Korang ingat lagi tak dengan drama ‘Sutun‘ beberapa tahun lalu di mana pelakon utamanya dilihat berjaya membawa watak ‘mat lembut’ dengan amat berkesan.
Malah, setelah hampir 18 tahun drama terbitan RTM ini masih diingati dan pernah mencipta fenomena dalam sejarah televisyen Malaysia.
ARTIKEL BERKAITAN : Masih Ingat Wajah Kacak Pelakon Utama Filem Nang Nak? Ini Keadaan Terkini Dirinya
Mengisahkan tentang suka dan duka seorang lelaki yang berpewatakan lembut di sebuah kampung itu menarik perhatian penonton, watak ikonik ‘Sutun’ itu dipegang oleh Ku Yusry dan ia masih menjadi bualan sehingga ke hari ini.
Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial TikTok @ciklebah7 yang memaparkan imej terbaru pelakon drama tersebut yang kini memegang jawatan sebagai seorang guru.
@ciklebah7 Suka suka 🥰 #bff #sutun #tiktokguru #CapCut ♬ original sound – Yes Cik Lebah 🐝
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang tidak menyangka dapat bertemu semula dengan pelakon yang menyepikan diri ini selepas hampir dua dekad.
Difahamkan beliau kini bertugas sebagai seorang guru di sebuah sekolah.
Menerusi video yang dikongsikan, netizen mengucapkan tahniah kerana lelaki ini sudah berjaya menjadi pendidik tak kurang juga yang turut tertumpu kepada meja bekas pelakon ini yang dilihat masih lagi mengekalkan warna merah jambu yang cukup sinonim dengan drama Sutun beserta kain alas berbulu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.