Masya Masyitah Harumkan Nama Malaysia, Muncul Juara Dalam Rancangan Realiti Antarabangsa

Share

Penyanyi yang berusia 20 tahun, Masya Masyitah telah pun mengharumkan nama neara apabila dinobatkan sebagai juara pertandingan mencungkil bakat peringkat antarabangsa, Yippi Star Quest 2020 malam tadi.

Masya berjaya menundukkan pesaingnya, penyanyi dari Filipina yang dikenali sebagai Phem, sekali gus melayakkan diri memenangi hadiah wang lumayan kira-kira AS$40,000 (RM160,000) termasuk wang tunai AS$25,000 (RM104,000).

Pertandingan mencungkil bakat ini sebenarnya telah berlanjutan selama empat bulan dan Masya sendiri tidak menyangka bahawa dia mampu menewaskan lebih daripada 3,000 peserta yang bertanding.

Kefasihan anak muda itu berbahasa Mandarin dengan sebutan yang jelas berjaya meraih perhatian dan menjadi pilihan utama dalam platform media sosial Yippi.

Menurut laporan Kosmo, Masya menyanyikan 16 buah lagu termasuk lagu nyanyian asal Bon Jovi, Living On A Prayer dan beberapa lagu lain berbahasa Mandarin dan Tagalog di peringkat akhir.

Tahniah Remaja ucapkan kepada Masya Masyitah atas kejayaan yang diraih semalam. Semoga kerjaya Masya dalam bidang nyanyian terus sukses dan mendapat tempat di hati peminat.

Sumber: Kosmo

Published by
Noor Ain Norman