Bila berbicara mengenai produk kecantikan dan penjagaan kulit, pasti ramai yang tidak jelas tentang kewujudan tarikh luput sesuatu produk itu. Berbeza dengan makanan di mana anda boleh lihat dengan jelas sekiranya ada sebarang kulat, boleh bau makanan yang masam dan rasanya yang sudah tidak enak lagi.
Hal ini amatlah berbeza dengan produk kecantikan dan penjagaan kulit kerana setiap produk tersebut mempunyai tarikh luput dan tempoh masa yang disyorkan yang sesuai untuk pembungkusannya. Namun ianya sering dipandang enteng oleh kebanyakan kaum Hawa.
“Alahhh, saya dah pakai blusher ni 10 tahun, elok je”
“Jimat duit akak pakai lipstick ni, 5 tahun tak habis-habis tauuu”
Iyalah kan dengan inflasi harga barang sekarang, semestinya kita mahukan gunakan barang mekap kita sehingga ke titisan terakhir. Lagi-lagi kalau produk itu sudah tiada lagi dalam pasaran.
Namun anda perlu peka dengan bahaya yang menanti sekiranya masih berkeras mahu menggunakan produk yang sudah melebihi tamat tempoh ini.
Bagaimana Anda Tahu Jika Sesuatu Produk Telah Tamat Tempoh?
Biasanya terdapat nombor pada label produk penjagaan kulit anda yang tertulis angka seperti 6, 12, 24 atau 36. Ini merujuk kepada bilangan bulan produk anda dapat bertahan selepas ia dibuka.
Ads
Tetapi jika warna produk anda berubah atau mula mengandungi bau yang pelik, buang sahaja, walaupun belum melepasi tarikh luput. Suhu, kelembapan dan cahaya boleh mempengaruhi sesuatu produk itu untuk lebih cepat luput.
Apakah Bahaya Yang Menanti Sekiranya Menggunakan Produk Penjagaan Kulit Dan Solek Yang Telah Tamat Tempoh?
Dengan menggunakan produk yang telah tamat tempoh, anda mendedahkan diri sendiri kepada risiko jangkitan kuman, keradangan dan masalah jerawat.
Sia-sia sahaja habiskan beratus-ratus ringgit beli produk penjagaan kulit dan pergi ke spa kecantikan sekiranya punca utama jerawat muncul diabaikan begitu sahaja.
Ads
Ini Ialah Anggaran Jangka Hayat Produk Kegemaran Anda:
Maskara: 3 bulan
Bedak asas: 6 bulan hingga 2 tahun
Gincu: 1 hingga 2 tahun
Celak pensel: 1 tahun (kerana anda boleh mengasahnya dan membuang bakteria)
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
IHSAN FOTO: Pexels
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kira-kira sebulan lalu, Manvin Khera telah dimahkotakan sebagai pemenang utama pertandingan Ratu Wanita Malaya yang dilangsungkan dalam majlis penuh gemilang. Seiring dengan kemenangannya itu, dia sekaligus memegang takhta Miss Earth Malaysia 2023 dan bakal mewakili negara ke pertandingan tersebut tahun hadapan.
Berjaya mengalahkan 17 peserta lain untuk memegang gelaran utama. Manvin yang pandai menari dan juga memanah percaya bahawa kebaikan harus dimulakan dari dalam diri.
“Saya percaya apa yang menjadikan seorang ratu adalah keupayaannya berdiri untuk dirinya sendiri dan orang lain dengan kasih sayang serta kebaikan. Seiring dengan ketabahannya dalam mengharungi kegagalan dan ketakutan. Tidak lama dahulu, saya belajar bagaimana untuk terus hidup.
“Saya menghargai setiap pelajaran yang saya perolehi sehingga hari ini. Untuk berada di mana saya berdiri kini, saya berharap dapat memberi inspirasi kepada semua orang, untuk berusaha mencapai kecemerlangan tidak kira apa pun yang berlaku,” ujarnya.
Khabar terbaharu mengenai gadis tinggi lampai ini, dia bakal membuat kemunculan sebagai peragawati di Thailand Fashion Week yang bakal berlangsung di Bangkok penghujung November ini.
Dalam hantaran akaun Instagram rasmi Thailand Fashion Week, pihak penganjur menulis, “Manvin Khera (Miss Earth Malaysia 2023) bakal membuat kemunculan sulung di Thailand Fashion Week bertempat di Bangkok pada 30 November 2022. Dia bakal berjalan untuk pereka fesyen dan jenama antarabangsa bagi koleksi musim panas/bunga 2023. Saksikan aksinya dari kerusi barisan hadapan.”
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, Thailand Fashion Week telah diadakan sejak tahun 2000 dan menjadi medan pereka fesyen negara gajah putih itu dan juga pereka fesyen antarabangsa untuk mempersembahkan kretiviti kepada umum dengan lebih berkesan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan Siti Aafiyah, buah hati pengarang jantung penyanyi nombor satu negara dah suaminya, Dato’ Sri Khalid. Jika anda sentiasa mengikuti keletah dan juga ragam Aafiyah di dunia maya, pasti anda akan perasaan pengasuh yang setia disisi. Dikenali dengan panggilan Dayah Zubit, beliau telah menjadi pengasuh kepada Aafiyah dari tahun 2018 lagi.
Dayah bersama Aafiyah. Sumber gambar: Instagram Dayah Zubit
Hari ini dalam satu hantaran di Instagram Rizman Ruzaini, pereka fesyen tersebut telah memuat naik satu busana perkahwinan yang telah direka khas untuk Dayah sempena hari perkahwinannya hari ini. Dalam ruangan komen di hantaran tersebut Dato’ Sri Siti Nurhaliza meninggalkan komen, ‘Terima kasih tunaikan hajat CT untuk kakak Aafiyah’.
Meninjau ke Instagram Dayah pula, gadis anggun ini telah selamat disatukan dengan pilihan hatinya yang merupakan pemain bola sepak Terengganu FC II, Mohammad Ridzuan Razali. Kelihatan berseri dalam persalinan rona putih rekaan pereka tersohor. Gaun tersebut yang diperincikan tatahan batuan dan jemeki rona emas tersebut diberikan elemen dramatik siap dengan ‘cape’ labuh. Menaikan lagi penampilannya, dia disolek manis oleh jurusolek Yasmeen.
Dayah kelihatan sangat cantik menggayakan busana Rizman Ruzaini dan disolek oleh Yasmeen. Sumber gambar: Instagram Yasmeen MUA UTARA
.
Sumber gambar: Instastory Rizman Ruzaini
Untuk pengetahuan anda, Dayah bukanlah sekadar pengasuh biasa. Dia merupakan graduan lepasan diploma kejururawatan. Setelah ditemuduga oleh Dato’ Sri Siti Nurhaliza, dia diberi kepercayaan untuk menjaga Aafiyah sejak dari kecil lagi.
Selamat pengantin baru buat Dayah dan pasangan, semoga berbahagia sampai ke akhir hayat.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Biarpun dikatakan tidak merbahaya, namun jika lebihan kulit ini makin membesar akan menyebabkan seseorang rasa tidak selesa dan sekaligus menjejaskan rasa keyakinan untuk tampil di khalayak.
Skin tag ini juga sering timbul pada wanita terutama yang baru mengalami kenaikan berat badan, perubahan hormon, faktor usia dan disebabkan faktor genetik.
Masalah ini sebenarnya boleh diatasi dengan rawatan dermatologi seperti pancaran laser, tetapi kos agak mahal. Selain itu untuk lebih bajet, anda boleh gunakan cuka epal untuk menghilangkan masalah kulit ini.
Caranya adalah dengan ambil sedikit cuka epal dan letakkan di mana-mana bahagian skin tag dan urut perlahan-lahan.
Boleh dilakukan berulang kali. Jika lakukan lebih kerap, pastinya skin tag ini lama-kelamaan akan tanggal sendiri.
Panduan:
1. Ambil kapas muka dan tuang cuka epal.
2. Gosokkan perlahan-lahan pada skin tag.
3. Anda mungkin perlu lakukan dua atau tidak kali sehari selama beberaa hari atau minggu sehingga melihat perubahan pada skin tag.
4. Akan berubah warna jadi semakin gelap dan akan jatuh sendiri.
Lihat Video Ini:
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Seminggu kita beraya sakan, makan ketupat rendang, jumpa sanak saudara… tiba-tiba kena masuk kerja balik? Memang rasa lemau habis!
Biasalah, raya kan sebulan. Ramai yang...