The Korea Superconducting Tokamak Advanced Research (KSTAR), sebuah peranti pelengkap superkonduktor yang juga dikenali sebagai matahari buatan Korea, telah pun mencatat rekod dunia kerana berjaya mengekalkan plasma suhu tinggi selama 20 saat dengan suhu ion lebih dari 100 juta darjah Celsius.
Menurut phys.org, pada 24 November lalu, Korea Institute of Fusion Energy (KFE) telah pun mengumumkan bahawa penyelidikan bersama Seoul National University (SNU) dan Columbia University of the United States berjaya dalam operasi plasma secara berterusan selama 20 saat dengan suhu 100 juta Celsius, yang merupakan salah satu syarat utama peleburan nuclear dalam KSTAR Plasma 2020.
Ia adalah satu pencapaian terbaik kerana ia adalah kali pertama pernah mengaktifkan matahari buatan mereka selama lebih dari 10 saat. Hal ini dapat dilakukan kerana KFE telah berjaya memperbaiki rekaan mod Internal Transport Barrier, iaitu yang boleh mengekalkan keadaan plasma untuk masa yang lebih lama.
KFE turut menjangkakan mereka boleh mengekalkan pengaktifan matahari buatan ini selama 300 saat pada suhu melangkaui 100 juta darjah Celsius menjelang tahun 2025 nanti.
Institusi mereka juga akan menjalankan lebih banyak eksperimen dengan organisasi-organisasi yang lain, dimana hasil yang didapati daripada eksperimen ini akan dikongsi di acara IAEA Fusion Energy Conference pada bulan Mei 2021.
Walau bagaimanapun, sebagai umat Islam kita perlu percaya bahawa kuasa manusia tidak boleh disamakan dengan yang Maha Pencipta. Tidak kiralah sehebat mana pun ciptaan manusia itu, ia sama sekali tidak dapat menyaingi dengan kuasa Allah SWT. Wallahualam!