Baru-baru ini, kumpulan Kugiran Masdo tercalon sebagai wakil Malaysia dalam kategori Artis Asia Terbaik di anugerah berprestij MTV EMA 2024 yang bakal berlangsung di Manchester, England pada 11 November ini.
Menurut vokalis dan gitaris Masdo, Ali Sariah (32) berkata, pencalonan itu merupakan satu pencapaian sangat bermakna buat mereka, namun enggan meletakkan harapan besar kerana perlu bersaing dengan artis hebat lain dari seluruh Asia.
ARTIKEL BERKAITAN: Air Mata Iringi Kemenangan Amir Jahari Di AJL-38, Aina Abdul Sambar 3 Trofi
“Kami mendapat pengesahan mengenai pencalonan itu sekitar seminggu yang lalu. Seperti biasa, kami tidak meletakkan harapan yang tinggi. Dapat tercalon pun sudah cukup berpuas hati”
“Sekiranya menang, memang satu bonus buat Masdo. Setakat ini, belum ada sebarang kepastian lagi jika kami akan menghadiri acara itu nanti,” katanya.
Dalam pada itu, antara artis Asia lain yang tercalon dalam kategori yang sama adalah Mahalini (Indonesia), ILLIT (Korea Selatan), BINI (Filipina), dan Sakurazaka46 (Jepun).
ARTIKEL BERKAITAN: Jiwa Kacau 2024 Cipta Sejarah Tersendiri, Catat Malaysia Book of Records!
Bagi penentuan pemenang pula akan dibuat menerusi undian yang sudah dibuka menerusi laman web rasmi anugerah itu.
Sekadar info, MTV EMA adalah acara anugerah yang meraikan industri muzik dan budaya pop seluruh dunia dan dihadiri oleh barisan artis hebat dan ternama dalam industri hiburan.
ARTIKEL BERKAITAN: 5 Fakta Tentang n.SSign, Grup K-pop Rookie ‘Cover’ Lagu Pujaanku Oleh Masdo
Pencalonan tahun ini menyaksikan dominasi artis wanita dan bintang pop sensasi, Taylor Swift mendapat pencalonan terbanyak iaitu tujuh kategori termasuk Artis Terbaik, Video Terbaik, Pop Terbaik, dan lain-lain. Selain itu, turut tercalon adalah Billie Eilish, Arian Grande, Charlie XCX, Sabrina Carpenter, Ayra Starr, Beyonce, Kendrick Lamar, dan LISA.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.