut nanti boleh akibatkan korang buta pula…huhu
Tidak dinafikan ramai diantara kita sering mengaitkan mimpi sebagai petunjuk kepada sesuatu perkara baik atau buruk. Secara umum, manusia hanya memikirkan bahawa mimpi itu terbahagi kepada dua, iaitu baik dan buruk.
Namun, menurut Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ada 9 kategori mimpi bagi seorang manusia normal mengikut kajian psikologi.
Apakah jenis-jenis mimpi itu? Jom kita lihat antara perkongsian yang telah dibuat oleh beliau.
Mimpi pemulihan psikologi
Mimpi ini dikatakan sering wujud bila korang stres dan ada perkara penting yang terlalu susah untuk membuat keputusan. Jika mimpi ini berlaku, jangan lihat ia adalah perkara negatif, tetapi ini adalah isyarat bahawa otak korang sedang berada dalam fasa pemulihan semula fikiran supaya boleh ‘reboot’ dengan lebih baik.
Mimpi ini selalu hadir dengan jawapan. Ia adalah panduan dan membantu untuk korang menyelesaikan masalah di waktu sedar. Erti kata lain disebut sebagai ilham.
Mimpi proses psikologi
Mimpi ini cuba menggambarkan emosi, psikologi dan kemahuan korang di dunia realiti.
Mimpi kehidupan seharian
Mimpi muka yang selalu kita jumpa, tempat atau satu kejadian penting dan selalunya tepat. Ia nampak sangat jelas dan nyata. Mimpi ini adalah mimpi biasa yang mana otak korang sedang memproses apa juga maklumat lama atau yang baru terjadi di dalam satu pemikiran.
Lipatan mimpi
Pernah tak korang bermimpi tentang satu kejadian, ciri-cirinya seperti pernah dijangka atau diidamkan. Mimpi yang indah cukup sempurna. Ia buat korang rasa puas seperti sudah mencapai semuanya. Namun, realitinya korang tidak mahu buat apa-apa, cuma ingin bermimpi sahaja.
Mimpi ini bak kata orang tua, mainan tidur. Ia tidak lebih daripada otak logik kita sedang menerokai pemikiran bawah sedar dengan lebih mendalam.
Mimpi yang kerap datang ini adalah punca kerana korang sering terfikir-fikir. Walaupun dah berhenti berfikir, maklumat itu berada di bawah sedar kita, menjadikan ia adalah satu gambaran yang patut diulang selalu dalam tidur.
Mimpi dalam sedar
Mimpi dalam mimpi. Korang sedar bahawa korang sedang bermimpi. Ia nampak jelas semua karakter dan kejadian. Masa ini otak korang sedang ligat memproses. Itu yang kadang-kadang bila bangun korang jadi penat dan rasa tidak cukup tidur.
Bayangan mimpi
Banyak perkara yang kita tidak dapat lakukan di dunia realiti tetapi hanya mampu membayangkan sahaja. Bayangan itu yang dibawa masuk ke mimpi dan akhirnya akan menciptakan dunia fantasi kita sendiri.
Mimpi yang penuh dengan emosi dan situasi yang mendebarkan. Ia adalah gabungan fikiran bawah sedar kita yang terlalu takut akan sesuatu. Jika korang kerap mimpi ngeri, pastikan ambil wudhuk sebelum tidur, baca doa tidur, selawat 11 kali, maafkan semua orang dan kerapkan solat taubat.
Namun begitu, apa pun yang korang mimpikan ia tidak boleh dijadikan satu ketetapan atau jawapan walaupun kuat serta jelas mimpi tersebut. Korang perlu merujuk dengan orang yang lebih ahli dan banyakkan doa serta berusaha.
Maksud-maksud mimpi ini juga adalah berdasarkan kajian psikologi dan bukannya untuk korang percaya bulat-bulat okay?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini, penyanyi Elyana telah pun berkongsi tentang tahap kesihatannya yang terkini, iaitu dia hampir memasuki tahap lima kanser limfoma sejak 10 tahun bertarung dengan penyakit itu.
Namun, masih ada juga yang tertanya-tanya apa itu kanser limfoma?
Kanser limfoma bermula dari sel darah putih yang dipanggil lymphocytes iaitu sel darah putih yang mengalir ke tubuh menerusi bendalir yang dipanggil limfa. Lymphocytes adalah faktor penting kepada sistem pertahanan badan.
Gambar hiasan
Berikut kami jelaskan beberapa perkara tentang kanser limfoma yang mungkin lebih mudah untuk korang fahami.
Tanda dan gejala Kanser Limfoma
– Benjolan di leher, ketiak atau pangkal paha (tanda utama)
– Demam berpanjangan
– Hilang selera makan
– Hilang berat badan
– Ruam dan kegatalan kulit
– Keletihan dan tidak bertenaga
Siapa yang berisiko?
Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah seperti:
– Pesakit autoimun
– Pesakit jangkitan virus seperti HIV dan Hepatitis C
– Penerima organ
– Mempunyai keluarga terdekat menghidap limfoma
Kanser limfoma meningkat dengan peningkatan umur seseorang. Dikatakan dalam golongan muda berumur 20 hingga 24 tahun, insiden limfoma adalah 2.4 kes dalam 100,000, tetapi meningkat kepada 46 kes dalam 100,000 dalam golongan dewasa berumur 60 hingga 64 tahun.
Tahap Limfoma
Sumber: myhealth.gov.my
Jika korang mempunyai sebarang simptom atau pun tanda-tanda, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat daripada pakar. Walaupun masih muda, jangan ingat yang korang tidak terlepas daripada dihidapi kanser. Sesungguhnya penyakit ini tidak mengenal mangsa.
Siapa sangka, seorang pelajar dari Fakulti Perakaunan UiTM mampu mencipta sejarah tersendiri apabila dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pelajaran Diraja (Pingat Jaya Cemerlang) sempena Istiadat...