McD Singapura Ambil Keputusan Tutup Hingga 4 Mei, Bagaimana Dengan Malaysia?

Share

 

Oh, we are not lovin’ this..

 

Setelah mendapat nasihat penuh daripada Kementerian Kesihatan Singapura, francais makanan popular di negara itu iaitu McDonald’s telah mengambil keputusan untuk menutup operasi di kesemua cawangan sehingga 4 Mei 2020,

Tentunya, rakyat Singapura mengeluh dengan berita ini kerana McDonald’s merupakan di antara restoran yang menyediakan menu familiar untuk mereka lebih-lebih lagi dalam situasi pemutusan rantaian Covid-19 ataupun circuit breaker

di sana.

Lebih mendukacitakan adalah apabila mengenangkan nasib pengurus, pekerja dan penghantar makanan McDonald’s Singapura yang terpaksa berundur daripada tempat kerja untuk sementara waktu.

Kiosk popular di Orchard Road ini juga akan menghentikan operasi.

Menurut Pengarah Pengurusannya, Kenneth Chen, keputusan ini diambil dengan rasa berat hati tetapi ia perlu dibuat dalam usaha untuk mengawal jumlah kes wabak Covid-19 daripada terus melarat.

“Ini adalah waktu yang kita tak jangkakan. Kami telah melakukan yang terbaik untuk mendahulukan keselamatan para pekerja dan pelanggan, dan akan terus melakukan tugas kami untuk menangani jangkitan.

“Kami tak sabar untuk bertemu dan melayan kamu semula bermula 5 Mei,” kata beliau yang mengawasi lebih 135 buah restoran di sana.

Justeru, REMAJA tertanya sekiranya McDonald’s Malaysia juga perlu mengambil langkah yang sama?

Mengikut tinjauan di laman web dan media sosial mereka, masih belum ada perkhabaran mengenai penutupan sementara cawangan di sini. Malah, McDonald’s Malaysia juga sedang giat mempraktikkan kempen #SafeWithMekdi di mana penghantar McDelivery mematuhi syarat dan prosedur ketat semasa mengambil dan menghantar pesanan korang.

Mereka juga mengesyorkan agar kita mengelak daripada mengunjungi restoran. Sebaliknya, adalah lebih baik jika kita memesan secara online ataupun menerusi aplikasi mereka

Berita baik untuk semua, McDonald’s Malaysia sedang menawarkan beberapa promosi menarik untuk set sarapan dan McCafe yang lebih berbaloi sekarang.

Jangan lepaskan peluang ini okay.

 

Published by
FZ