Mata Bengkak Dan Hampir Buta Gara-Gara ‘Lash Extension’, Wanita Ini Kongsi Pengalaman Ngeri

Share

Biasalah bila bercakap tentang beauty trend, seorang buat, semua pun nak buat juga.

Trend eyelash extension untuk memanjangkan bulu mata ini bukan sesuatu yang baru di kalangan masyarakat kita. Ia umpama memakai maskara setiap hari tanpa perlu memakai pun maskara ataupun bulu mata palsu. Get it?

Memang guarantee bulu mata panjang setiap hari.

Namun, seorang wanita yang dikenali sebagai Jessica Shannon mendedahkan majlis hari jadinya terganggu gara-gara alami alergik terhadap lash extension. Kesan alergik tersebut membuatkan matanya menjadi bengkak sehingga tidak boleh dibuka dan hampir buta.

Alamak!

Siapa yang tak nak bulu mata panjang, kan? Tapi ada perkara yang dialami oleh Jessica sangat menakutkan. Jessica yang melakukan lash extension pada September lepas mengatakan matanya berada dalam keadaan yang baik selepas itu. Tetapi semuanya berubah selepas dua hari kemudian matanya menjadi bengkak sepenuhnya.

Pada bahagian kelopak matanya menjadi melekat dan sakit. Pada masa yang sama, matanya juga mula menjadi gatal-gatal dan berair sehingga tidak boleh melihat.

“Semasa keluar untuk majlis hari jadi, mata kiri saya sudah merah tetapi tak sakit dan gatal. Sebaik sahaja bangun tidur keesokkan hari, mata saya sudah bengkak teruk.

Saya cuba buka mata dengan jari tetapi masih tak nampak apa-apa.”

Mendapatkan Rawatan

Bimbang menjadi buta sepenuhnya, Jessica terus ke bahagian A&E (Jabatan Kemalangan & Kecemasan) untuk mendapatkan rawatan. Setelah mendapatkan rawatan, doktor mengatakan kornea sudah melecet disebabkan oleh gam bulu mata. Ketika itu juga doktor terpaksa mencabut bulu matanya.

“Kornea mata saya melecet disebabkan oleh gosokkan dan mungkin saya telah menggaru bola mata saya. Manakala gam bulu mata membuatkan mata tidak berhenti berair dan bulu mata menjadi bergumpal.”

Doktor mendedahkan sebenarnya lash extension yang dilakukannya itu tidak dipasang dengan betul kerana ia tersangkut separuh di bawah bulu mata sebenar sehinggakan menyebabkan matanya terluka.

Ngerikan dengar pengalaman wanita ini? Setiap rawatan kecantikan pasti mempunyai risiko tersendiri. Dalam hal eyelash extension ini, antara side effect yang ada adalah kegatalan dan tanda kemerahan. Jadi langkah terbaik sekiranya korang ingin juga mendapatkan eyelash extension

adalah dengan mereviu terlebih dahulu sijil kelayakan salun tersebut, kelayakan pakar dan apa yang pernah diperkatakan oleh pelanggan mereka sebelum ini.

Selain itu, pakar juga haruslah memiliki pengalaman dalam rawatan eyelash extension ini sekurang-kurangnya setahun. Dalam tempoh tersebut, mereka pastinya sudah memiliki senarai pelanggan yang pernah mendapatkan rawatan ini.

So, masih ingin meneruskan eyelash extension? Keputusan terletak dalam tangan korang.

RUJUKAN

Published by
Nana