Sekiranya korang mengikut siaran langsung Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja di antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Binti Adam tengah hari tadi, pastinya ada di antara korang yang tertanya-tanya mengenai penggunaan ‘Ringgit’ dalam lafaz nikah yang disempurnakan.
“Kalau terima nikahnya Dayang Anisha Rosnah binti Adam dengan maharnya seribu Ringgit tunai,” lafaz beliau.
Lantas, ramai di kalangan penonton Malaysia yang terkejut dengan penggunaan Ringgit dan bukannya Dolar Brunei seperti yang ramai sedia maklum.
Haa, sebenarnya guys kedua-dua nama mata wang negara Brunei Darussalam itu adalah betul. Di sana, mata wangnya disebut sebagai Dolar Brunei (B$) atau Ringgit Brunei.
Satu ketika dahulu; Malaysia, Singapura dan Brunei Darussalam pernah berkongsi satu jenis mata wang sahaja iaitu Malayan Dollar yang dikeluarkan oleh kuasa penjajah Inggeris dan ia telah digunakan lebih dari 10 tahun.
Namun, selepas Tanah Melayu memperolehi kemerdekaan pada tahun 1957, gerakan politik di Malaysia pada waktu itu ingin memiliki mata wangnya sendiri ekoran penubuhan Bank Negara Malaysia pada tahun 1959.
Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963 iaitu di antara bahagian Semenanjung, Sabah dan Sarawak; negara kita keluar membawa haluan kewangannya sendiri.
Ads
Ia disusuli penubuhan Penguasa Kewangan Singapura oleh kerajaan Singapura pada tahun 1967 dan penubuhan badan pengawal mata wang Brunei baharu oleh kerajaan Brunei Darussalam pada tahun sama.
***
Mengulas lebih lanjut mengenai nama mata wang, warganegara Brunei sendiri tetap memanggilnya sebagai Ringgit Brunei. Namun, jangan pula korang menyamakan Ringgit Brunei dengan Ringgit Malaysia. Hehe..
Satu ketika dahulu, Malaysia-Singapura-Brunei mempunyai kadar tukaran mata wang setara.
Ads
Ini bermaksud mana-mana mata wang dari tiga buah negara ini boleh digunakan secara terbuka termasuklah urusan perbankan seperti kemasukan deposit di bank dan urusan jual beli pada kadar serupa atas nilai yang dipersetujui oleh ketiga-tiga pihak.
Namun, kerajaan Malaysia mengambil keputusan untuk menarik diri daripada perjanjian ini atas faktor-faktor tertentu. Lalu, nilai Ringgit Malaysia diapungkan secara terbuka dengan nilai Dollar Singapura dan Ringgit Brunei.
Kini, nilai pertukaran 1 Ringgit Brunei a.k.a 1 Dollar Brunei dan 1 Dollar Singapura bersamaan dengan 3.50 Ringgit Malaysia.
Singapura dan Brunei Darussalam masih meneruskan perjanjian terbabit di antara kedua-dua buah negara sehingga sekarang dan seperti dijangka, kerjasama mereka semakin meningkat dan saling menjadi rakan dagang terbesar di negara masing-masing.
Malah pada tahun 2017, Singapura dan Brunei Darussalam telah meraikan perjanjian mata wang ini dengan melancarkan keluaran khas wang kertas 50 dollar.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yayasan Khazanah mengumumkan bahawa Hoh Jia Da, iaitu seorang pelajar Malaysia telah dipilih sebagai penerima biasiswa berprestij Rhodes Scholarship dari Universiti Oxford.
Hoh, yang merupakan graduan Kolej Yayasan Saad dan Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan ijazah dalam Kejuruteraan Perisian, akan menyertai kumpulan pelajar elit global, Rhodes Scholars, pada Oktober 2025.
Pemilihan ini memberi peluang kepada Hoh untuk melanjutkan pengajian pasca siswazah di Universiti Oxford, di mana beliau akan mengambil Ijazah Sarjana Sains dalam Sains Komputer Lanjutan serta Sarjana Pentadbiran Perniagaan.
Menurut laporan NST, Hoh berkongsi matlamatnya untuk meneroka teknologi, dasar, dan impak sosial di Oxford, sambil menjalin hubungan dengan individu yang berfikiran sama yang komited untuk menangani cabaran global.
“Saya percaya teknologi baru muncul, apabila dipandu oleh empati dan inovasi, mempunyai potensi besar untuk meningkatkan komuniti yang kurang mendapat perkhidmatan dan mengubah kehidupan.
“Melalui perjalanan ini, saya berhasrat untuk menyumbang secara bermakna kepada transformasi digital Malaysia dan memberi inspirasi kepada orang lain untuk meneruskan aspirasi mereka dan membuat perubahan,” kata Hoh.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, turut mengucapkan tahniah kepada Hoh atas pencapaian membanggakan ini, yang sekali gus memberi inspirasi kepada Malaysia.
“Perjalanan Hoh menyerlahkan kecerdasan, ketabahan, dan semangat beliau dalam menggunakan teknologi untuk memajukan komuniti.
“Semoga beliau terus menginspirasi dan menyumbang kepada transformasi digital Malaysia. Selamat maju jaya di persada antarabangsa!” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Hoh memperoleh Biasiswa Rhodes, yang ditubuhkan pada tahun 1903, selepas melalui proses pemilihan yang sangat kompetitif di Malaysia, termasuk dua pusingan penilaian dan temu bual akhir dengan panel antarabangsa.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: NST
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jika sebalum ini cara mudah pantas untuk renew atau memperbaharui lesen memandu ialah di pejabat pos hanya perlu bawa kad pengenalan dan Lesen Memandu je.
Tapi ambil perhatian ya, mulai hari ini 23 Februari Perkhidmatan pembaharuan Lesen Kenderaan Motor (cukai jalan) di pejabat Pos seluruh negara akan dihentikan buat sementara sehingga 31 Mac 2021.
Lesen memandu dan insurans kenderaan berjalan seperti biasa
Pengumuman Poslaju Malaysia ini turut memaklumkan bahawa urusan pembaharuan lesen memandu dan insurans kenderaan masih beroperasi seperti biasa.
“Kementerian Pengangkutan telah memberikan pengecualian pembaharuan Lesen Kenderaan Motor dan lesen memandu bagi PKP 2.0.”
Susulan itu, pemegang lesen dibenarkan memandu kenderaan selagi mempunyai sijil insurans kenderaan yang sah sepanjang tempoh berkenaan.
Untuk sebarang pertanyaan, layari AskPos di www.pos.com.my atau melalui halaman utama aplikasi mudah alih Pos Malaysia. So take note okay, nanti buat penah je pergi Pos Laju tapi tak boleh renew roadtax korang tu!
Bagi memastikan privasi dan keselamatan para pelanggan mereka terjamin selepas ini, platform e-dagang popular, Shopee tidak lagi mendedahkan nombor telefon pada bungkusan Air Waybills, J&T Express dan Ninja Van mulai 21 Oktober lalu.
Sebaliknya, servis kurier terbabit akan mendapatkan nombor telefon pelanggan menerusi sistem untuk dihubungi, sekiranya perlu.
Selepas ini, butiran peribadi yang akan tertera pada bungkusan penghantaran barangan yang korang beli hanyalah nama, alamat dan poskokd saja. Secara tidak langsung, gangguan seperti scammer tidak bertanggungjawab seperti yang selalu dilaporkan di media sosial selama ini dapat dikurangkan.
Sebagai contoh sebelum ini, pelanggan yang terlupa untuk memadamkan atau membuang kertas pelekat pada bungkusan penghantaran kemungkinan berdepan risiko gangguan biarpun bungkusan berkenaan telahpun dibuangkan ke dalam tong sampah
Jangan terkejut jika ada suspek yang sanggup menyelongkar tong sampah terutamanya di kawsan awam untuk mendapatkan butiran peribadi pelanggan secara rawak demi agenda tersendiri seperti melakukan ‘panggilan kecemasan’ atau untuk menyamar sebagai pekerja syarikat penghantar lalu tiba di rumah kenalan atau ahli keluarga mangsa.
Suspek kemudian cuba mendapatkan bayaran daripada ahli keluarga mangsa dengan alasan yang dipesan masih belum dibayar.
Oleh itu, inisiatif terbaru oleh Shopee ini punya impak positif walaupun ia nampak seperti perubahan kecil saja. Apapun, Shopee masih akan meminta nombor telefon pelanggan mereka setiap kali pembelian dibuat demi memastikan barangan selamat tiba di destinasi. Cuma kali ini, ia tidak lagi berada di atas bungkusan kecuali sekiranya penghantaran adalah melalui Pos Laju atau City Link Express AWB.
Perjalanan penyanyi Syafeek Ikhwan dalam pertandingan Big Stage Alpha terhenti apabila dia tidak berjaya melayakkan diri ke pusingan seterusnya.
Meskipun sedih, penyanyi berusia 37...