Malang sememangnya tak berbau, terutamanya apabila kita sedang khusyuk berseronok.
Insiden ini berlaku di sebuah lokasi percutian bernama Air Terjun Na Muang 2 yang terletak di Koh Samui, Thailand. Menurut laporan media di sana, lokasi rekreasi tersebut sememangnya popular di kalangan pelancong asing dan mereka akan menjadikannya sebagai salah satu lokasi wajib jika berkunjung ke sana.
Ini termasuklah seorang pelancong dari Perancis pada hari Khamis lalu.
Lelaki 33 tahun itu dilaporkan terjatuh daripada salah satu lokasi licin di air terjun tersebut semasa sedang cuba untuk berswafoto ataupun mengambil selfie.
Lebih mengejutkan apabila polis juga melaporkan bahawa terdapat satu lagi kes sama yang telah berlaku pada bulan Julai tahun lalu dan ia melibatkan seorang pelancong Sepanyol. Akibat terlalu teruja untuk merakamkan momen semasa bercuti, mereka mengendahkan keselamatan sendiri semasa berdiri di atas batu licin.
”Kami mengambil masa berjam-jam untuk mendapatkan semula tubuh mangsa kerana air terjun ini licin dan curam. Kini kami menutuo sementara kawasan terjatuh itu untuk mengelakkan pengunjung lain menemui nasib yang sama,” kata seorang leftenan yang ditemu ramah oleh mereka.
*
Koh Samui sememangnya popular di kalangan pelancong asing dan pulau itu adalah salah satu sebab bagaimana Thailand mampu menarik seramai 35 juta pelancong pada setiap tahun ke negara itu.
Namun akibat insiden seperti ini yang semakin keran berlaku, ramai yang ragu-ragu tentang faktor keselamatan yang tidak dititik beratkan oleh penguat kuasa di sana.