Masjid Tawar Hadiah Bagi Jemaah Lagi, Ganjaran Wang Tunai Bawa Keluarga Solat Subuh

Share

Bagus betul inisiatif ini dalam usaha mengimarahkan lagi masjid…

Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.

BACA: Masjid Tawar Ganjaran Basikal Kepada Kanak-Kanak Yang Hadir Solat Subuh Berjemaah

Terbaharu, masjid ini sekali lagi menawarkan ganjaran yang lebih menarik iaitu berupa hadiah wang tunai RM4,000 kepada ahli kariah masjid yang istiqamah mengerjakan solat Subuh.

Tetapi ada syaratnya, iaitu jemaah perlu memastikan isteri dan anak-anak turut hadir ke masjid untuk berjemaah menunaikan solat Maghrib dan Isyak dalam tempoh 40 hari tersebut.

Pengerusi Masjid Nur As-Sa’adah, Amzah Osman berkata program berkenaan adalah lanjutan daripada inisiatif pemberian hadiah berbentuk basikal dan motosikal kepada kanak-kanak serta belia sebelum ini.

Kini ia diperluaskan bagi melihat ahli-ahli kariah masjid dapat hadir bersama keluarga dan pemilihan juga dilihat dari segi mereka yang paling ramai membawa anggota keluarga ke masjid.

Jelasnya, sebelum ini pemberian beberapa buah basikal kepada anak-anak yang cemerlang solat Subuh dan semua program yang dilaksanakan mendapat peruntukan daripada individu perseorangan dan dermawan.

“Kita akan terus menceriakan bulan Ramadan dengan pelbagai program dan aktiviti yang dapat menarik kariah untuk mengimarahkan masjid termasuk qiamullail tidak lama lagi,”

katanya.

Seronoknya, penduduk di kawasan sekitar Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu Melaka ini…

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Melaka Hari Ini

Published by
Nana