Bagi anda yang membesar pada penghujung era 90-an dan awal tahun 2000-an pasti kenal benar dengan filem seram popular Thailand, Nang Nak. Filem tersebut menempa kejayaan yang sangat hebat apabila menjadi filem pertama negara tersebut yang mencecah jualan tiket mencecah nilai 150 juta bath.
Menerima arahan seni daripada Ek Iamchuen dan muzik oleh Chatchai Pongpraphapan, filem Nang Nak memenangi tujuh anugerah Subhanahongsa yang merupakan anugerah Oscar versi Thailand. Antara anugerah yang dimenangi karya ini adalah filem terbaik, pengarah terbaik, juru sinematografi terbaik, skor muzik terbaik, arahan seni, kostum dan solekan terbaik.
Apa agaknya khabar pelakon utama filem ini ya?
Pemegang watak Nak, Inthira Charoenpura terus meroket laju dengan membintangi pelbagai filem dan juga drama. Begitu juga dengan pelakon utama lelaki, Winai Kraibutr yang menjadi pilihan ramai pengarah. Namun ada perkara yang menduga pelakon keturunan etnik Melayu Thai yang berasal dari Krabi ini.
Walaupun kelihatan begitu kacak, tegap dan sihat saat berada di puncak populariti, Winai diduga dengan penyakit autoimun yang menjejaskan kulit dan membran mucus. Masalah kesihatan yang dihadapinya ini membuatkan dia pada satu ketika terpaksa terlantar sakit. Keadaan kulitnya menjadi melepuh dan seolah-olah menggelupas memerlukan penjagaan rapi.
Akibat penyakit tersebut dan pengambilan ubat yang berpanjangan, wajah Winai juga kelihatan berbeza daripada dahulu. Kini, dia dilihat tidak aktif berlakon disebabkan penyakit yang dihidapinya, namun aktif di laman sosial berkongsi mengenai kehidupannya dan juga mempromosikan produk kepada pengikutnya sebagai salah satu punca mata pencarian.
Ketika filem Nang Nak menyambut ulang tahun ke-20 pada 2019. Tayangan previu FIlem tersebut yang dinaiktaraf kualiti secara digital telah diadakan. Hasil jualan tiket ketika itu disalurkan untuk menampung kos perubatan Winai Kraibutr.
Kini pada usia 53 tahun, penyakit tersebut tidak menjadi penghalang untuk berduka. Dia hidup bahagia di samping isteri dan tiga cahaya mata. Semoga Winai segera sembuh dari penyakit yang dihidapinya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.