Masih Tak Serik.11,000 Rakyat China Hadiri Festival Muzik Di Wuhan, Majoriti Tak Ikut SOP

Share

Tatkala dunia masih berperang dengan wabak pandemic COVID-19 yang telah meragut jutaan nyawa. Daerah pertama yang dikatakan menyebarkan virus korona, Wuhan kini khabarnya telah memulakan kehidupan seperti biasa.

Menurut laporan Daily Mail, sabtu lepas belasan ribu rakyat Wuhan berkumpul di Festival Muzik Strawberry yang menunjukkan orang ramai menari, melompat dan menjerit dengan gembira apabila melihat penyanyi kegemaran mereka naik ke pentas.

Walaupun kes COVID-19 masih meningkat dan kritikal di negara-negara lain terutamanya India, orang ramai yang membanjiri tapak konsert ini rata-ratanya tidak mengikut SOP seperti penjarakan sosial dan memakai penutup wajah. Berani ye!

Malah, wakil penganjur festival itu berkata, kira-kira 11,000 orang datang menghadiri festival itu pada Sabtu, sambil menambah jumlah itu melebihi dari jangkaan mereka.

Pagar besi dipasang di depan pentas dan anggota keselamatan juga ditempatkan di beberapa tempat. Hanya sebilangan kecil penonton yang memakai pelitup muka, berbanding kebanyakannya yang tidak memakainya.

“Tahun lalu kami (Wuhan) menderita disebabkan Covid-19. Bukannya mudah untuk mencapai apa yang dinikmati sekarang. Jadi, saya rasa sangat teruja berada di festival ini,” kata Gao Yuchen, 23.

Festival yang dianjurkan selama dua hari itu mempersembahkan penyanyi tempatan yang ternama dan tidak begitu dikenali berganding menjayakan festival yang diadakan di Wuhan’s Garden Expo Park. Para pengunjungnya dilaporkan datang dari pelbagai wilayah di negara itu.

Jumaat lalu, China hanya melaporkan 16 kes baharu positif Covid-19. Kesemua kes baharu itu merupakan kes import.

Seronoknya dorang kan…yelah dah lama tidak dapat berseronok sebegini tapi kena ingat juga bahawa kita masih belum menang untuk menangani virus ini, jadi jangan lupa untuk mengamalkan penjarakan fizikal dan sentiasa memakai face mask ketika di tempat awam.

Lakukan langkah-langkah pencegahan ini demi kebaikan bersama. Biarlah negara lain nak bersuka ria, tetapi jangan biarkan tempat kita menjadi seperti mereka.

Sumber: Daily Mail

Published by
Nana