Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.
Namun pada hari ini, Maybank telah melancarkan MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baharu yang dilengkapi dengan ekosistem unik.
Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini. Namun pada hari ini, Maybank telah melancarkan MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baharu yang dilengkapi dengan ekosistem unik. Maybank hari ini melancarkan MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baharu yang dilengkapi dengan ekosistem unik untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan hal kewangan harian, melebihi keperluan perbankan biasa mereka.
Aplikasi MAE yang memperkenalkan perspektif baharu untuk aplikasi perbankan terus mengukuhkan komitmen Maybank untuk menawarkan pengalaman generasi akan datang kepada pelanggannya serta meningkatkan lagi tawaran perbankan digital.
Ads
MAE by Maybank2u merupakan hasil pengalaman digital yang diperkenalkan oleh Maybank ke pasaran selama bertahun-tahun, termasuk perbankan mudah alih, Pembayaran QR dan dompet digital MAE, serta penambahan ciri-ciri baharu yang menarik untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias berkata, “MAE by Maybank2u dikembangkan untuk menjadi lebih bermakna bukan sekadar aplikasi perbankan sahaja; kami mahu aplikasi ini menjadi suatu platform yang menyeluruh untuk membantu pelanggan kami menguruskan hal kewangan harian mereka. Bayangkan aplikasi ini sebagai bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama anda tetapi dengan banyak ciri menarik untuk membantu anda mengawal urusan kewangan dengan lebih baik.
Walaupun aplikasi ini mengandungi ciri-ciri sedia ada dalam Maybank2u untuk membantu mengurus keperluan harian anda seperti membayar bil dan pindahan wang; kami juga telah memperkenalkan pelbagai kemudahan baharu untuk membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil mendorong mereka untuk menabung.”
Ads
Ciri baharu, Expenses bantu berbelanja berhemah
Aplikasi MAE by Maybank2 menyediakan banyak ciri baharu yang juga merupakan sebahagian daripada usaha Maybank untuk membantu pelanggan-pelanggannya menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab dan lebih komprehensif.
Untuk membantu pelanggan memahami tabiat berbelanja mereka dengan lebih baik, Maybank telah mewujudkan satu ciri baharu “Expenses”yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan mereka melalui akaun, kad, dan transaksi QR Maybank.
Boleh buat tabungan lagi
Tabung merupakan satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala untuk mencapai matamat mereka. Ini membolehkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah dengan memadankan proses berjimat dengan gaya hidup mereka.
Ads
Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu untuk Individu atau Kumpulan. Maybank merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri Tabung untuk kumpulan yang membolehkan pelanggan menabung bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang ke arah satu matlamat tertentu seperti percutian tahunan.
Kad debit baru MAE
Bagi melengkapkan penggunaan dompet MAE untuk perbelanjaan seharian, Maybank telah memperkenalkan kad Debit MAE Visa baharu. Kad ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara.
Selain itu, MAE by Maybank2u juga mempunyai ciri baharu yang menyeronokkan iaitu roda Makan Mana yang membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan peniaga rakannya di seluruh negara.
Berdasarkan ciri-ciri di atas, nampak gaya aplikasi ini jauh lebih dari dari Maybank2u. Mungkinkah pada masa hadapan aplikasi itu bakal tiada?
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kerjaya guru amat dipandang mulia. Ilmu dicurahkan kepada anak murid amat dikenang hingga ke akhir hayat. Seperti kita tahu, peraturan penjarakan sosial di sekolah amat ketat termasuk murid-murid hanya dibenarkan makan di dalam kelas bagi mengelak penularan wabak COVID-19.
Memandangkan murid-murid perlu makan di dalam kelas, guru turut bertanggungjawab memantau anak-anak murid agar mengikut SOP yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun gelagat seorang guru, Cikgu Farrah Norashikin Juhari yang mengajar Pendidikan Jasmani sebuah sekolah rendah di Jitra, Kedah amat menarik perhatian.
Gelagatnya yang dilihat seakan membebel dilihat cukup “merdu” pada pendengaran. Jelas suaranya menyebut kesianlah kat cikgu sama. Hang pa makan kenyang dah, cikgu baru nak makan. Cikgu sambil dok makan, sambil dok menjerit. Tang nu menjerit tang ni menjerit, lama-lama cikgu mati tercekik. Bagi cikgu makan sat. Amboi depa makan kenyang-kenyang, lepas tu dema nak bagi kita naik angin. Tak kesian ka tengok tak kesian ke. Terus nak makan tak lalu dah,”katanya dalam loghat Kedah yang agak pekat.
Dalam satu video dikongsi oleh Cikgu Farrah Norashikin di fbnya, video ini sudah disyer 9.9 k orang. Memang ramai terhibur tengok gelagatnya.
Haha, sesekali merdukan kalau dengar cikgu membebel. Apa pun memang cikgu superb. Cukup menghiburkan.
Korang tengoklah sendiri bagaimana cikgu nie membebel. Ala, rindunya alam persekolahan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak hanya dihuni oleh golongan manusia, bumi ciptaan Allah ini juga dihuni golongan lain. Sebagaimana manusia diperbuat dari tanah, golongan jin diperbuat dari api sementara malaikat dari cahaya.
Memandangkan ada perbezaan antara manusia dan jin, banyak cerita-cerita mengenai alam ghaib diperkatakan.
Perkongsian menarik dari seorang individu Mohd Fitri mengenai pengalamannya ketika di Gunung Jerai pasti mengingatkan kita bahawa dunia ini tidak dihuni oleh kita sahaja. Lebih menarik, dalam videonya beliau berkongsi mengenai ilmu hutan yang bagus untuk kita pelajari jika masuk ke hutan-hutan.
AKHIRNYA, Inilah video yang ditunggu-tunggu iaitu salah satu aktiviti dua minggu lepas. Dalam video ini, saya ajarkan sedikit petua dan ilmu untuk masuk hutan. Dan saya bawa mereka ke satu tempat istimewa jauh di dalam hutan Gunung Jerai.
Saya berjalan di depan. Perjalanan meredah hutan, saya tidak ikut jalan orang kebanyakan. 4 jam lamanya kami mendaki. Beberapa kali berhenti, untuk saya tunjuk ajarkan kepada mereka 'apakah benda itu, apakah benda ini'.
Di tempat yg saya bawa ini, adalah salah satu tempat orang bertapa. Auranya lain macam dah terasa. Tempat ini juga diambil airnya khas untuk pertabalan diraja. Kami semua terus solat dan rehat.
'Salam pengenalan' telah diberi oleh 'si penjaga', saya sambut dengan mesra. Saya telah diminta duduk bertapa sebentar di bawah air. Elok saja saya duduk, 'benda' itu tekan dada saya, terus saya tak boleh bernafas! Ini ujian pertama untuk saya.
Tok Lekir nampak dari jauh, dia jerit dan suruh saya mulakan zikir. Cepat-cepat saya berzikir SubhanAllah sebanyak 70 kali.
Ketika saya sedang berzikir, tiba-tiba air terjun itu menjadi deras dan menutup seluruh badan saya. (Anda boleh tengok kejadian ini dalam video ini. Minit ke 13). Elok saja saya selesai zikir, air itu kembali normal alirannya.
Terus saya berdiri, dan berenang ke batu di tengah kolam, keliling batu ini sangat dalam, airnya gelap hitam. Sampai saja di batu itu, saya cuba berdiri, tapi tak boleh! Peha kiri saya dipegang oleh tangan yang besar yang ghaib. Berkali-kali saya cuba bangun tapi tak boleh. (Semua orang yg ada disitu nampak kejadian ini).
Akhirnya saja beri Salam 7, dan saya rentap 'tangan ghaib' yang memegang peha kiri saya. Terus saya membuka langkah silat untuk memperkenalkan diri saya kepada 'penjaga' disitu. (lihat saya bertari silat dalam video) Kita semua hanya makhluk Allah Yang Maha Esa juga.
Selepas selamat keluar dari Gunung Jerai, follower saya pun bersalaman, kerana sudah masa untuk berpisah. Mereka pulang ke tempat masing-masing membawa apa jua ilmu dan petua yang telah saya berikan. Alhamdulillah. Moga Allah memberi rahmat kepada usaha mereka. Sumber : Mohd Fitri
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hah, memang betul boleh digelar biskut Chipsmore. Kejap ada, kejap tak ada.
Nampaknya masalah bekalan air kembali menghantui rakyat Selangor dan Wilayah Persekutuan apabila sekali lagi loji air tercemar.
Dalam satu kenyataan oleh Lembaga Urus Air Selangor dimaklumkan Loji Rawatan Air (LRA) Rantau Panjang, SSP 1, 2, dan 3 telah dihenti tugas pada jam 12.20- 12.45 tengah hari tadi (10 November 2020) disebabkan oleh pencemaran bau seakan-akan solvent telah dikesan di Sg. Selangor.
Bau telah dikesan sekitar 8 TON (di LRA Rantau Panjang). Berdasarkan pemantauan LUAS setakat pukul 6 pagi tadi rekod bacaan terakhir masih 0 TON. LUAS, AIR Selangor dan pihak-pihak terlibat sedang menjalankan siasatan dan tindakan-tindakan mitigasi segera. Sebarang perkembangan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Dengan masalah ini, henti tugas ke empat-empat loji ini dijangka akan menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup mulai jam 6 petang ini.
Denda tidak lebih RM1Juta bagi pencemar sungai diluluskan
Dalam pada itu, semalam Menteri Besar Selangor, YB Amirudin Shari di fbnya memaklumkan pindaan enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) di Dewan Negeri Selangor dan kini telah pun menjadi sebahagian daripada rang undang-undang.
Pindaan dengan kelulusan sebanyak 11 fasal ini antara lain menaikkan jumlah denda minimum kepada RM 200 ribu dan menetapkan jumlah denda maksimum tidak melebihi RM 1 juta beserta hukuman penjara mandatori sebagai faktor pencegah (deterrent factor).
Dewan Negeri Selangor turut meluluskan bahawa semua perbelanjaan yang dilakukan untuk membersihkan atau memulihkan apa-apa pencemaran oleh LUAS akan ditanggung oleh pihak pesalah.
Sebagai satu langkah kawalan ke atas penggunaan sumber air bagi mengelak pembaziran penggunaan sumber air, Seksyen 44 LUAS turut dipinda bertujuan untuk menambah kuasa LUAS bagi mengenakan caj terhadap lebihan pengambilan air melebihi had yang dibenarkan. Pindaan ini merupakan manifestasi amaran keras kepada mana-mana pihak yang berniat untuk melakukan sebarang pencemaran di Selangor.
Kerajaan Negeri yakin bahawa pindaan enakmen berkenaan beserta langkah-langkah tambahan yang sudah dijelaskan dalam pembentangan Belanjawan Selangor 2021 yang lepas akan dapat menangani masalah pencemaran sungai yang menyebabkan gangguan bekalan air di masa hadapan.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah mencuri perhatian masyarakat apabila beliau tampil berhijab dalam sebuah acara berbuka puasa anjuran...