Setelah REMAJA melaporkan mengenai kemalangan jalan raya yang menimpa salah seorang peserta program realiti Big Stage 2020 iaitu Sandra Dianne semalam, hari ini pihak produksi mengesahkan tidak akan menampilkan Sandra pada konsert minggu ini.
Untuk pengetahuan, Sandra terbabit dalam sebuah kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE) kira-kira petang semalam. Setelah dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Putrajaya, Sandra masih belum sedarkan diri.
Ads
Bercakap kepada pihak media, pengurus saluran Astro Ria, Emarina Kamal berkata mereka masih menantikan mahlumat terbaru daripada doktor. Namun setelah melihat keadaan diri Sandra yang masih koma hingga sekarang, pihak produksi bersepakat untuk mengecualikan penyertaan Sandra pada minggu ini.
“Tiada penyingkiran terhadap Sandra akan dibuat walaupun dia tidak membuat persembahan malam ini. Pihak kami bersimpati dengan insiden yang menimpa Sandra dan berharap dia segera sembuh,” katanya.
Ads
Berdasarkan pengumuman yang dilakukan pada konsert ketiga minggu lalu, Sandra sepatutnya menyanyikan lagu Nuri nyanyian asal Ella pada malam ini. Pilihan lagu tersebut dilakukan berdasarkan lagu keluaran tahun kelahiran peserta Big Stage 2020
REMAJA mengambil kesempatan ini untuk mendoakan kesejahteraan Sandra Dianne dan semoga kembali sihat seperti sedia kala.
Sejak negara dilanda pandemic Covid 19, sebahagian besar universiti awam dan swasta menjalankan pembelajaran sepenuhnya secara atas talian.
Disebabkan itu, kerajaan terbaru bersetuju mengurangkan yuran asrama dan yuran perkhidmatan universiti awam sehingga 15 peratus bagi membantu meringankan beban institusi berkenaan ekoran impak wabak COVID-19.
Alhamdulillah….
Menurut Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Dr Mansor Othman, keputusan dicapai hasil rundingan antara Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Keputusan tersebut akan melibatkan peruntukan kerajaan sekitar RM72 juta dan bakal memberi manfaat kepada 533,318 pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di seluruh negara.
Penulis rasa perkara ini wajar memandangkan kebanyakkan mahasiswa di universiti tempatan datang daripada keluarga berpendapatan rendah dan sederhana (B40 & M40) yang terkesan dari segi ekonomi ekoran Covid 19.
Selain itu, beliau turut ingin mengetahui inisiatif kementerian mengenai sistem pembelajaran dalam talian pelajar IPT yang tinggal di luar bandar dan memerlukan capaian internet.
Mengenai soalan pertama, Mansor berkata, struktur yuran pengajian tinggi masih kekal sama walaupun dalam situasi pandemik COVID-19.
Namun, beliau berkata, kerajaan telah memperuntukan dana yang besar melalui Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) untuk sektor pendidikan.
Ia termasuk bantuan one-off RM200 kepada pelajar, kos untuk sediakan makanan kepada pelajar di kampus serta penangguhan bayaran PTPTN kepada 1.5 juta peminjam.
Moga inisiatif yang diberikan ini boleh membuatkan semua pelajar IPTA menarik nafas lega.
Sumber : Astro Awani
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pemilik Kelab Bola Sepak Johor Darul Takzim, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menggesa agar semua pasukan bola sepak yang bertanding dalam Liga Malaysia serta negeri memperbaiki padang stadium bola masing-masing.
Tunku Ismail berkata, setiap stadium yang menjadi venue perlawanan perlulah mempunyai padang perlawanan dan sistem perparitan yang baik bagi mengelakkan padang digenangi air ketika negara dilanda musim hujan atau Monsun Timur Laut.
Terdahulu, Tunku Ismail berkongsi gambar keadaan padang Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Iskandar Puteri dengan memuat naik ke laman sosial miliknya sejam sebelum sepak mula aksi terakhir Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) antara JDT menentang menentang BG Pathum United FC.
Keadaan padang SSI masih dalam keadaan baik dan berkelas dunia apabila tidak ditakungi air meskipun hujan lebat melanda negeri ini tengah hari tadi.
“Tiada lecak, tiada takungan air. Top drainage!. Soalan saya kepada MFL & FAM (Liga Bola Sepak Malaysia) dan (Persatuan Bola Sepak Malaysia) memandangkan liga akan berjalan ketika musim hujan/Monsoon bermula musim hadapan.
“Adakah kami akan bermain atas sawah padi di stadium-stadium lain? Inilah sebab pentingnya mempunyai padang permainan dan sistem perparitan yang bagus. Sudah sampai masa semua pasukan dan negeri memperbaiki padang stadium masing-masing,” tulisnya.
Isu kualiti padang menjadi buah mulut peminat bola sepak tanah air apabila perlawanan akhir Piala Malaysia antara JDT dan Terengganu FC pada Jumaat lalu diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) dalam keadaan kualiti padang kurang baik.
Buat makluman, padang SNBJ menjadi ‘huru-hara’ selepas kumpulan terkemuka, Coldplay mengadakan konsert pada bulan lalu yang dihadiri kira-kira 75,000 penonton.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada apa lebih menyedihkan apabila menyaksikan abang kandung maut di depan mata. Inilah pengalaman paling sedih dikongsi oleh seorang remaja, Muhammad Raihan Muhammad Jelani, 16 tahun yang berkongsi cubaan dirinya menyelamatkan abangnya dari mati lemas ketika mencari kerang di Muara Sungai Haji Dorani.
Laporan Sinar Harian, seorang remaja terpaksa berpaut pada sampan untuk terapung di laut selepas cuba menyelamatkan abangnya yang terjatuh di Muara Sungai Haji Dorani di sini semalam.
Bagaimanapun, Muhammad Raihan Muhammad Jelani,16, terselamat dalam kejadian itu manakala agnya, Muhammad Rasul,23, ditemui lemas dalam kejadian kira-kira jam 9.40 pagi semalam.
Menceritakan detik cemas itu, Muhammad Raihan berkata, dia bersyukur masih terselamat dalam kejadian itu, namun sedih kejadian meragut nyawa abangnya dalam sekelip mata.
"Pada waktu kami keluar mencari kerang, kebetulan angin kencang serta laut bergelora menyebabkan sampan kami naiki bergoyang sebelum abang tiba-tiba terjatuh dari sampan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.
Muhammad Raihan berkata, dia yang terkejut dengan kejadian itu tiba-tiba panik dan terjun ke laut cuba menyelamatkan Muhammad Rasul.
"Tangan kanan saya sempat mencapai tangan abang, manakala tangan kiri saya berpaut pada sampan, namun kudrat saya tak mampu apabila ombak besar menarik arwah jauh daripada saya dan kemudian terus ditelan ombak," katanya.
Menurutnya, dia terkilan kerana tidak sempat menyelamatkan nyawa abangnya itu, namun bersyukur kerana masih terselamat.
"Walaupun sedih saya syukur kerana ALLAH masih panjangkan umur saya pada waktu itu yang sempat diselamatkan nelayan yang melalui kawasan berhampiran," katanya.
Bapa mereka, Muhammad Jelani Othman,51, berkata, dia tidak menyangka arwah anaknya itu pergi buat selamanya.
Muhammad Jelani berkata, sebelum kejadian, anak kedua daripada empat beradik itu sempat mencuci sampan di Jeti Sungai Haji Dorani sebelum pulang ke rumah mereka di Kampung Tebuk Marso.
"Namun selepas bersarapan arwah dan seorang lagi adiknya terus ke jeti semula untuk menangkap kerang," katanya.
Menurutnya, luluh hatinya sebaik Muhammad Raihan menghubungi isterinya, Rozilah Nanyan,43, memaklumkan Muhammad Rasul hilang selepas terjatuh dari sampan kira-kira jam 10 pagi semalam.
"Saya reda dengan kejadian ini dan saya perlu kuat menghadapi dugaan ini," katanya.
Sementara itu, Rozilah menyifatkan Allahyarham Muhammad Rasul seorang anak bertanggungjawab dan taat kepada ibu bapa.
"Arwah seorang anak mendengar kata malah dia sering menemani saya ke mana-mana saya pergi.
"Kehilangan arwah amat dirasai, lebih-lebih lagi dia manja dan suka mengopek isi ketam untuk hidangan kami sekeluarga," katanya.
Sinar Harian sebelum ini melaporkan, seorang lelaki yang hilang ketika keluar mencari kerang ditemui lemas di Muara Sungai Haji Dorani di sini hari ini.
Ketua Zon 7 Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Muhd Raffanjani Rahim berkata, mayat Muhammad Rasul Zailani,23, ditemui kira-kira satu batu nautika dari kawasan pencarian mangsa dilaporkan terjatuh.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Walaupun sedang berdepan dakwaan melibatkan kegagalan membayar hutang berjumlah RM4.65 juta kepada sebuah syarikat, pelakon dan usahawan terkenal Nur Fazura dilihat kekal tenang meneruskan...