Selalu kita dengar tentang betapa sedapnya makanan dari Thailand sehinggakan kalau ada festival makanan Thai di tempat korang, confirm akan penuh sesak dengan umat manusia yang datang menyerbu.
Akhir-akhir ini viral pula trend memakan haiwan laut semasa ianya masih hidup terutamanya bagi rakyat Malaysia yang mengunjungi dan bercuti di negara jiran Thailand.
ARTIKEL BERKAITAN : 29 Jenis Thai Street Food Yang Korang Kena Cuba Kalau Bercuti Di Hatyai
Malah, satu perkongsian melalui akaun Instagram penyanyi dan influencer cantik, Masya Masyitah yang sedang bercuti di Bangkok, Thailand telah menarik perhatian dan menerima pelbagai reaksi netizen.
Apa yang menarik perhatian adalah tindakan berani Masya mencuba beberapa hidangan mentah ketika percutiannya itu. Malah, Masya turut dikecaman selepas dilihat berselera menikmati juadah sotong dan udang yang masih hidup tanpa rasa ragu-ragu di sebuah pasar malam di Thailand.
Menurut Masya, pada awalnya dia turut berasa seakan-akan mustahil untuk menelan makanan tersebut namun tidak menyangka dapat menikmatinya sehingga habis.
“Ia kelihatan mustahil sehingga ia selesai,” katanya menerusi perkongsian video di Instagramnya.
Menerusi video tersebut, kelihatan Masya sedang menikmati hidangan sotong dan udang yang masih hidup di dalam bekas makananya dengan penuh selera. Tambahan pula, dia turut mengangguk-angguk kepalanya sebagai tanda hidangan tersebut menepati cita rasanya.
Netizen Keliru
Hal ini membuatkan rata-rata warganet keliru dengan hukum memakan haiwan yang masih hidup buat orang Islam.
Penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan
Menurut penjelasan dari laman web rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, mereka berpendapat memasak ikan atau sotong kurita atau mana-mana hidupan laut ketika masih hidup adalah makruh dan hukum memakan haiwan berkenaan ketika masih lagi hidup adalah makruh sekiranya tidak memudaratkan.
Hmm…tak sampai hati pula tekak penulis nak makan haiwan-haiwan hidup ni.
Sebelum ini , Masya Masyitah pernah menimbulkan kontroversi dengan fesyen yang tidak sesuai dengan imej wanita bertudung.
BACA LAGI : Netizen Tegur Untuk Jaga Imej Muslimah, Masya Masyitah Tampil Balas Ringkas
Sumber : Instagram Masya Masyitah, Mufti WPKL
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.