Matahari Berada Atas Garisan Khatulistiwa, Hari Ini Fenomena Alam Akan Dirasai Seluruh Dunia

Share

Bagi peminat dunia astronomi, kejadian-kejadian alam yang jarang muncul sudah pasti akan menarik minat mereka untuk menyaksikannya. Jika dahulu rata-rata rakyat Malaysia dapat menyaksikan berbagai jenis gerhana.

Kali ini sekali lagi rakyat Malaysia dan seluruh dunia bakal merasai satu lagi fenomena luar biasa pada hari ini. 

Sumber Gambar : Johannes Plenio from Pexels

Sebelum ini, Planetarium Negara dalam satu kenyataan medianya memetik, pada hari Sabtu, bersamaan 20 Mac 2021, rakyat Malaysia dan seluruh dunia bakal mengalami fenomena yang serupa dengan 12 jam masa siang dan malam.

Fenomena itu akan berlaku bermula 5.37 petang waktu tempatan di mana matahari akan betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa selama 24 jam.

Pada ketika itu Matahari berada pada kedudukan tepat di atas garisan Khatulistiwa dan kesemua bayang objek-objek tegak di atas permukaan Bumi, fenomena tengah hari tanpa bayang kerana matahari berada tegak di atas kepala ketika itu.

Sumber : Planetarium Negara

Pada Sabtu, 20 Mac 2021 mulai jam 05:37 ptg, Matahari akan berada betul-betul di atas garisan Khatulistiwa untuk tempoh selama satu hari. Sepanjang tempoh tersebut, seluruh dunia akan mengalami masa siang dan malam yang sama panjang iaitu, 12 jam siang dan 12 jam malam.

Bagi kawasan-kawasan yang betul-betul berada di atas garisan Khatulistiwa seperti di Pontianak, Indonesia dan Quito, Ecuador, akan berlaku waktu tengahari “tanpa bayang” kerana Matahari akan berada betul-betul tegak di atas kepala pada waktu tengahari di kawasan-kawasan tersebut semasa berlakunya ekuinoks.

 

Sumber: Planetarium Negara

Published by
Nana