Kaum lelaki lazimnya mempunyai payudara yang tidak besar, namun dalam sesetengah kes, ada segelintir lelaki yang mengalami pembesaran tisu payudara. Dalam istilah perubatan, ia dipanggil sebagai gynecomastia.
Gynecomastia bermaksud penambahan tisu payudara pada lelaki dan perempuan. Kebiasaannya disebabkan oleh ketidakseimbangan hormone estrogen dan testosterone. Ia boleh berlaku pada satu payudara sahaja atau kedua-duanya sekali. Kadangkala, pembesaran itu juga tidak seimbang.
Menurut Dr. Iskandar Mirza, gynecomastia ini bukanlah satu masalah besar, ada masanya pesakit akan mengalami kesukaran apabila merasa sakit dibahagian payudara dan kebanyakkannya juga, mereka akan rasa hilang keyakinan diri.
• Payudara membesar/membengkak
• Sakit dibahagian payudara
Dan bila waktu yang memerlukan korang berjumpa dengan doktor?
• Jika ia membengkak
• Terasa sakit
• Ada pengeluaran cecair pada puting
• Mendapati buah dada membesar sebelum peringkat akil baligh (sebelum berusia 9 tahun)
• Sudah berusia melebihi 16 tahun tetapi masih mempunyai saiz buah dada yang tidak normal
• Berasa bimbang atau malu
Ia berlaku apabila hormone estrogen melebihi hormon testosterone di dalam badan. Testosterone mengawal ciri-ciri lelaki seperti kepadatan otot dan pertumbuhan bulu di badan, manakala estrogen mengawal ciri-ciri perempuan termasuk pertumbuhan payudara.
Ramai menyangka estrogen hanya dihasilkan oleh wanita, namun ia adalah salah sama sekali kerana estrogen juga dihasilkan oleh lelaki tetapi dalam kuantiti yang sedikit. Jadi, apabila hormone estrogen tinggi pada lelaki, mereka akan mendapat gynecomastia.
Ada juga beberapa penyebab yang lain dan sesetengah ubat juga boleh menyebabkan masalah ini berlaku. Antaranya adalah seperti berikut:
• Anti androgen untuk merawat penyakit prostat seperti Finasteride atau ubat jantung seperti spironolactone
• Anabolic steroid dan androgen: ini banyak digunakan oleh atlet untuk membina otot dan meningkatkan stamina
• Ubat pesakit AIDS seperti efavirenz
• Ubat anti-anxiety seperti diazepam
• Tricyclic antidepressant
• Sesetengah antibiotics
• Sesetengah ubat kanser
• Ubat jantung yang lain seperti digoxin dan calcium channel blockers
• Ubat tahan muntah seperti metoclopramide
Penyebab gynecomastia selain ubat-ubatan
• Alkohol
• Amphetamines
• Marijuana
• Heroin
• Methadone
Penyebab gynecomastia (masalah perubatan)
• Hypogonadism – kurang penghasilan testosterone
• Proses penuaan – semakin kita tua, hormone testosterone akan berkurangan
• Tumor – tumor dibahagian testis, kelenjar adrenal atau pituitary
• Hyperthyroidism
• Kegagalan buah pinggang
• Kegagalan hati
• Kurang nutrisi
Penyebab gynecomastia (rawatan tradisional)
• Tea tree oil
• Lavender oil
Kebiasaan penyakit ini ia akan hilang dengan sendirinya. Jika tidak, doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh termasuk ujian darah dan pengimejan serta rawatan berdasarkan penyebab gynecomastia.
Oleh yang demikian, cara untuk mengelakkan masalah ini adalah jangan mengambil dadah dan alkohol, serta sentiasalah berkomunikasi dengan doktor sekiranya korang sedar gynecomastia ini berlaku semasa korang mengambil ubat yang baru.
So, take note ya guys!
Sumber: Dr. Iskandar Mirza, myhealth