Masjidil Haram, tempat terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat pertama umat Islam. Saban hari persekitaran masjid ini tidak pernah sunyi dari puluhan ribu pengunjung yang akan memenuhinya setiap saat melakukan amal ibadat. Bagi mereka yang pernah mengunjungi Makkah, pasti tahu bahawa Masjidil Haram tidak pernah sunyi biar pun pada jam 2 atau 3 pagi kerana begitu ramai umat Islam sedang melakukan ibadah tawaf mengelilingi Kaabah.
Begitu juga Masjid Nabawi, Madinah yang di dalamnya terdapat Makam Rasulullullah SAW yang tidak pernah sunyi dari dikunjungi. Begitu ramai yang rindu untuk masuk ke Raudhah yang menempatkan Makam Rasulullah, berdoa agar memperoleh syafaat dari Baginda SAW pada hari akhirat kelak.
Namun sejak 27 Februari lalu di mana Arab Saudi telah menggantung visa mengerjakan umrah bagi mengelak penularan wabak Covit-19 yang telah meragut ribuan nyawa selain sudah merebak ke puluhan negara, ternyata masjid-masjid yang amat dirindui oleh umat Islam ini mulai sepi dari kunjungan orang ramai. Sesuatu yang amat jarang kelihatan.
Perkongsian video dari Ustaz Che Pai di fbnya memperlihatkan suasana sekitar yang dahulunya dipenuhi pengunjung, tidak pernah tidak sesak tetapi kini agak sepi. Sama sekali berlainan dan amat jarang menyaksikan peristiwa sebegini.
Apa pun Ya Allah, peliharalah umat islam dan semoga Masjidil Haram dan Masjid Nabawi akan kembali dipenuhi umatMu.