Isi Kandungan
ToggleMasalah rambut gugur bukan satu perkara yang boleh dipandang remeh, sebaliknya perlu ditangani dengan segera.
Tidak hanya perempuan, kaum laki-laki pun ada yang mengalami masalah seperti ini.
Nak tahu sama ada korang ada masalah rambut gugur atau tak, tengok saja bila time sikat dan basuh rambut, kalau rambut berkepul-kepul sampai segenggam tu maknanya rambut korang memang mempunyai masalah. Setakat gugur sehelai dua pula itu normal la!
Jadi, bila dah bermasalah macam ni, cuba tukar rutin penjagaan rambut. Seperti yang dikongsi oleh Ella, selepas beberapa bulan cuba bereksperimen, dia akhirnya menemui beberapa produk yang boleh mengurangkan masalah rambut gugur.
Nak tahu produk apa yang sis ni guna? Jom baca thread ni!
Ada 2 steps yang korang kena ikut
1. Apply pre-wash hair oil
Castor oil untuk lebatkan rambut
2. Syampu
3. Hair cond/mask
4. Serum
Satu lagi, sis ni tak galakkan ambil hair supplements yang jenis makan tu, melainkan kalau memang korang dah jumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka dulu.
So guys, semoga perkongsian ini bermanfaat dan buat dengan konsisten okay?
Sumber: Twitter Suhaila Khalil
“Lelaki Tidak Boleh Pakai…”, Aisyah Hijanah Kongsi Hukum Pakai Baju Kelawar
Baju kelawar memang selesa dipakai, dan semestinya ia sinonim sebagai salah satu pakaian wanita. Terbaru, pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah tampil berkongsi sedikit ilmu dan pandangannya mengenai hukum jika lelaki memakai baju kelawar.
Melalui perkongsian di Tiktok, Aisyah memaklumkan bahawa baju kelawar itu asalnya dicipta untuk golongan wanita dan ia tidak sesuai untuk digayakan oleh kaum lelaki walaupun ketika berada di rumah.
“Sekarang ini ramai lelaki yang suka pakai baju kelawar. Sebab kita lihat ibu atau kakak kita pakai baju itu nampak sangat selesa. Jadi apa sebenarnya hukum lelaki pakai baju kelawar?”
“Jika baju itu boleh dipakai oleh dua jantina berbeza, hukumnya berbeza. Tetapi dekat sini, kalau kita lihat secara umum tahu baju kelawar merupakan pakaian kaum wanita”
Katanya, meskipun itu hanya nampak seperti baju tidur ataupun seperti satu kain selembar. Baju kelawar dipakai oleh golongan wanita, maka tidak boleh dipakai oleh kaum lelaki.
“Jadi untuk lelaki di luar sana yang suka pakai baju kelawar, jangan pakai lagi selepas ini. Kerana itu memang pakaian bagi golongan wanita. Semoga bermanfaat”
Aisyah juga tampil memberi pesanan kepada kaum lelaki untuk tidak sesekali memakai baju kelawar selepas ini.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SHE IS BACK! 6 Gaya LADY GAGA Dalam ‘House of Gucci’ Memang Wow
Isi Kandungan
Toggle
Peminat fesyen sedunia kini mempunyai sebuah lagi filem untuk mereka saksikan tidak lama lagi
Sejak foto-foto belakang tabir dari set penggambaran filem House of Gucci tersebar sekitar bulan Mac 2021, keterujaan peminat filem, peminat fesyen dan tentunya Little Monsters (gelaran yang diberikan kepada peminat Lady Gaga) tidak dapat dibendung lagi.
House of Gucci bukan saja mengimbas peristiwa penting dan dramatik yang pernah berlaku kepada keluarga Gucci dari era 1970-an hingga 1990-an. Filem ini juga menjadi medan gaya fesyen terbaik dipertontonkan semula kepada penonton dan ia khabarnya mendapat inspirasi daripada arkib Gucci sendiri.
Jalan cerita House of Gucci melangkaui tiga dekad dan akan menampilkan perubahan trend fesyen selama 30 tahun menerusi karakter yang dilakonkan oleh Lady Gaga sebagai Patrizia Reggiani bersama sama pelakon lain seperti Adam Driver, Salma Hayek, Jared Leto dan Al Pacino.
ARTIKEL BERKAITAN : Keluarga GUCCI Kutuk Pembabitan Lady Gaga Dalam Filem Ini – REMAJA
Tanggungjawab menyiapkan pakaian para pelakon ini dipikul oleh pereka kostum filem House of Gucci, Janty Yates.
Untuk pengetahuan, Janty juga merupakan individu yang menjayakan kostum filem-filem epik seperti Gladiator (2000) di mana dia memenangi anugerah Oscars bagi kategori Rekaan Kostum Terbaik, Kingdom of Heaven (2005), Robin Hood (2010) dan The Martian (2015).
Tumpuan tentunya terarah kepada gaya Patrizia Reggiani (Lady Gaga) semasa beliau membesar, mengikut jejak langkah ibunya berkahwin ahli perniagaan kaya-raya (Maurizio Gucci) dan semasa beliau merancang pembunuhan Maurizio pada tahun 1995.
Jom lihat enam gaya Gaga paling ikonik dalam filem House of Gucci berdasarkan poster dan teaser filem tersebut.
01
Gaya di lapangan ski dengan memakai goggle berjenama Christian Dior dan sut ski merah kedam sambil menyisip minuman espresso. *Ahh.. bau duit*
02
Masih di lapangan ski tetapi kali ini bersama-sama suaminya yang dilakonkan oleh Adam Driver. Masing-masing tampil mewah dengan padanan klasik hitam-krim-putih. Patrizia pada waktu ini sedang bersiap sedia dengan perancangan jahatnya dan dia menyarungkan topi bulu jenis Cossack, turtleneck dan juntaian rantai bagi melengkapkan gayanya. Hhm, penulis tidak dapat gambarkan Patrizia bermain ski dalam persalinan ini. Hehe..
03
OMG. Ini mungkin adalah persalinan kegemaran kami pada Lady Gaga setakat ini. Walaupun ringkas dalam dress Bvlgari keemasan dengan neckline dramatik yang diperbuat daripada batuan permata kecubung, nilam serta berlian, persalinan ini mengingatkan penulis kepada gaya aktres dalam filem-filem retro dahulu. Think 007
04
Bukan keluarga Gucci lah namanya jika gaya mereka tidak berubah-ubah. Kali ini, Patrizia tampil berlainan dalam persalinan lace putih dengan tali pinggang hitam yang membuatkannya kelihatan ‘bossy’ dan bersesuaian dengan usianya dalam filem ini.
05
Era 80-an terkenal dengan corak retro seperti polka dot dan filem House of Gucci pantas mengambil ‘reference’ tersebut bagi watak Patrizia. Ditambah pula dengan potongan lengan ‘puffed’ dan statement necklace besar, Patrizia kelihatan semakin bersedia untuk perancangan pembunuhannya!
06
Akhir sekali adalah gaya yang ‘paling Gucci’ dalam teaser tersebut. Gaga tampil mahal dalam dress rekaan sebenar Gucci dengan kot berbulu labuh. Inilah salah satu persalinan kostum yang mengambil inspirasi daripada arkib Gucci kerana ia mempunyai momen signifikan bagi jalan ceritanya.
*
Bagi yang belum menonton teaser House of Gucci, klik pada pautan di bawah.
Dan bagi yang ingin menonton tayangan perdana filem House of Gucci pada awal Januari ini, jom sertai peraduan #WayangRemaja dengan menjawab soalan mudah dalam pautan di bawah.
PERADUAN : #WayangRemaja: Menangi Tiket Tayangan Perdana Filem House Of Gucci – REMAJA
“KL Fashion Week Tidak Kekang Pereka Tempatan Kejar Viraliti, Asalkan Tahu Kendali Tekanan Media Sosial…” – Andrew Tan
Fesyen itu subjektif.
Dalam dunia kini yang dimonopoli oleh pengaruh media sosial, sebarang fashion decision atau pemilihan stail serta gaya seseorang pasti akan memancing tumpuan dan pandangan wargamaya; baik dalam kalangan mereka yang mengenali rapat mahupun ‘warga rawak’ yang menanti masa untuk melemparkan pandangan negatif terhadap gaya seseorang.
Sekembalinya acara fesyen tahunan, KL Fashion Week (KLFW) 2024 bermula semalam di Esplanade Suria KLCC, REMAJA pasti banyak mata yang sedang mengekori kelibat jemputan yang hadir dan gaya-gaya koleksi yang dipertontonkan oleh lebih 50 pereka fesyen tempatan pada kali ini.
Memasuki edisi ke-12 penganjurannya, timbul persoalan bagaimana KLFW tidak mudah melatah dengan apa-apa kritikan yang hadir tanpa disangka? Tambahan pula dalam kaleidoskop media sosial yang berputar mengikut apa yang sedang tular (selalunya tanpa mengetahui konteks lengkap sesuatu situasi), kuasa viraliti sama ada positif atau negatif tidak boleh disangkal.
REMAJA mendapatkan pandangan pengasas KLFW, Andrew Tan sekiranya beliau gusar terhadap pandangan orang ramai mengenai penerimaan fesyen baharu yang cuba dipersembahkan oleh para pereka pada edisi kali ini.
“Kita hidup dalam dunia media sosial kini dan semua orang berhak untuk memberikan pandangan. Jika kita tidak boleh menerima pandangan pihak lain, maka gunakanlah butang ‘switch off’ pada kotak komen.
“Bagi saya, penggunaan media sosial terpulang kepada setiap individu. Asalkan kamu tahu bagaimana untuk mengendalikan apa-apa tekanan yang tercetus di media sosial; kamu sudah bersedia untuk menerima komen-komen negatif and yet, you know how to energy it the right way; teruskan sahaja.”
“Berbalik kepada kemungkinan ada pereka fesyen atau jenama yang ingin menggunakan kuasa viraliti di KL Fashion Week, kami sebagai penganjur tidak mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap agenda atau niat sebegitu.”
“Viraliti kadangkala mempunyai kelebihan dan kadangkala juga memberikan isu-isu yang tidak diundang. Tetapi saya percaya, pereka-pereka fesyen tempatan sudah masak dengan kelebihan viraliti atau kontroversi yang berkemungkinan tercetus di media sosial,” ulas Andrew Tan.
Tambahnya lagi, sebagai penganjur, mereka sudah bersedia untuk berhadapan with the good and bad of it.
Sememangnya, tiada siapa yang boleh lari daripada pandangan wargamaya. Sekecil-kecil komen yang kita berikan di ruangan yang tersedia juga boleh diinterpretasikan dalam pelbagai cara. Inikan lagi fesyen yang sifatnya subjektif pada mata sang pemerhati.
KL Fashion Week 2024 sedang dilangsungkan di Esplanade Suria KLCC dari 29 Julai hingga 4 Ogos 2024.
Biarpun terletak di dalam khemah tertutup, para pengunjung Suria KLCC dan peminat fesyen tempatan yang ingin merasai kehangatan senario fesyen masih boleh menyaksikan siaran langsung setiap pertunjukan fesyen di layar gergasi di luar khemah.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.