Setiap remaja yang aktiviti hariannya kadangkala sangat padat memang memenatkan. Ada sahaja perkara yang ingin dilakukan. Assignment, social meeting, aktiviti sukan, berhibur dan rakan-rakan. Kadang-kadang ia berlarutan sampai lewat malam.
Tapi masalahnya bila sudah sampai rumah, susah pula nak lelapkan mata. Ada sahaja yang bermain di fikiran hingga susah nak tidur. Ini boleh mendatangkan stres! Setiap orang pastinya mahu bangun tidur dengan keadaan fizikal yang cukup rehat. Tapi bagaimana pula kalau pukul 3 pagi pun masih belum mengantuk? Matilah nak!
Jangan risau sekarang dengan hanya menggunakan telefon pintar dan apps, korang boleh perbaiki kualiti masa tidur. Ini 5 apps
yang Remaja percaya boleh membantu kamu mendapatkan tidur yang sempurna.Relax Melodies merupakan apps yang diperkenalkan untuk mebuat tidur korang lebih nyaman dengan bantuan audio. Terdapat banyak jenis bunyian yang boleh diperolehi menerusi apps ini seperti bunyi alam dengan kombinasi nada-nada melodi yang boleh mebuatkan korang berasa tenang. Untuk memperkayakan lagi audio yang korang miliki, Relax Melodies juga mempunyai komuniti dalaman tersendiri dan korang boleh mengakses pelbagai jenis audio. Dengan audio yang menyamankan korang pasti boleh melelapkan mata dengan baik.
Mulakan hari yang indah dengan tidur yang cukup. Ia kedengaran macam sangat best, bukan? Sleep Cycle mampu membantu korang untuk mendapatkan pola tidur yang lebih sihat dan baik. Ia akan memantau dan menguruskan waktu tidur kamu dengan memilih terlebih dahulu waktu bangun korang. Apps ini juga akan melakukan analisa tentang fasa tidur harian. Apa yang menarik, Sleep Cycle turut menggunakan mikrofon di telefon pintar untuk menangkap suara tidur dan menganalisanya. Ia bagi mengetahui sama ada korang dalam keadaan light sleep, deep sleep
atau rapid eyemovement sleep. Hebat!Artikel Berkaitan: 7 Tip Yang Perlu Anda Tahu Untuk Hasilkan Foto Menarik Dengan Telefon Pintar
Menerusi Pzizz, ia menerapkan elemen psikoakustik yang merupakan salah satu cabang psikologi mengekspolari persepsi suaea dan efek bunyi. Penerapan elemen psikoakustik ini dikembangkan oleh apss Pzizz meliputi rangkaian suara dan dreamscape yang dubuat khusus untuk memperbaiki kualiti tidur. Gabungan bunyian dan muzik melalui apps ini dipercayai boleh memberikan suasana tenang dan kesannya boleh berlarutan sampai keesokan harinya. Malah, bila bangun kamu akan dapatkan mood
lebih baik.Apps ini pula dipercayai boleh mengurangkan stres dan mengatasi insomnia hingga mampu membuatkan kamu lebih bersemangat dan bermotivasi. Digi Pill berfungsi dengan menggabungkan psikoakustik dan neuro linguistic programming (NLP) untuk memperbaiki mood dan membuat pendengarnya rasa tenang. Rasa relaks yang dialami bila menggunakan apps ini tentunya akan membuat korang tidur lebih nyenyak dan selesa.
Sama seperti apps yang dinyatakan di atas, Noisli juga menggunakan teknik audio psikoakustik untuk membuatkan kamu tidur lebih nyenyak. Melalui apps ini, kamu diberi pilihan untuk menggabungkan beberapa jenis bunyi seperti hujan, angin dan pelbagai lagi. Fungsi yang lebih personalize ini memberikan kelebihan kepada Noisli untuk pengguna cerewet dan lebih spesifik. Selain digunakan untuk membantu kualiti tidur ia juga boleh digunakan untuk aktiviti yoga, membaca buku dan juga beristi rehat.