
Akhir tahun lalu, MBO Cinemas telah mengumumkan penutupan beberapa lokasi pawagam mereka kerana menanggung kerugian akibat situasi pandemik COVID-19. Walau bagaimanapun, dengarnya Golden Screen Cinemas (GSC) telah membeli majoriti aset pengendali rangkaian pawagam MBO.
BACA: MBO Cinemas Tutup Sementara Operasi 17 Cawangan Pawagam Akibat Kerugian
Namun, selepas pengumuman arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 yang akan berlaku selama sebulan, MBO telah memuat naik hantaran di laman rasmi Facebook mereka dengan menulis catatan “It’s been a while. Signing out now”.
It’s been a while. 👋
signing out now.Posted by MBO Cinemas on Sunday, May 9, 2021
Hantaran itu telah mendapat lebih daripada 2.7 ribu perkongsian dengan hampir 2,000 komen.
Rata-rata daripada pengikut MBO Cinemas menzahirkan rasa sedih kerana pawagam itu menjadi antara tempat favorite mereka untuk menonton wayang.




Bukan hanya pawagam sahaja, kami yakin banyak lagi sektor perniagaan yang terjejas teruk akibat kesan pandemik COVID-19 ini. Sama-samalah kita doakan untuk rakan-rakan atau pun keluarga kita yang turut terkesan pendapatan mereka sepanjang beberapa tahun ini.
Semoga rakyat Malaysia terus kuat untuk menerima dugaan ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ayah Meninggal Lagi 4 Hari Tarikh Nikah 14 Disember, Gadis Luah Perkongsian Sedih

Tiada apa yang lebih menyedihkan tatkala kita kehilangan insan yang disayangi. Lebih menyedihkan pemergian itu datang tatkala kita bakal berhadapan berita gembira iaitu dinikah dengan pasangan.
Luahan seorang gadis di twitternya, Syaa@syzssfqh mengundang reaksi sedih apabila ramai yang mengucapkan salam takziah di atas pemergian ayah kesayangannya, Abdul Rahim bin Othman, 59 tahun akibat tekanan saraf di bahagian otak di saat dirinya bakal bernikah dengan pasangannya pada 14 Disember ini.
Berkongsi luahan hatinya, Syaza Syafiqah binti Abdul Rahim, 23 tahun ketika dihubungi REMAJA berkata, pagi sebelum pemergian akhir ayah menemui Sang Penciptanya, ayah beriya-iya menghantarnya ke stesen MRT, Kajang, seolah-olah ingin memberitahu saya itu adalah bakti akhirnya sebelum dia pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.

“Biasa saya bawa kereta ke stesen MRT kerana bekerja di kawasan Ara Damansara, tapi lepas Subuh itu ayah beriya mahu hantar. Tengahari itu, time lunchsekitar 1.30 tengahari dapat pangilan kata ayah jatuh dalam bilik air dan tak sedarkan diri.
“Saya bergegas dengan tunang, Muhammad Asyraf menaiki motor ke Hospital Kajang tapi ayah dah tak sedar diri sampailah nadinya terhenti jam 8.20 malam,”katanya yang masih sebak tatkala berkongsi perkongsian ini.
Berkongsi lebih lanjut kata Syaza, arwah ayah dan ibunya sudah lama berniaga nasi lemak di kawasan perumahan mereka, Puncak Saujana.
“Balik dari berniaga pagi itu, ayah siapkan semua barang untuk masak esok harinya. Biasa kalau semua sudah siap, ayah akan masuk ke bilik air untuk mengemas diri.
“Macam biasa ayah masuk ke bilik air tapi kami tak perasan ayah masih ada di dalamnya sehinggalah adik saudara kata nak guna bilik air. Mereka ketuk tapi tak buka dan bila dipecahkan ayah sudah tersandar di atas tandas duduk dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Ambulan bawa ke hospital dan pemeriksaan rapi doktor memaklumkan berlaku tekanan saraf di bahagian otaknya. Ayah memang ada penyakit tiga serangkai, kencing manis, darah tinggi dan masalah jantung.
“Bila keadaan ayah semakin tidak stabil, doktor ada menyuruh kami adik beradik bacakan Yassin. Malah ada juga cadangan dari doktor untuk memindahkan ayah ke HKL bagi membuat pembedahan mengeluarkan darah beku di bahagian otaknya tapi sebelah petang keadaan ayah semakin kritikal. Dari Unit Rawatan Rapi, doktor pindahkan ayah ke wad biasa. Malah doktor sudah buat perbincangan dengan kami sekeluarga yang mana kalau keadaan ayah semakin kritikal, tiada bantuan akan dibuat lagi kerana tekanan nadinya semakin menurun dan kami semua redha. Malam itu, tepat jam 8.20 malam, ayah pergi tinggalkan kami semua,”ujarnya memaklumkan selama ini dirinya amat rapat dengan arwah ayah.

“Dari dulu lagi, kami bertiga akan berjalan bersama-sama. Bila ambil saya di MRT untuk cuti hujung minggu, ayah dan ibu, Roslawati Mohd Saman, 56 akan ajak jalan-jalan dulu. Pergi makan dan sebagainya. Kebetulan saya minggu ini baru ambil cuti untuk urusan perkahwinan dan tinggal menyewa di Damansara kerana lebih dekat dengan tempat kerja,” katanya.
Ayah sempat tempah baju dan songket
Berbanding perkahwinan abang dan kakaknya sebelum ini, dirinya yang merupakan anak bongsu memaklumkan arwah ayah beriya-iya membuat persiapan majlis perkahwinannya.
“Ayah sudah tempah baju Melayu warna purple cair, siap bersamping. Berbanding majlis kakak dan abang, arwah hanya beli baju siap sahaja. Katanya baju tempah lebih baik dan dia mahu nampak elok di majlis kahwin saya. Bukan itu saja, semua persiapan mengenai majlis saya pada 14 Disember ini sudah dilangsaikan semua bayarannya termasuk kepada pihak katering.
“Awalnya ayah mahu jemput 1000 orang tapi saya kata cukuplah 700 orang tetamu sahaja. Begitu juga hadiah untuk tetamu, kompang, semua ayah sudah siap bayarkan, seolah-olah tahu dirinya akan pergi dan dia mahu majlis saya nampak sempurna walau pun dirinya sudah tiada di dunia,”kata Syaza lagi.


Mahu tangguh tapi atas nasihat Imam majlis diteruskan
Biar hatinya masih menangis, malah perbincangan keluarga mereka mahu majlis yang bakal berlangsung lagi dua hari ini ditangguhkan memandangkan jenazah ayah baru saja dikebumikan semalam tetapi Imam menasihatinya agar meneruskan majlis kerana semua persediaan sudah dilakukan.
“Atas nasihat imam, majlis ini akan diteruskan dengan cara sederhana kerana semua persiapan sudah dibuat,” katanya memaklumkan majlis sebelah bakal suaminya akan dibuat dua minggu selepas majlis di rumahnya,” katanya lagi yang meminta doa dari orang ramai agar roh ayahnya ditempatkan di kalangan orang beriman dan beramal soleh.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kevin McHale Luah Rasa Sedih, Mayat Bintang ‘Glee’ Naya Rivera Ditemui

Setelah 5 hari hilang, Naya Rivera, pelakon terkenal Amerika yang membintangi muzikal ‘Glee’ yang tiba-tiba hilang ditemui di Tasik Piru, Selatan California, Amerika Syarikat semalam.
MAYAT bintang siri televisyen Glee itu ditemui terapung.

Sebelum ini, Naya, 33, dilaporkan hilang selepas anak lelakinya, Joesy Hollis Dorsey, 4, dijumpai bersendirian di atas sebuah bot yang disewa.
Naya dikatakan menyewa bot itu sekitar jam 1 petang sebelum Josey ditemui di atas bot tersebut tiga jam kemudian.
Josey ditemui dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurut laporan CBS Los Angeles, kanak-kanak itu memberitahu dia dan ibunya berenang di tasik nemun Naya tidak naik semula ke atas bot.
Disebabkan oleh berita penemuan mayat Rivera, kebanyakkan rakan-rakan artis telah memuat naik posting mengenai rasa sedih dan tidak percaya mereka terhadap berita yang diterima.
Antaranya ialah Kevin McHale yang memegang watak Artie Abrams dan juga merupakan peneraju utama GLEE.

Untuk info, Glee ialah siri televisyen komedi drama muzikal Amerika Syarikat yang disiarkan di rangkaian Fox di Amerika Syarikat dari 19 Mei 2009 hingga sekitar Mac 2015.
Sebelum ini, beberapa selebriti turut bersedih atas kehilangan Naya antaranya penyanyi Demi Lovato dan, Pelakon Glee, Heater Morris yang memengang watak Brittany Pierce dalam siri tersebut juga mengharapkan rakannya itu dijumpai dengan selamat dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam misi pencarian.
Apa pun RIP untuk Naya Rivera pihak REMAJA ucapkan…huhuhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tuan Punyalah Risau, Siap Nak Bagi Reward! Rupanya Oyen Tersangkut Atas Atap Dah 6 Hari

Oyen oh oyen. Selalu saja buat hal lucu dalam dunia kucing.
Ada saja keletahnya yang buat pencinta kucing jadi terhibur dengan semua gelagatnya.
Terkini kisah dalam dunia kucing kisah seekor kucing berwarna oren yang diberi nama Kuchoot.
Dari perkongsian pemiliknya, Shukranaini Bustan Ariffin, ada membuat iklan selepas kucing oyennya didapati hilang dari rumah selama enam hari.
Malah lebih mengharukan, beliau siap membuat tawaran saguhati jika kucing kesayangannya itu ditemui semula.
Tapi apa yang melucukan, Kunchoot sebaliknya tidak hilang tetapi tersangkut atas bumbung rumah dan tidak reti turun sendiri. Ya Allah oyen oh oyen, memang bikin kaget. Apa yang lucunya, sebaik dapat dibawa turun dari bumbung, kucing kesayangannya itu seolah kelaparan dengan makan dan minum dengan sangat lahap.

.

.

.

.
Dalam satu perkongsian selepas Oyen ditemui semula, Shukranaini memaklumkan :
Alhamdulillah syukur Ya Allah, Kunchoot Umi dah balik. Lepas 6 hari dia balik sendiri . Terima kasih atas doa dari sahabat-sahabat semua. Terima kasih pada yang share post, yang up post, yang bg tips, yang ng info dan yang bagi semangat kat Umi. Allah jua yang balas semua tu..aamiinn.
Haha, Oyen memang suka buat hal. Dah panjat tak reti nak turun pulak. Sumber : FB Shukranaini Bustan Arifin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

