Mata Sukar Nak Lelap? Cuba 4 Tip Ini, ‘Confirm’ Tidur Lebih Lena

Share

Sukar tidur malam adalah isu yang sering dialami oleh kebanyakan individu dewasa. Namun tanpa disedari masalah tidak cukup tidur ini boleh mendatangkan impak bahaya kepada diri.

Maka, tidur awal adalah penting. Menurut artikel dari Sinar Harian, antara jam 11 malam dan 3 pagi, putaran perjalanan darah kita tertumpu di hati. Hati menjadi kembang apabila dipenuhi dengan darah. Inilah masa yang sangat penting untuk tubuh kita mengalami proses detoksifikasi.

Ini antara teknik yang anda boleh lakukan untuk tidur yang lena selepas ini:

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Kisah Gaji Tinggi Atau Rendah, Pastikan Anda Ada 4 Simpanan Ini

Jadualkan masa untuk bimbang

Ini mungkin kedengaran agak pelik, tetapi ia sebenarnya merupakan teknik yang biasa digunakan oleh pakar terapi dalam mengawal tingkah laku kognitif. Setiap hari, luangkan masa tertentu untuk anda memikirkan tentang semua perkara dalam fikiran yang membimbangkan anda.

Matlamatnya adalah untuk menangani punca setiap kebimbangan sebelum ia tidak dapat dikawal.Teknik ini mampu melegakan pemikiran anda sebelum tidur. Minda akan terasa ringan dan anda dapat mengawal kebimbangan secara terkawal.

Mandi air suam

Badan anda secara semula jadi akan mula menyejukkan diri apabila menghampiri waktu tidur. Mandi atau mandi air hangat pada malam sebelum tidur, akan membantu mengalirkan darah dalaman anda dengan baik. Sebagai bonus informasi sampingan, air suam juga boleh menenangkan otot anda, lantas merehatkan badan anda dan menjadikannya lebih mudah untuk tidur.

Gunakan amalan meditasi

Meditasi pemikiran ialah meditasi untuk kesedaran diri, memahami pemikiran, perasaan dan emosi diri sendiri. Manakala meditasi badan adalah cara yang perlahan untuk anda menumpukan perhatian pada bahagian badan dan bahagian yang sakit.

Senaman meditasi sebelum tidur mampu melegakan pernafasan, mengurangkan kadar denyutan jantung, dan menurunkan tekanan darah anda lantas ia merupakan rutin yang bagus kerana dapat meningkatkan prestasi tidur anda.

Jurnal

Adakah fikiran anda bermain pada waktu malam dengan fikiran yang bimbang dan resah? Cepat lakukan jurnal dan simpan ia di sebelah katil anda! Untuk menghilangkannya dari kepala, lakukan jurnal setiap malam sebelum tidur dan tuliskan perkara yang membimbangkan anda di atas kertas. Luahan melalui penulisan dapat mengurangkan tekanan, tetapi jika itu tidak mencukupi, senaraikan tugasan untuk hari berikutnya untuk membantu menenangkan fikiran anda.

+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Pexels cottonbro studio,shvets production

Published by
Fath