
Fenomena gerhana matahari separa sedang berlaku pada waktu ini di kawasan tertentu sekitar Malaysia.
Dalam pada semua orang teruja berdiri di luar bangunan untuk menyaksikan kejadian yang Gerhana Anulus ini dengan mata sendiri, jangan dilupa pula tuntutan sunat Muakkad. Islam menyarankan agar kita menunaikan solat sunat gerhana sempena gerhana matahari separa seperti yang berlaku pada hari ini.
Di masjid dan surau seluruh negara, kebanyakan daripada mereka telah melakukannya secara berjemaat selepas solat Zuhur sebentar tadi.
Bagi korang yang tak sempat untuk menyertai mereka, jangan risau kerana korang masih boleh bersolat sunat gerhana sepanjang masa ia berlaku.

Menurut kenyataan Planetarium Negara, gerhana matahari separa telah bermula sejak 11.26 pagi tadi. Ia kemudian bersambung dari 1.23 tengah hari dan dijangka selesai pada jam 3.17 petang ini. Jadi korang masih ada masa untuk menunaikannya.
Niat solat sunat gerhana matahari ialah, "Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat kerana Allah Ta'ala". Cara paling ringkas untuk menunaikan solat sunat gerhana adalah seperti solat sunat Zuhur.
30 Anggota Polis Diperlukan Untuk Tangkap Seorang Penceroboh SM Entertainment

Hanya untuk menangkap SEORANG penceroboh, syarikat recording terkenal Korea Selatan iaitu SM Entertainment memerlukan TIGA PULUH orang anggota polis untuk berada di tempat kejadian.
Kejadian pencerobohan masuk ke dalam bangunan SM yang terletak di Gangnam, Seoul ini berlaku kira-kira tengah malam tadi.
Ketika kebanyakan staf tiada di pejabat kerana cuti hujung minggu, penceroboh lelaki yang namanya dirahsiakan itu mengetuk cermin bangunan di aras basement sehingga pecah dan menceroboh masuk.
Dia kemudiannya menggunakan tangga kecemasan dan mencuba setiap pintu masuk ke dalam pejabat.
Kebetulan, pintu di aras 7 bangunan tidak berkunci dan penceroboh bertindak masuk sebelum ahli keselamatan menyedari kehadirannya.
30 orang anggota polis terlibat dalam operasi selama sejam untuk menenangkan lelaki tersebut sebelum dia diberkas. Mengikut undang-undang, dia boleh dikenakan cas tindakan menceroboh.
Walaupun identiti lelaki tersebut dirahsiakan, laporan daripada media Soompi berkata dia seakan tidak siuman. Ini kerana dia mendakwa mendengar ‘suara penyanyi Korea’ memanggilnya ke dalam bangunan.
Err, agak-agak Red Velvet ke yang panggil dia? Hehe..
Tahniah! 2 Anak Malaysia Akan Terima Anugerah Dari Ratu Elizabeth

Mereka bakal menerima anugerah, no less, dari Ratu Elizabeth sendiri.
Dua belia Malaysia telah dipilih untuk menerima Anugerah Pemimpin Muda Ratu Elizabeth bagi tahun 2018.
Anugerah ini juga dikenali sebagai Queen’s Young Leaders Award akan diberi pada setiap tahun untuk mengiktiraf belia terpilih yang berusia 18 hingga 29 tahun dari negara-negara Komanwel kerana cuba untuk menangani isu-isu global.

Dua belia Malaysia tersebut ialah Siva Nagappan Vivesvaran dan Wen Shin Chia. Mereka dijadualkan untuk menghadiri ke upacara di Istana Buckingham, London pada 26 Jun (Selasa) ini. Wah, bolehlah OOTD dalam istana nanti, hiks!
Siva dan Shin Chia yang berasal dari Selangor akan turut disertai oleh 240 orang penerima anugerah lain dari 53 buah negara Komanwel lagi. Masing-masing menggunakan kebolehan dan kemahiran mereka untuk mencetuskan idea agar humaniti boleh berubah ke arah yang lebih baik.

Siva cuba untuk memberi penyelesaian baru untuk menangani masalah alam sekitar di Malaysia.
Dia telah membangunkan sistem penyimpanan air di sekolahnya. Projek ini membolehkan air hujan disimpan untuk digunakan apabila perlu.
Siva juga merupakan sebahagian daripada pengasas Project Paplet yang menggunakan kertas terpakai untuk dijadikan booklet menulis. Booklet ini kemudiannya disumbangkan kepada 50 sekolah pelarian di seluruh negara melalui Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.


Project Paplet juga telah menyediakan toolkit kepada 11 institusi di seluruh dunia bagi menerangkan cara membuat booklet ini. Sejak pelancarannya pada 2016, Project Paplet telah menyelamatkan 4.5 tan kertas!
“Saya berbangga kerana telah terpilih menjadi sebahagian daripada komuniti anak muda yang sedang melakukan perubahan positif di negara masing-masing. Saya tak sabar untuk belajar dari mereka,” komen Siva yang merupakan pelajar jurusan Kejuruteraan Tenaga Elektrik.

Wen Shin Chia pula merupakan seorang ahli alam sekitar yang ingin menangani masalah pencemaran air di Malaysia.
Shin Chia mengasaskan Green Yards pada tahun 2016. Projek ini mengelakkan netizen membuang minyak masak terus ke dalam saluran air. Bagi setiap 5kg minyak terpakai yang diberikan kepada Green Yards, netizen akan mendapat sabun percuma.
Minyak terpakai ini kemudiannya akan dikitar semula menjadi produk pembersih seperti sabun tadi dan lilin.


Dalam tempoh setahun, Green Yards telah mengelakkan 4.7 tan minyak masak daripada terbuang ke dalam saluran air.
“Dengan memenangi anugerah ini, ia telah memberikan saya lebih keyakinan untuk teruskan usaha kami ini,” kata Shin Chia.
* * * * *
Bukan sahaja sekadar menerima anugerah. Hasil pemilihan ini, Siva dan Shin Chia akan mengambil bahagian dalam kursus kepimpinan yang dikendalikan oleh Universiti Cambridge selama setahun.

Selain itu, mereka berdua juga akan menerima pakej latihan, bimbingan dan program kediaman seminggu di United Kingdom. Congrats guys for making yourself & Malaysia proud!
Teruskan usaha korang berdua.
Dibedah Segera Gara-Gara Apendiks, Uyaina Mohon Doa Kesihatan Diri Dan Bayi

Pengacara dan pelakon popular, Uyaina Arshad dikejarkan ke hospital kelmarin apabila mengalami sakit perut yang keterlaluan sebelum disahkan mengalami masalah apendiks.
Dalam perkongsian menerusi akaun Instagramnya, isteri kepada Raja Syahiran ini menceritakan detik cemas apabila dia diserang sakit tersebut sehinga perlu dibawa ke hospital.
“Syafakillah Uyaina & Baby. Semalam Uyaina baru je kena bedah disebabkan apendiks. Saya sangat bertuah kerana apendiks tu belum pecah. Kalau tak, tak tahu lah.
“Pagi semalam, bangun tidur terus rasa sakit sangat di sebelah bawah kanan perut. Sakit yang tak boleh bergerak. Kalau bergerak lagi sakit. Syahiran ajak Yana pergi hospital terus untuk pemeriksaan. Doktor terus tahan di wad,” kongsinya.
Sejurus doktor selesai melakukan pemeriksaan, dia perlu melalui pembedahan untuk mengatasi mengelakkan masalah tersebut berlanjutan.
Ujarnya, “Alhamdullilah pembedahan semalam berlangung pukul 10 malam. Semuanya berjalan lancar. Terima kasih kepada semua doktor dan jururawat di Hospital Pakar Avisena kerana menjaga Uyaina sebaik mungkin. Mohon doa dari semua supaya Uyaina sembuh cepat dan semoga bayi di dalam kandungan sihat. Kesian Baby, Aaminn.”
Uyaina yang kini sedang berada di trimester kedua kandungan berkahwin dengan cinta hatinya, Raja Syahiran pada 21 Disember 2020 yang lalu. Dia mengumumkan mengenai kandungannya kepada umum pada 2 April 2020.
BACA LAGI: “We Are Pregnant,” – Uyaina Arshad & Raja Syahiran Bakal Timang Cahaya Mata Sulung
Untuk pengetahuan pembaca, menurut laporan Columbia Asia, rawatan yang biasa dilakukan untuk apendiks ialah dengan mengeluarkan apendiks tersebut. Kaedah ini agak ringkas dan pesakit boleh pulih dengan segera. Tetapi jika apendiks telah pecah, surgeri yang akan dilakukan agak rumit dan pesakit mungkin akan mengambil masa yang agak lama untuk sembuh.
Apendisitis yang telah pecah tetapi tidak diberi rawatan dengan segera akan mengakibatkan komplikasi yang lebih serius seperti jangkitan kuman di dalam darah. Dalam beberapa kes yang jarang berlaku, apendisitis yang melibatkan apendiks yang telah pecah boleh mengakibatkan maut.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.