Masya Allah! Tak Sangka Bunyi Mengiau Kucing Sebenarnya Bermaksud YA RAHIM @ Allah Maha Pengasih

Share

Ramai yang tahu kucing merupakan binatang kesayangan Rasulullah SAW. Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW mempunyai seekor kucing diberi nama Mueeza. Salah satu sifat Mueeza yang paling Nabi suka ialah Mueeza selalu mengiau ketika mendengar suara azan, seolah-olah seperti mengikuti alunan suara azan. Nabi berpesan kepada para sahabatnya untuk menyayangi kucing peliharaan seperti mana menyayangi keluarga mereka sendiri.

Pernah juga Nabi mahu mengambil jubahnya dan Mueeza sedang tidur di atasnya. Nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza daripada jubahnya supaya tidak menganggu Mueeza. Selepas Nabi pulang ke rumah, Mueeza terbangun dan pergi merunduk sujud kepada majikannya. Sebagai balasan, Nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing itu sebanyak tiga kali. Nabi menekankan dalam beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis. (sumber Utusan Malaysia).

Namun tentu ramai yang tertanya-tanya apa maksud di sebalik bunyi mengiau seekor kucing?. Binatang manja ini selain mahu mencari perhatian, ia biasanya lapar atau ingin bermanja.

Baca perkongsian seperti disyerkan oleh Amyatz di laman fbnya. Tak sangka, maksud di sebalik mengiau kucing membawa maksud Ya Rahim atau Allah maha mengasihani.

Tahukah anda…?

Kucing merupakan makhluk yang berkat. Mengapa? Kisah ini dipetik daripada kisah Badiuzzaman Said Nursi; seorang pejuang dan pemikir Islam Turki. Ketika beliau berseorangan di pondok, beliau hanya ditemani oleh 4 ekor kucing.

Terlintas di hatinya mengapa kucing dikatakan makhluk yang berkat sedangkan kucing kerjanya hanya bermain, makan dan tidur tidak seperti makhluk lain yang melakukan pekerjaan.

Pada malam itu, Badiuzzaman Said Nursi ingin tidur dan datang seekor kucing duduk di tepi bantalnya. Kemudian kucing itu menghampirkan mulutnya ke telinga Badiuzzaman Said Nursi lalu berzikir “YA RAHIM” berulang kali.

Pada awalnya beliau berkira ia hanya mimpi namun ia memang benar. Semakin lama beliau mendengar semakin jelas kucing-kucing  ini mengiau dengan menyebut YA RAHIM dan ia berzikir dengan begitu fasih dan penuh kesedihan. Kucing-kucing  ini seperti sedang merayu kepada TuhanNya yang bersifat Ar-Rahim.

Ramai yang baik hati memberi kucing makan kerana mudah berasa belas kasihan melihat binatang ini

 

Allahuakbar. Tanpa kita sedar inilah zikir dan munajat kucing setiap hari dan kerana inilah kucing adalah makhluk yang berkat di sisi Allah dan kucing tidak berzikir dengan nada haiwan sebaliknya ia berzikir dengan nada insan kerana ia hidup bergaul dengan manusia. Kucing sangat memerlukan belas kasihan daripada manusia.

Selepas kucing ini mendapat kasih sayang dan makanan daripada tuannya ia tidak berhenti mengucapkan syukur dan pasti ia akan berdoa untuk kebaikan dan kemurahan rezeki buat tuannya kerana tidak kedekut berkongsi rezeki dengan makhluk sepertinya. Dan adakah kita mengira doa daripada kucing ini tidak makbul? Ia pasti makbul kerana darjatnya tinggi di sisi Allah walau ia hanya seekor kucing.

Dan kucinglah haiwan kesayangan Rasulullah SAW. Jadi kwn-kawan, sayangilah kucing dan jangan pernah sesekali menzaliminya. Ketahuilah bahawa doa kucing berkekalan hingga ke akhirat untuk kita. Setidak- tidaknya mungkin dengan kita berlaku ihsan pada kucing, Allah SWT akan redha pada kita dan dapat menolong kita di akhirat kelak.

Hormat sapa yang sudi kongsi makanan dengan kucing.

#PatutlahRezekiTidakPutus

Wallahu a’lam…

 

Published by
Almaswa Haji Che Ros