Maybank Lancar Aplikasi Baru MAE, Tiada Lagi Maybank2u Pada Masa Hadapan?

Share

Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.

Namun pada hari ini, Maybank telah melancarkan MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baharu yang dilengkapi dengan ekosistem unik.

Ramai terbiasa menggunakan perkhidmatan perbankan Maybank2u untuk urusan e-wallet. Malah ia diyakini kerana keselamatan yang agak ketat. Malah begitu ramai mempercayai bank utama di negara ini.
Namun pada hari ini, Maybank telah melancarkan MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baharu yang dilengkapi dengan ekosistem unik.
Maybank hari ini melancarkan MAE by Maybank2u, suatu aplikasi baharu yang dilengkapi dengan ekosistem unik untuk membantu rakyat Malaysia menguruskan hal kewangan harian, melebihi keperluan perbankan biasa mereka.

Aplikasi MAE yang memperkenalkan perspektif baharu untuk aplikasi perbankan terus mengukuhkan komitmen Maybank untuk menawarkan pengalaman generasi akan datang kepada pelanggannya serta meningkatkan lagi tawaran perbankan digital.

MAE by Maybank2u merupakan hasil pengalaman digital yang diperkenalkan oleh Maybank ke pasaran selama bertahun-tahun, termasuk perbankan mudah alih, Pembayaran QR dan dompet digital MAE, serta penambahan ciri-ciri baharu yang menarik untuk membantu pelanggan menguruskan kewangan mereka dengan lebih baik.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Datuk Abdul Farid Alias ​​berkata, “MAE by Maybank2u dikembangkan untuk menjadi lebih bermakna bukan sekadar aplikasi perbankan sahaja; kami mahu aplikasi ini menjadi suatu platform yang menyeluruh untuk membantu pelanggan kami menguruskan hal kewangan harian mereka. Bayangkan aplikasi ini sebagai bank digital yang mudah dibawa ke mana sahaja bersama anda tetapi dengan banyak ciri menarik untuk membantu anda mengawal urusan kewangan dengan lebih baik.

Walaupun aplikasi ini mengandungi ciri-ciri sedia ada dalam Maybank2u untuk membantu mengurus keperluan harian anda seperti membayar bil dan pindahan wang; kami juga telah memperkenalkan pelbagai kemudahan baharu untuk membantu pelanggan memantau perbelanjaan sambil mendorong mereka untuk menabung.”

Ciri baharu, Expenses bantu berbelanja berhemah

Aplikasi MAE by Maybank2 menyediakan banyak ciri baharu yang juga merupakan sebahagian daripada usaha Maybank untuk membantu pelanggan-pelanggannya menguruskan kewangan mereka dengan bertanggungjawab dan lebih komprehensif.

Untuk membantu pelanggan memahami tabiat berbelanja mereka dengan lebih baik, Maybank telah mewujudkan satu ciri baharu “Expenses” yang memberikan pandangan menyeluruh mengenai semua perbelanjaan mereka melalui akaun, kad, dan transaksi QR Maybank.

Boleh buat tabungan lagi

Tabung merupakan satu lagi ciri baharu yang diperkenalkan untuk membantu pelanggan Maybank menyimpan duit secara konsisten dan berkala untuk mencapai matamat mereka. Ini membolehkan amalan menabung menjadi lebih senang, progresif dan mudah dengan memadankan proses berjimat dengan gaya hidup mereka.

Terdapat dua jenis Tabung yang boleh dibuka iaitu untuk Individu atau Kumpulan. Maybank merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri Tabung untuk kumpulan yang membolehkan pelanggan menabung bersama rakan-rakan atau keluarga tersayang ke arah satu matlamat tertentu seperti percutian tahunan.

Kad debit baru MAE

Bagi melengkapkan penggunaan dompet MAE untuk perbelanjaan seharian, Maybank telah memperkenalkan kad Debit MAE Visa baharu. Kad ini dilengkapi dengan pelbagai faedah termasuk kadar pertukaran asing yang kompetitif dan faedah eksklusif untuk dinikmati di dalam dan luar negara.

Selain itu, MAE by Maybank2u juga mempunyai ciri baharu yang menyeronokkan iaitu roda Makan Mana yang membantu mengesyor pilihan tempat makan sambil membolehkan pelanggan Maybank menikmati promosi daripada ribuan peniaga rakannya di seluruh negara.

Berdasarkan ciri-ciri di atas, nampak gaya aplikasi ini jauh lebih dari dari Maybank2u. Mungkinkah pada masa hadapan aplikasi itu bakal tiada?

Published by
Almaswa Haji Che Ros