Masih Menyinar, Dek Wan Menang GP Olahraga Para Dunia Di Tunisia

Share

Bak kata pepatah, kecil-kecil cili api tapi jangan disangka tidak berbisa. Pemenang Sukan Paralimpik Rio 2016, Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi yang juga mesra dipanggil Dek Wan membuktikan masih memiliki kepantasan. Tidak menganggap kelainan upayanya sebagai penghalang, Dek Wan kembali menempa nama di peringkat dunia.

ARTIKEL BERKAITAN : Pernah Ditarik Pingat Emas, Azizulhasni Berdiri Teguh Di Belakang Ziyad Zolkefli – REMAJA

Dan semalam, Dek Wan membuktikan kecekalannya dengan berjuang sepenuh hati memenangi pingat emas acara 100 meter (m) T35/36 (kecacatan fizikal) pada Grand Prix Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia.

Foto Via Majlis Sukan Negara Malaysia

Dek Wan merekodkan masa 12.51 saat (s) untuk meninggalkan pesaing terdekat Abdulsattar Challoob dari Iraq yang membawa pulang perak dengan catatan 13.04s dalam kejohanan berlangsung di di Stadium Olahraga Rades, Tunis.

Pelari dari Maghribi, Anass Sikouk pula meraih gangsa dengan catatan 13.69s.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara, Muhamad Afiq Mohamad Ali Hanafiah, pula berjaya merangkul perak bagi acara 100m T11/12 (masalah penglihatan) dengan mencatat 11.67s.

Dek Wan memenangi pingat emas acara 100 meter GP Olahraga Para Dunia 2023 di Tunisia. Foto Via Berita Harian

Muhamad Afiq gagal menandingi kehebatan wakil Uzbekistan, Mansur Abdirashidov yang membawa pulang emas menerusi catatan 11.28s manakala gangsa milik Mohammed Ayade dari Iraq dengan 12.09s. Untuk info korang, Kejohanan yang bermula pada Isnin akan berakhir Rabu.

Congrats Dek Wan, moga terus maju jaya dan jangan lelah mengharumkan nama Malaysia.

BACA LAGI: Filipina Juara Miss Eco International 2022, Malaysia Berpuas Hati Di Tempat Kelima – REMAJA

Sumber : Bernama

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Published by
Nana