
Isnin lalu, Masjid Al-Khairiyah di Taman Sri Gombak telah melaungkan azan Maghrib tiga minit sebelum waktu sebenar dan pihak pengurusan masjid tersebut telah pun membuat permohonan maaf. Kesilapan itu berlaku berpunca daripada masalah teknikal pada paparan digital waktu azan di masjid terbabit.
Walau bagaimanapun, Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes Abdul Wahid mengesahkan bahawa jika individu yang berbuka mengikut laungan azan itu, puasanya batal dan perlu diganti. Namun, penggantian puasa tidak tertakluk kepada mereka yang berbuka di hujung atau selepas azan kerana ia dikira sudah masuk waktu berdasarkan waktu zon tempatan.
Jelasnya lagi, waktu solat adalah mengikut zon di negeri-negeri dan bagi kes berkenaan, puasa mereka yang berbuka berpandukan azan pada 7.18 malam itu adalah terbatal dan wajib diganti.
Namun begitu, tindakan nazir masjid berkenaan dipuji oleh Mufti Selangor kerana berani berterus terang untuk mengakui kesilapan itu. Katanya, semua orang melakukan kesilapan dan mereka yang berkenaan perlu memaafkan pihak yang tidak sengaja mengalunkan azan lebih awal.
Betul tu, sekiranya korang antara individu yang terbabit, tidak perlulah berasa kesal dan marah kerana perlu menggantikan semula puasa itu. Anggaplah ia sebagai satu ujian di bulan Ramadan.
Sumber: Harian Metro
5 Sebab ‘Abang Long Fadil 2’ Berjaya Rampas Takhta Filem Terlaris di Malaysia!

Isi Kandungan
ToggleFenomena filem aksi komedi Abang Long Fadil 2 nampaknya terus hangat diperkatakan. Terbaru, Astro Shaw telah mengumumkan Abang Long Fadil 2 telah mencatatkan jumlah pungutan berjumlah RM17.9 juta. Apa yang menarik ia masih ditayangkan di pawagam seluruh negara!
Filem aksi hebat yang diterbitkan bersama oleh dua nama gergasi perfileman tanah air, Astro Shaw dan Skop Productions telah mencatatkan nama mereka dalam lipatan sejarah perfileman tanah air dengan kutipan tertinggi.
Apakah formula yang menjadikan filem Abang Long Fadil 2 menjadi cukup luar biasa dan sukses?
Terdapat beberapa faktor yang penulis lihat berkemungkinan menjadi faktor kenapa ia cukup mendapat tempat di hati penonton.
1.Gabungan dua produksi hebat Skop Productions dan Astro Shaw
Melihat dua nama ini sahaja sudah cukup untuk meyakinkan kita ke pawagam. Bahkan sebelum ini, dua produksi inilah yang pernah melahirkan banyak filem terlaris di Malaysia seperti Polis Evo, Ola Bola, Sembilu, Evolusi KL Drift, KL Gangster dan banyak lagi.
2.Karya pengarah muda berkaliber
Ia merupakan karya arahan pengarah muda berkaliber, Syafiq Yusof. Sentuhan daripada pengarah muda yang versatil ini merupakan satu nafas baru buat industri filem tanah air terutama dalam genre filem aksi.
3.Gabungan pelakon-pelakon popular
Melihat barisan pelakonnya seperti Zizan Razak, Datuk AC Mizal, Syamsul Yusof, Shib Sepahtu, Achey Bocey dan Tania Hudson sudah cukup untuk menarik penonton ke pawagam. Pengenalan bintang viral sensasi Wak Doyok di dalam filem ini juga memberikan impak juga hebat. Pengaruh dibawa oleh Wak Doyok di kalangan follower-nya tidak dapat dinafikan agak menggila juga.
4.Faktor kesinambungan
Karakter Fadil sebenarnya sudah diiukti oleh peminat sejak dari filem KL Gangster lagi. Dengan menggunakan fomula cinematic universe yang sama, filem ini menjadi continuity yang sangat dinantikan oleh peminat. Tidak banyak filem tempatan yang berani mengetengahkan konsep begini.
5.Aksi lasak bertaraf antarabangsa
Dan yang terakhir sekali faktor aksi lasak yang bertaraf antarabangsa. Walaupun ia diangkat sebagai filem aksi komedi, namun Syafiq Yusuf cukup teliti dan menitik beratkan kualiti babak-babak aksi yang diketengahkan dalam filem ini.
Sehingga hari ini, Abang Long Fadil 2 masih lagi ditayangkan di 77 buah pawagam di seluruh negara. Dengan momentum yang luar biasa ini, penulis berani mengatakan bahawa mungkin ia mampu mencecah ke angka RM20 juta!
“Berhenti Datang & Masuk Kampung Tempat Adik Hilang”, Abang Acap Minta Sukarelawan Hentikan Pencarian Adiknya

Tentu ramai di antara kita tidak pernah putus berdoa agar Acap yang hilang ketika menyertai Gopeng Ultra Trail sejak 23 Mac lalu ditemui selamat.
Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak termasuk ramai sukarelawan membantu mencari di lokasi kejadian sejak berita Acap dilaporkan hilang. Tidak kurang juga timbulnya pelbagai spekulasi dan perkaitan dengan dunia ghaib seperti mana dihebohkan.

Semalam, tular di media sosial satu laporan polis yang dibuat oleh abang kandung Acap iaitu Mohammad Azlan bin Hasan di Balai Polis Gopeng yang meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian di lokasi kejadian.
Berikut adalah laporan polis seperti mana tular.
Saya Mohammad Azlan bin Hasan mewakili pihak keluarga datang ke Balai Polis Gopeng untuk membuat laporan polis meminta orang awam dan pihak yang ingin menjalankan misi sukarelawan mencari Acap supaya menghentikan segera pencarian.”
“Setelah berbincang dengan Ketua Kampung Pintu Padang saya membuat satu laporan polis supaya semua pihak menghentikan spekulasi tidak benar tentang kehilangan adik saya, Mohammad Ashraf Hassan.”
Salinan laporan itu turut menyatakan masa iaitu pada 5.25 petang bertarikh 14 April 2019 yang dibuat di balai berkenaan.
Carian REMAJA di fb abangnya, Denny Lang mendapati mereka telah bertemu seorang yang berilmu iaitu Tok Su Mid di Kuala Nerang, Kedah, mungkin antara usaha dilakukan oleh pihak keluarga dalam pencarian Acap yang memasuki hari ke 24 pada hari ini.
Dalam catatannya, beliau menulis :
Allah Ta’ala berfirman (yang artinya), “Dan (ingatlah) tatkala Rabbmu berkata kepada malaikat , ‘Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah’. Berkata mereka, ‘Apakah Engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusak di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji Engkau dan memuliakan Engkau?’. Dia berkata, ‘Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui” (QS. Al Baqarah : 30)
Alhamdulillah diberi kesempatan dan ruang untuk bertemu dgn seorang hamba Allah yg zuhud peribadi juga tertib bicara ilmuannya.
Pak Su Mid Kuala Nerang
Semoga ada usaha yang membuahkan hasil dan semoga Acap ditemui segera.
“Ini Adalah Rahmat..”, PU Azman Buka Mata Netizen Tentang #StayAtHome Dan Hadis Sohih Berkaitan Wabak

PU Azman mula dikenali setelah memenangi program realiti Islamik, Pencetus Ummah, musim kedua pada tahun 2014 yang lalu
Bermula daripada itu, PU Azman atau nama penuhnya Azman Syah bin Alias, mula bertindak melakukan kerja-kerja dakwah dengan menjadi seorang penceramah bebas, pakar motivasi dan pengacara untuk program-program berunsur keagamaan.
Terbaru melalui instagram miliknya, Pu Azman atau lebih dikenali dengan Cik Man ada berkongsi sebaring ayat al-quran mengenai wabak.
View this post on InstagramA post shared by Cik Man (@puazmanofficial) on
“Jadi korang fokuskan perkataan azab dan rahmat. Kalau kita rasa kita beriman, maka wabak ini adalah rahmat.
Tu kena tepuk dada sendiri.
Satu lagi, fokuskan perkataan sabar dan mengharapkan ganjaran. Kalau ada dua sifat ini, kitalah orang yang Nabi tujukan hadis ini.
Yes, tak dinafikan kita akan fikirkan tentang rindu, makan dan gaji. Masing-masing ada tekanan sendiri. Samada dari syarikat besar sampailah yang tiada rumah.
Tapi Allah akan berikan ketenangan dalam jiwa mukmin tak kira siapa pun dia.
Jangan lupa frontliners kita. Kalau kita bagi alasan tak kuat, Cik Man pun rasa tak kuat. Kita semua rasa tak kuat. Tapi kita kena paksa untuk kuat.”
Keperibadiannya yang bersahaja serta suka membuat lawak dalam menyampaikan ilmu agama membuatkan dirinya mudah diterima masyarakat.
Ternyata ramai yang bersetuju dan rata-rata warganet mengakui tentang perkara ini.
Tatkala menjawab sebarang persoalan dan kemusykilan warganet berkaitan hal keagamaan, beliau pasti akan selitkan sekali unsur jenaka membuatkan ramai tidak kering gusi. Tak percaya? Lihat sendiri di Instagram miliknya.
Ye, mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya dan moga wabak ini membawa seribu rahmat buat rakyat Malaysia!
Sumber : Instagram PU Azman