Bagi anda yang membesar pada penghujung era 90-an dan awal tahun 2000-an pasti kenal benar dengan filem seram popular Thailand, Nang Nak. Filem tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath.
Menerima arahan seni daripada Ek Iamchuen dan muzik oleh Chatchai Pongpraphapan, filem Nang Nak memenangi tujuh anugerah Subhanahongsa yang merupakan anugerah Oscar versi Thailand. Antara anugerah yang dimenangi karya ini adalah filem terbaik, pengarah terbaik, juru sinematografi terbaik, skor muzik terbaik, arahan seni, kostum dan solekan terbaik.
Apa agaknya khabar pelakon utama filem ini ya?
Pemegang watak Nak, Inthira Charoenpura terus meroket laju dengan membintangi pelbagai filem dan juga drama. Begitu juga dengan pelakon utama lelaki, Winai Kraibutr yang menjadi pilihan ramai pengarah. Namun ada perkara yang menduga pelakon keturunan etnik Melayu Thai yang berasal dari Krabi ini.
Ads
Walaupun kelihatan begitu kacak, tegap dan sihat saat berada di puncak populariti, Winai diduga dengan penyakit autoimun yang menjejaskan kulit dan membran mucus. Masalah kesihatan yang dihadapinya ini membuatkan dia pada satu ketika terpaksa terlantar sakit. Keadaan kulitnya menjadi melepuh dan seolah-olah menggelupas memerlukan penjagaan rapi.
Akibat penyakit tersebut dan pengambilan ubat yang berpanjangan, wajah Winai juga kelihatan berbeza daripada dahulu. Kini, dia dilihat tidak aktif berlakon disebabkan penyakit yang dihidapinya, namun aktif di laman sosial berkongsi mengenai kehidupannya dan juga mempromosikan produk kepada pengikutnya sebagai salah satu punca mata pencarian.
Ketika filem Nang Nak menyambut ulang tahun ke-20 pada 2019. Tayangan previu FIlem tersebut yang dinaiktaraf kualiti secara digital telah diadakan. Hasil jualan tiket ketika itu disalurkan untuk menampung kos perubatan Winai Kraibutr.
Kini pada usia 53 tahun, penyakit tersebut tidak menjadi penghalang untuk berduka. Dia hidup bahagia di samping isteri dan tiga cahaya mata. Semoga Winai segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Kang So-Ra sudah tidak asing di kalangan peminat K-drama, malah beliau dikenali diserata dunia dengan filem blockbuster Sunny dan drama Ugly Heart.
Baru-baru ini, ibu kepada seorang cahaya mata ini telah muncul dalam program radio SBS Power FM ‘Çhoi Hwajung’s Power Time’ sebagai tetamu istimewa. Dalam siaran tersebut, Kang So-ra ditanya tentang rahsia serta petuanya untuk kekal cergas dan menurunkan berat badan.
Untuk pengetahuan, Kang So-ra telah mendapat banyak perhatian sebelum ini selepas mendedahkan bahawa dia kehilangan lebih 20KG berat badan melalui diet dan bersenam.
Pelakon itu menjawab,
“Saya mempunyai sejarah hilang banyak berat badan pada masa lalu tetapi, tidak ada rahsia. Awak pada asasnya hanya perlu berlapar dan bersenam. Awak tidak boleh berfikir untuk menurunkan berat badan tapi awak makan tiga kali sehari. Itu tidak realistik.”
“Saya makan makanan dengan lebih sedikit dan saya kelaparan pada hari berikutnya apabila saya makan berlebihan. Saya melakukan balet kini dan juga melakukan angkat berat serta yoga.” ujar beliau.
Selain itu, pelakon tersebut juga turut berkata bahawa dia makan banyak ketika di sekolah dahulu dengan mengulas,
” Saya makan banyak semasa di sekolah menengah. Saya akan sentiasa pergi ke kedai untuk mendapatkan makanan ringan semasa waktu rehat. Saya masih suka makan tetapi saya cuba mengekalkan bentuk badan saya jadi, saya tidak boleh makan pastri.”
Sebelum ini, So-ra yang dikatakan berkahwin dengan seorang doktor pada Ogos 2020 telah melahirkan anak pada April 2021. Majlis perkahwinan mereka pula hanya dihadiri keluarga kedua-dua belah pihak.
Kalau kamu nak bentuk badan sepertinya, mula dengan perlahan-lahan untuk membiasakan diri korang dengan senaman balet dan jangan lupa diet harian juga.
Bekas kumpulan Dolla, Syasya Rizal sekali lagi mencuri perhatian ramai menerusi imej terbaharunya iaitu tampil berhijab.
Syasya dilihat kembali aktif di media sosial selepas memuat naik satu video di aplikasi TikTok.
Menerusi sebuah klip video pendek itu, gadis berusia 23 tahun itu dilihat melakukan trend ‘Maestro Challenge’ dengan berlatar belakangkan lagu Maestro nyanyian kumpulan dari Korea Selatan, Seventeen.
Tetapi apa yang mencuri tumpuan ramai adalah, imej Syasya dalam video tersebut yang tampil mengenakan hijab berwarna hitam dan digayakan dengan baju tshirt berlengan panjang.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji penampilan terbaharu Syasya yang dilihat lebih sopan dan menutup aurat.
Bahkan, mereka memuji kecantikan dan keayuaan yang dimiliki Syasya lebih-lebih lagi selepas berhijrah.
“Keep istiqamah, cantik sangat awak bertudung,” komen seorang peminat.
Syasya so pretty MashaAllah, keep istiqamah okey,” komen peminat yang lain.
“MasyaAllah cantiknya selepas berhijab,” tulis seorang lagi.
Baru-baru ini, Syasya mengejutkan ramai apabila mengesahkan selamat bergelar isteri kepada jejaka pilihannya dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan sahabat terdekat.
Terdahulu, industri seni tanah air dikejutkan dengan berita pengunduran Syasya menerusi hantaran dalam akaun rasmi mereka pada 8 Mac lalu.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Pengaruh Oppa di Malaysia memang bukan calang-calang. Ada yang memang sanggup travel ke Korea semata-mata terjebak dengan drama dan penyanyi K-Pop yang mereka gilai.
Maklumlah, nak rasai pengalaman sendiri berada di negara K-Pop. Walaupun belakangan ini kecoh apabila ramai juga rakyat Malaysia terkandas di imigresen atas beberapa faktor yang tidak dapat dipastikan, ia tetap tidak menjadi halangan kepada yang lain untuk ke negara itu.
Bagi mereka yang baru pertama kali nak ke Korea,mesti ada masalah dengan pengunaan bahasa di sana. Walaupun mereka juga pandai berbahasa Inggeris. Namun, kita tidak perlu gusar lagi kerana Korea Selatan telah menyokong penggunaan bahasa Melayu.
Ini dapat dilihat melalui beberapa papan tanda di negara itu mempunyai tulisan yang menggunakan bahasa Melayu. Disebabkan ramai rakyat Malaysia berkunjung ke sana, maka tulisan bahasa Melayu turut disenarai pada papan tanda di sana.
Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan
Sumber: FB
Perkara ini dikongsi seorang pengguna Facebook iaitu Zakaria Azizi di Group Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants). Katanya, kebanjiran pelancong Nusantara ke Korea Selatan sejak belakangan ini membuatkan kerajaan sana berbesar hati memasukkan bahasa Melayu pada papan tanda di kawasan tumpuan pelancongan.
Untuk makluman, bahasa Melayu merupakan bahasa keenam paling banyak dituturkan di dunia dengan sebanyak 290 juta manusia merentasi Selat Melaka, termasuklah pantai-pantai di Semenanjung Malaysia dan pantai timur Sumatera. Bahasa Melayu berada dalam keluarga Austronesia dan Malayo-Polynesia – bahasa utama di Malaysia, Brunei, Singapura dan salah satu bahasa di Indonesia.
Papan Tanda Bahasa Melayu Di Korea Selatan
Hal ini menunjukkan penerimaan bahasa Melayu masih meluas walaupun bukan dari negara asal bahasa tersebut. Usaha yang dilakukan kerajaan Korea harus dipuji walaupun penggunaan tatabahasanya kurang tepat namun penyampaiannya masih boleh difahami.
So tiada masalah lagi kalau korang nak melawat dan travel negara Korea Selatan ni. Let la kita ke negara Kpop ni!
Sumber: Malay Dialects (Indonesia, Malaysian and Other Malay Variants), Iluminasi
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hanya sehari sebelum dilangsungkan, acara One Love Music Festival yang dijadualkan menghiburkan pengunjung selama 12 jam berturut-turut di MAEPS, Serdang esok terpaksa dibatalkan.
Penganjurnya, Tuff...